Oleh pada 15 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Selepas sembilan minggu persaingan, akhirnya program realiti Mentor Milenia 2019 bakal menjengah ke konsert kemuncaknya yang bakal berlangsung pada malam ini.

Tinggal hanya empat finalis berentap untuk merebut gelaran juara edisi 2019.

Mereka ialah Apex Tajudin yang merupakan protege kepada Hazama, Daus Husny (Ernie Zakri), Aedy Kama (Black) dan Rika Riana (Stacy).

Pentas akhir bakal menampilkan para peserta mempersembahkan dua buah lagu iaitu secara solo dan duet bersama pasangan mentor masing-masing.

Sebelum berlangsungnya program realiti hiburan dinantikan ramai ini, Iluminasi kongsikan senarai lagu dipertaruhkan barisan finalis:

   

mentor milenia 2019 603

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Senarai Lagu Konsert Akhir Mentor Milenia 2019

1. Aedy Kama

Lagu Solo: Sinar (May) & Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)

Lagu Duet (bersama Black): Seniman Menangis (Jamal Abdillah) & Antara Hujan Dan Airmata (Sudirman)

    

2. Daus Husny

Lagu Solo: Apokalips (M.Nasir)

Lagu Duet (bersama Ernie Zakri): Kerana (Alleycats)

   

3. Apex Tajudin

Lagu Solo: Merisik Khabar (Sudirman)

Lagu Duet (bersama Hazama): Fantasia Bulan Madu (Search) & Langit Dan Bumi (Search)

   

4. Rika Riana

Lagu Solo: Awan Nano (Hafiz Suip)

Lagu Duet (bersama Stacy): Rindu (Agnes Monica) & Stereotype (Akim & The Majistret)

   

Juara Mentor Milenia 2019 bakal menerima ganjaran wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Pemenang juga akan berpeluang untuk merakamkan single bersama komposer terkemuka, selain video muzik yang akan dimuatkan sebagai runut bunyi drama TV3.

Tidak hanya itu, pemenang bakal diberikan waktu promosi televisyen dan radio bernilai RM500,000, selain dokumentari pendek berkisar perjuangan sepanjang melibatkan diri dalam Mentor Milenia 2019 yang bakal dikongsi di saluran YouTube TV3.

Pertandingan nyanyian ini menampilkan dua juri profesional, ​Altimet ​dan ​Datuk Syafinaz​, bersama Shuk Sahar dan Elly Mazlein selaku pasangan hos.

Bersiaran secara langsung pada 15 Disember 2019, jam 9 malam di TV3.

    

Kredit video: [LIVE] Mentor Milenia 2019 Akhir | Minggu 10

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)