Oleh pada 16 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Mentor Milenia 2019 menutup tirai dengan menobatkan Apex Tajudin, 23, sebagai juara pada peringkat akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan itu membawa kepada ganjaran wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi kepada protege penyanyi Hazama itu.

   

mentor 2019 732

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Selain itu, beliau menerima habuan berupa motosikal jenama Benelli dan peluang merakamkan single bersama Faizal Tahir.

Pemuda berasal dari Kelantan itu juga dihadiahkan video muzik untuk runut bunyi sebuah drama siaran TV3, termasuk promosi slot televisyen (TV) dan radio bernilai RM500,000.

Apex mempertaruhkan lagu Merisik Khabar secara solo, selain berduet dengan Hazama menerusi medley Fantasia Bulan Madu serta Langit Dan Bumi, sekaligus mengetepikan tiga finalis yang sama berentap.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi Daus Husny di bawah bimbingan mentor, Ernie Zakri dengan hadiah wang tunai RM40,000 berserta trofi.

Tempat ketiga milik Aedy Kama, anak didik Black, sementara kedudukan keempat berpihak kepada Rika Riana, protege Stacy Anam.

Konsert akhir Mentor Milenia 2019 diacarakan Shuk Sahak dan Elly Mazlein dengan menampilkan Syafinaz Selamat dan Altimet selaku juri tetap, selain Faizal sebagai juri undangan.

Markah keseluruhan hasil daripada penilaian juri profesional sebanyak 60 peratus digabungkan baki 40 peratus daripada undian penonton melalui atas talian.

   

Kredit video: [LIVE] Mentor Milenia 2019 Akhir | Minggu 10

   

Sumber berita: Mentor Milenia 2019 Milik Apex

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)