Oleh pada 06 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, konsert separuh akhir Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) berlangsung dengan meriahnya dengan penampilan 8 peserta berentap merebut tempat di peringkat akhir.

Nasib bagaimanapun tidak berpihak kepada Mestica dan Devotees apabila diumumkan tersingkir dengan masing-masing memperoleh jumlah markah sebanyak 65% dan 50.33%.

Sementara itu, Fitri Haris yang mempertaruhkan lagu Di Matamu dipilih sebagai penerima Anugerah Gema Kasih kategori pentas paling bergema.

Ia sekaligus melayakkannya menerima ganjaran wang tunai RM5,000 sumbangan Beauty Kaseh untuk disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.

Tidak ketinggalan, kumpulan In Team dinobatkan sebagai juara Gema Star Of The Week minggu lalu hasil undian daripada penonton.

Persaingan hebat yang ditonjolkan dalam minggu yang menuntut bintang mendendangkan lagu nyanyian asal terbaik mereka itu, dihakimi sepenuhnya oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada juri tetap, Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi bersama juri undangan, Ameng Spring.

Berikut kami kongsikan ‘recap’ komen-komen juri, markah dan kedudukan peserta.

konsert separuh akhir gema gegar vaganza 2 kedudukan peserta markah dan imbasan komen juri 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Fitri Haris - Di Matamu (86.33%)

"Saya sangat menghargai usaha anda. Setiap minggu anda berbeza. Saya tak sangka lagu ini dibawa dalam mesej penderaan anak-anak. Suara bagus, lakonan dari hati," - Oki Setiana Dewi

"Persembahan ini paling best! Lakonan sangat real. Fitri ada aura luar biasa," - Ameng Spring

Adeep Nahar - Hingga Ke Jannah (84.67%)

"Saya bersyukur artis Malaysia sudah maju sangat. Saya suka tengok imej Adeep, muslim sejati. Cuma saya rasa lagu ini perlu lebih agresif, saya suka suara anda," - Ameng Spring

Awi Rafael - Peristiwa Subuh (75.33%)

"Satu persembahan yang banyak elemen kejutan. Mesej yang disampaikan jelas dan padat," - Farihin Abdul Fattah

In Team - Semalam Yang Hangat (73.33%)

"Baru saya tahu lagu ini berkenaan apa. Terima kasih kerana memilih lagu ini, seolah-olah ditujukan kepada saya sendiri. Saya harap mesej ini dijadikan pengajaran, persembahan anda baik," - Ameng Spring

Brothers - Pengasih (70%)

"Hari ini Brothers berbeza dengan stage act yang simple. Saya sangat menghargai penampilan anda cuma saya kurang tersentuh dengan penampilan Brothers," - Oki Setiana Dewi

Heliza & Hazwani - Kau Di Hatiku (65.33%)

"Satu persembahan sangat dinamik. Saya tersentuh kerana mesej jelas, sungguh bijak cara ini diolah," - Farihin Abdul Fatah

Mestica - Hikmah Kembara (65%)

"Suara sedap betul! Tak sangka ustaz-ustaz pandai rap. Saya suka penampilan hari ini," - Oki Setiana Dewi

"Saya suka tengok kumpulan nasyid kekalkan imej begini tapi buat pembaharuan berbeza. Jangan tukar imej! Yang penting mesej sampai di hati semua orang," - Ameng Spring

Devotees - Perpisahan Terasing (50.33%)

"Tahniah susunan muzik yang sedap. Kalau betul gaya penyampaian akan merobek hati, tapi kalau ada lakonan jangan ganggu konsentrasi. Devotees perlu usaha lebih sikit untuk yakinkan vokal anda mempengaruhi emosi kami," - Farihin Abdul Fattah

Sumber: Astro Gempak

GGV2 ke udara secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Sabtu, jam 9.00 malam di saluran Astro Oasis dan Astro Maya HD.




Hakcipta iluminasi.com (2017)