Oleh pada 08 Apr 2018 kategori

konsert kedua gema gegar vaganza 2 kedudukan peserta markah dan imbasan komen juri

Kredit foto: Astro Gempak

Konsert kedua Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) yang membawa tema Juk Juk Mendengarnya menampilkan 11 bintang bersaing dalam pertandingan yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam tadi.

Nasib tidak menyebelahi Rabithah apabila diumumkan sebagai peserta pertama meninggalkan pentas pertandingan itu, selepas mempertaruhkan lagu Semangat Yang Hilang nyanyian asal kumpulan rock XPDC.

Manakala, Adeep Nahar menerusi persembahan lagu Hijau dikurniakan Anugerah Gema Kaseh bagi kategori 'lagu sejuk lagi menusuk' selepas tampil dengan persembahan yang berjaya memberi kesan kepada penonton.

Ia sekaligus melayakkannya menerima ganjaran wang tunai RM5,000 sumbangan Beauty Kaseh. Hadiah bagi kategori itu akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan, setiap minggu.

Sementara itu, Fitri Haris mengungguli kategori Gema Star Of The Week minggu lalu yang merupakan anugerah khas hasil daripada undian peminat.

Penilaian secara keseluruhan diadili sepenuhnya oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada juri tetap, Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri jemputan, Datuk AC Mizal.

Berikut markah dan kedudukan peserta bersama komen-komen yang dilontarkan selepas setiap persembahan. 

Adeep Nahar - Hijau (88%)

"Saya terkejut ada penyanyi yang boleh menyanyikan lagu Hijau tanpa dibayangi Datuk Zainal Abidin. Tempo dan ekspresi anda terbaik," - Datuk AC Mizal

Brothers - Kekasih Awal Dan Akhir (77%)

"Kepaduan suara Brothers tak boleh diragui, feel telah mengaburi segala kelemahan," - Farihin Abdul Fattah

Heliza & Hazwani Helmi - Standing In The Eyes Of The World (72.6%)

"Semua persembahan minggu ini sangat bagus sampai saya mengalirkan air mata. Saya bangga dengan montaj misi kemanusiaan anda berdua," - Oki Setiana Dewi

Awi Rafael - Lailahaillaallah (71.67%)

"Anda telah membawa muzik ini ke nuansa baru dan vokal yang 'edgy', anda patut teruskan usaha ini," - Farihin Abdul Fattah

Farah Asyikin - Hitam Putih Kehidupan (70.67%)

"Teknik vokal, pernafasan dan persembahan yang bagus. Penghayatan juga terbaik," - Datuk AC Mizal

Ippo Hafiz - Rapuh (67.67%)

"Baru pertama kali saya lihat penyanyi yang ada vokal berkarakter! Cara nyanyian anda bagus dan saya suka gaya anda," - Datuk AC Mizal

Fitri Haris - Malaikat (68%)

"Terasa lebih selesa daripada minggu lepas. Terasa sweet juga, namun perlu masa untuk memahami lakonan," - Oki Setiana Dewi

In Team - Kau Satu-Satunya (67%)

"Secara peribadi rasa ada yang kurang, lirik begitu mendalam," - Oki Setiana Dewi

Devotees - Sempurna (61%)

"Tone yang manis dan sangat sesuai cuma kedengaran tercungap-cungap," - Farihin Abdul Fattah

Mestica - Surat Cinta Untuk Starla (57.3%)

"Intro best tapi momentum terganggu apabila ada sketsa. Ia tak relevan, less is more! Ada beberapa bahagian saya dengar seperti dangdut," - Farihin Abdul Fattah

Rabithah - Semangat Yang Hilang (57%)

"Semangat yang luar biasa dan jiwa-jiwa muda. Saya suka dengan tenaga luar biasa ," - Oki Setiana Dewi

Sumber: Astro Gempak

Minggu hadapan menyaksikan 10 peserta yang masih kekal bersaing dalam tema baharu, Bukan Biasa Biasa.

Ke udara setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Oasis dan Astro Maya HD, GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)