Kredit foto: Instagram Apex Tajudin

    

Tahniah diucapkan kepada Apex Tajudin yang diumumkan sebagai antara peserta Top 10 program realiti anjuran TV3, Mentor Milenia 2019.

Beliau dikatakan antara yang mempunyai kelebihan untuk mengungguli persaingan selepas persembahannya di minggu pertama menjadi trending di laman Youtube dengan sehingga kini mencecah hampir 800,000 tontonan.

Sembilan lagi peserta yang bakal memberikan cabaran kepadanya ialah Muhammad Aidil Kamarulzaman atau Aedy Kama, 22, Muhamad Asyraff Mohd Zamani (Bulan), 20, Muhammad Firdaus Abdul Rafi (Daus Husny), 20, Mohd Yuzrul Abdul Latip (Yazrul Arrep), 21, Noor Hasmah Syed Hassim (Sharee Lopes), 19, Nazrul Fhad Sulaiman Fahmi (Ryan Que), 20, Abdul Amir Ariff Abdul Manaf (Remy Manaf), 22, Erika Rianty Anthony (Rika Riana), 19, dan Ameerul Solihin Ariffin Malek (Arayn Malik), 22.

Berikut perkongsian biodata dan latar belakang Apex yang juga peserta tunggal dari negeri pantai timur ini.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tadjuddin. Dikenali umum sebagai Apex Tajudin.

2. Berusia 23 tahun (2019).

3. Berasal dari Kelatan. Namun menetap di Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu selama 23 tahun.

4. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan.

5. Sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Isterinya menyara kehidupan sebagai peniaga nasi lemak.

6. Akaun Instagram rasminya, @apextajudin sehingga kini sudah mengumpul hampir 20,000 pengikut.

7. Beliau berjaya melangkah ke peringkat Top 10 Mentor Milenia 2019 di bawah bimbingan mentor Hazama. 

   

Fakta Menarik

  • Digelar Apex di kalangan rakan-rakan kerana wajahnya yang seakan-akan pemuda cina.
  • Menyifatkan kebolehan vokal yang dimiliki, diwarisi daripada bakat bapanya.
  • Vokalnya dikatakan mempunyai iras arwah Saleem Iklim dan Sudirman.
  • Meminati genre muzik rock dan balada.
  • Mengidolakan penyanyi Hazama, Datuk Jamal Abdillah, Zamani Slam dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
  • Memasuki Mentor Milenia kerana ingin mengubah nasib keluarga.
  • Mentor Milenia juga merupakan pengalaman sulungnya beraksi dalam pertandingan besar. Sebelum ini, beliau aktif memasuki pertandingan nyanyian berkonsepkan nasyid, lagu-lagu asli, syair, puisi dan karaoke bebas.
  • Memilih Hazama sebagai mentor atas saranan ibu bapanya.

   

Foto

apex tajudin

apex mentor

isteri apex mentor

apex mentor milenia

biodata apex mentor

mentor 2019

mentor milenia 2019

Kredit foto: Instagram Apex Tajudin

   

Video

Kredit video: Tiara - Apex l Minggu 2 | Mentor Milenia 2019

   

Sumber:

1. Persaingan Sudah Bermula

2. Video Tiara Apex Trending, Temubual Apex Tajudin Pekat Loghat Terengganu & Kelate di Mentor Milenia

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)