Jepun merupakan negara dengan cawangan 7-Eleven paling banyak di dunia, iaitu sebanyak 16,664 cawangan.

Jumlah ini lebih daripada 2 kali ganda daripada negara dengan cawangan 7E kedua tertinggi di dunia iaitu Amerika Syarikat.

Walaupun cawangan sangat banyak, namun mereka mampu memberikan segala yang terbaik kepada pelanggan. Di Jepun, konsep kedai serbaneka ini adalah tersangat lain daripada yang lain dan tidak mengecewakan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

7 eleven di jepun

Jika anda melawat negara ini, jangan lepaskan peluang untuk sekurang-kurangnya masuk ke dalam.

iluminasi.com kongsikan 6 sebab mengapa 7-Eleven di Jepun adalah yang terbaik di dunia.

1. Layanan tersangat baik

sebab mengapa 7 eleven di jepun adalah yang terbaik di dunia 0

Layanan yang sangat baik di Jepun sangatlah ketara dan boleh dilihat melalui kedai 7-evelen mereka. Perkhidmatan yang diberikan disesuaikan dengan permintaan rakyat Jepun. Malah sehinggakan cuaca semasa juga diambil kira oleh mereka. 

Ketika musim sejuk, kedai 7-eleven dipasang dengan pemanas dan pad pemanas. Kakitangan mereka juga sangat bertimbang rasa terhadap tetamu asing, jadi anda tak perlu risau untuk meminta bantuan di kedai-kedai seperti ini. Tiada sebarang perkauman berlaku di sini.

Segala maklumat seperti umur dan jantina pelanggan serta ramalan cuaca diguna pakai untuk meningkatkan perkhidmatan mereka. Maklumat-maklumat ini dipungut dan diedarkan kepada ibu pejabat 7-Eleven Jepun untuk dianalisa untuk membekalkan produk mengikut permintaan, menggunakan data tambahan mengenai demografi bagi setiap kawasan.

2.  Makanan paket yang sedap dan segar

sebab mengapa 7 eleven di jepun adalah yang terbaik di dunia 3

Jika anda melawat negara ini dengan bajet yang ala kadar dan tak mampu untuk makan di restoran, anda patut bersyukur kerana 7-Eleven di Jepun memberikan alternatif yang sangat bagus.

Terdapat pelbagai jenis makanan yang anda tak dapat jangka. Sandwich, sushi, salad, bento dan onigiri serta pelbagai lagi makanan yang terdapat di sini. Anda suka kopi ais? Terdapat 20 jenis kopi di 7E Jepun.

sebab mengapa 7 eleven di jepun adalah yang terbaik di dunia

Jika anda mempunyai masalah dengan makanan paket, perlu diketahui bahawaa 7-Eleven menerima 2 hingga 5 penghantaran makanan setiap hari daripada kilang-kilang berbeza.

Jadi anda tak perlu risau tentang kesegaran makanan yang dijual. Penghantaran makanan yang kerap membuktikan kitaran jualan yang sangat cepat. Juga terdapat pilihan makanan halal.

3. Perkhidmatan ATM yang luar biasa

sebab mengapa 7 eleven di jepun adalah yang terbaik di dunia 7

Seperti 7-Eleven di Malaysia, sesetengah daripadanya mempunyai mesin ATM. Namun mesin ATM di 7-E Jepun lebih hebat berbanding yang lain.

Selain daripada mesin ATM ini boleh menerima kad antarabangsa, malah ia juga boleh digunakan untuk membeli membayar bil, beli tiket bas dan juga tiket kapal terbang!

Anda juga boleh membayar bil telefon dan utiliti yang lain. Anda boleh mengalihkan penghantaran peribadi anda ke 7E yang berhampiran dengan anda. 

4. Pilihan kopi, mi segera, makanan ringan dan coklat yang sangat banyak

sebab mengapa 7 eleven di jepun adalah yang terbaik di dunia 8

Jika anda rasa pilihan barangan jualan seperti coklat dan gula-gula di tempat anda sudah banyak, mungkin tak boleh lawan dengan 7E Jepun. Sebagai contoh coklat popular Kit Kat.

Di Malaysia hanya mempunyai beberapa perisa Kit Kat, namun di Jepun terutamanya di 7E, terdapat lebih daripada 200 perisa Kit Kat!

sebab mengapa 7 eleven di jepun adalah yang terbaik di dunia 10

"Inovasi makanan" ini bukan sahaja untuk pilihan coklat sahaja, malah dalam makanan popular Jepun juga seperti ramen dan makanan ringan.

sebab mengapa 7 eleven di jepun adalah yang terbaik di dunia 4

Masuk sahaja ke 7E Jepun anda akan lihat pelbagai jenis makanan tersusun rapi. Malah, 7-E di Jepun juga menjual barangan harian hingga ke pakaian.

5. Agen jualan tiket

tiket konsert atau disneyland tokyo boleh dibeli di 7 eleven di jepun

Ini memang sangat jarang, malah tak ada di 7E Malaysia. 7E di Jepun menawarkan perkhidmatan penjualan tiket bagi tempat-tempat menarik di Jepun. Dalam kata lain, ia juga berfungsi sebagai agensi pelancongan.

Tidak terhad kepada menjual pakej-pakej pelancongan sahaja, juga terdapat tiket-tiket seperti konsert-konsert dan juga tiket ke Disneyland. Tak perlu nak beli online lagi, masuk 7E, beli tiket dan siap sedia untuk ke Disneyland!

6. Dilengkapi Wi-Fi

Mungkin ada yang mengatakan ia tidak begitu praktikal, namun ia mungkin menjadi salah satu kelebihan kepada 7E di Jepun kerana mempunyai Wifi. Jika anda seorang yang suka melayari internet sambil berehat seketika untuk makan snek, 7E Jepun mungkin tempat bagi anda.

Sambil-sambil anda menikmati makanan yang dibeli dari kedai ini, anda boleh menggunakan Wifi percuma yang disediakan.

Rujukan :

1. AWOL

2. Jpn Info

3. Japan Guide




Hakcipta iluminasi.com (2017)