Selama 17 bulan pada pertengahan 1980-an, kes Glico Morinaga menyaksikan sekumpulan geng misteri menggunakan teknik penculikan dan pemerasan untuk melumpuhkan industri gula-gula Jepun dan menariknya sehingga saat ini mereka tidak pernah ditangkap oleh pasukan polis Jepun.

Kes penculikan dan pemerasan Glico-Morinaga adalah salah satu misteri yang paling terkenal dalam sejarah moden Jepun. Dalam kes ini, satu entiti misteri yang dipanggil "The Monster With 21 Faces" mengancam untuk meracuni semua gula-gula yang dijual Jepun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selama satu setengah tahun pada 1980-an, kumpulan ini telah menyasarkan dua syarikat gula-gula Jepun, Ezaki Glico dan Morinaga serta syarikat makanan lain yang menjual makanan ringan. Mereka menuntut wang tebusan, menculik eksekutif syarika dan juga memasukkan kotak gula-gula bercampur racun ke dalam pasar raya.

Akibat daripada tindakan ini, mereka telah menjejaskan pendapatan syarikat, mewujudkan ketakutan dalam masyarakat Jepun. dan memberikan tekanan kepada pihak polis. Sehingga kini, individu di sebalik ancaman itu tidak pernah ditangkap.

Kes penculikan Presiden Glico

presiden glico

Syarikat Ezaki Glico yang terkenal dengan konfeksi Pocky yang digemari ramai merupakan salah satu syarikat gula-gula yang paling popular di Jepun. Tetapi pada 18 Mac 1984, Glico telah menjadi perhatian akibat penculikan Katsuhisa Ezaki, Presiden syarikat tersebut. 

Pada malam kejadian tersebut, dua lelaki bertopeng menceroboh rumahnya dan mereka mengikat isteri dan anak perempuannya dan mengheretnya dalam keadaan bogel dari tempat mandinya. Mereka melemparkan beliau ke belakang bonet kereta dan melarikan diri.

Penculik kemudian menuntut satu bilion yen (kira-kira $9 juta hari ini) dan 220 paun jongkong emas. Walaupun beliau berjaya melarikan diri sebelum syarikat membayar wang tebusannya, lebih banyak kejadian pelik yang berlaku terhadap syarikat dan dirinya selepas itu. 

Tidak lama kemudian, enam kereta di sebuah kilang Glico dibakar. Kemudian seseorang menghantar bekas asid hidroklorik kepada syarikat itu dan surat ugutan mula dihantar kepadanya. Surat tersebut juga diterbitkan oleh banyak akhbar tempatan.

Surat itu ditandatangani sebagai "The Monster With 21 Faces" sebuah karakter dalam novel Edogawa Rampo 1963  bertajukThe Fiend with the Twenty Faces.

Dengan pelbagai lagi petunjuk yang diberikan penjenayah, pihak polis masih tidak dapat menjejaki mereka. Malah, ancaman mereka semakin teruk. Pada pertengahan Mei, The Monster With 21 Faces mendakwa mereka telah meletakkan beberapa pek gula-gula Glico bercampur sianida (sejenis racun) di rak beberapa kedai pasar raya.

Ancaman sianida dalam makanan

the monster with 21 faces

Rakaman video CCTV yang menunjukkan "The Monster with 21 Faces" meletakkan gula-gula beracun di rak sebuah pasar raya.

Berikutan surat pada Mei 1984, panik meletus di seluruh Jepun. The Monster With 21 Faces tidak menyatakan dimanakah gula-gula yang mereka racuni diletakkan jadi syarikat Glico terpaksa memanggil balik semua produk mereka di pasaran. Mereka tidak mahu mengambil risko pelanggan mereka mungkin mungkin keracunan kerana membelinya. 

Akibatnya, pendapatan syarikat ini menjunam dan mereka terpaksa memberhentikan kira-kira 1,000 pekerja. Dan Katsuhisa Ezaki tidak lama kemudian mengakui bahawa tindakan penculik itu telah menyebabkan syarikat Glico kerugian $130 juta dalam jualan.

Pada September 1984, "The Monster with 21 Faces" menyasarkan syarikat Morinaga dan mula meminta wang daripada syarikat gula-gula itu. Apabila Morinaga enggan mematuhinya, mereka menghantar satu lagi surat ugutan yang menaikkan minat mereka.

Dalam surat yang dihantar pada bulan Oktober, mereka mendakwa telah meletakkan 20 kota gula-gula Morinaga berperisa kalium sianida di beberapa kedai sekitar Hakata dan Tokyo. Pihak polis berjaya menemui gula-gula tersebut dengan nota bertulisan “Bahaya, mengandungi racun. Anda akan mati jika anda makan ini”.

Misteri yang belum dapat dirungkai

lakaran penjenayah

Disebelah kiri merupakan lakaran penjenayah yang dikenali sebagai "The Monster With 21 Faces"

Selama berbulan-bulan, polis di Jepun melakukan segala yang mereka mampu untuk mencari "The Monster With 21 Faces". Ketika ancaman meningkat terhadap syarikat lain, mereka meneliti rakaman pengawasan berjam-jam dan juga mengeluarkan audio seorang wanita dan seorang kanak-kanak yang menuntut wang bagi pihak kumpulan itu, dengan harapan seseorang dapat mengenal pasti mereka.

Menjelang Ogos 1985, tekanan kes ini dan kegagalan polis yang berterusan memberikan tekanan buat ketua polis Shiga Prefecture, Shoji Yamamoto. Dia meninggal dunia selepas menuang minyak tanah ke atas kepalanya dan membakar dirinya.

Setelah kejadian ini, penjenayah ini telah bertindak untuk berhenti daripada mengugut syarikat-syarikat makanan ringan secara tiba-tiba melalui sepucuk surat yang berbunyi seperti berikut:

"Kami ingin mengucapkan takziah. Kami memutuskan untuk melupakan menyeksa syarikat pembuat makanan. Jika ada yang memeras ugut mana-mana syarikat pembuat makanan, itu buka lagi kami tetapi seseorang yang meniru kami".

Itulah kali terakhir sesiapa pernah mendengar apa-apa daripada "The Monster With 21 Faces" lagi. Sepanjang rancangan jenayah mereka, tiada siapa yang pernah diracun dan entiti itu tidak pernah muncul untuk menerima sebarang wang pemerasan. Oleh itu, kes Glico-Morinaga kekal sebagai salah satu kes pembunuhan yang paling pelik yang tidak dapat diselesaikan pada abad ke-20.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Japan Times
  3. Atlas Obscura



Hakcipta iluminasi.com (2017)