Oleh pada 26 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Mentor Milenia

   

Mengetengahkan konsep baharu, program realiti Mentor Milenia kembali untuk edisi 2019.

Kali ini menampilkan gandingan Black, Hazama, Akim, Ernie Zakri dan Stacy sebagai mentor dalam usaha menggilap bakat-bakat baharu dalam bidang hiburan.

Minggu lalu menyaksikan senarai peserta Top 10 didedahkan kepada umum selepas melalui proses saringan daripada 20 peserta awal.

Mereka ialah Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tadjuddin atau Apex Tajudin, 23, Muhammad Aidil Kamarulzaman (Aedy Kama), 22, Muhamad Asyraff Mohd Zamani (Bulan), 20, Muhammad Firdaus Abdul Rafi (Daus Husny), 20, Mohd Yuzrul Abdul Latip (Yazrul Arrep), 21, Noor Hasmah Syed Hassim (Sharee Lopes), 19, Nazrul Fhad Sulaiman Fahmi (Ryan Que), 20, Abdul Amir Ariff Abdul Manaf (Remy Manaf), 22, Erika Rianty Anthony (Rika Riana), 19, dan Ameerul Solihin Ariffin Malek (Arayn Malik), 22.

Ahad ini buat pertama kalinya persaingan sulung antara 10 peserta bakal berlangsung.

Berikut senarai lagu tugasan untuk minggu keempat.

    

SENARAI LAGU KONSERT MENTOR MILENIA 2019 MINGGU 4

  1. Bulan - Amalina (Santesh)
  2. Apex Tajudin - Selamanya (Usop)
  3. Arayn Malek - Zalikha (Floor 88)
  4. Rika Riana - Sakit (IAmNeeta)
  5. Ryan Que - Kembali Terjalin (Slam)
  6. Daus Husny - Kau Bunga Cintaku (Anuar Zain)
  7. Remy Manaf - Kau Sakiti (Amir Masdi)
  8. Sharee Lopes - Bukan Dia Tapi Aku (Judika)
  9. Aedy Kama - Sambutlah Kasih (Love Hunter)
  10. Yazrul Arrep - Seribu Tahun (Imran Ajmain)

    

Dihoskan pasangan pengacara Shuk Sahar dan Nana Mahazan, Mentor Milenia menemui penonton setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran TV3.

    

mentor milenia

mentor milenia 2019 120

mentor milenia minggu 4

mentor milenia 2019 minggu 160

mentor milenia 2019 minggu 4

Kredit foto: Instagram Mentor TV3 Official

    

Kredit video: [LIVE] Mentor Milenia 2019 | Minggu 3

    

Sumber:

1. Mentor Milenia

2. Persaingan Sudah Bermula

3. Instagram TV3 Malaysia

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)