Oleh pada 02 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Minggu ketiga program realiti, Big Stage mencetuskan 'drama' apabila peserta Aziz Harun bertindak menarik diri daripada pertandingan itu sebelum dia diumumkan berada di kelompok tiga terendah berdasarkan markah juri, dalam konsert yang berlangsung sebentar tadi.

Dalam minggu bertemakan 'Glocal Hits' itu, Aziz, 21, mempertaruhkan lagu Beautiful nyanyian asal Bazzi dan Camila Cabello.

Manakala, dua lagi bintang di kedudukan bottom three ialah Dinda Permata yang mendendangkan Terlalu Memuja dipopularkan Wany Hasrita dan Chaleeda menerusi Buat Selamanya (Alif).

Penyingkiran yang sepatutnya menjadi milik Dinda Permata, bagaimanapun digantikan dengan Aziz Harun yang terlebih awal mengumumkan pengundurannya dengan alasan ingin menyambung pengajian.

Penilaian dibuat menggunakan khidmat dua juri profesional tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan bersama komposer Ajai selaku juri undangan mingguan.

Berikut merupakan carta kedudukan dan markah penuh para peserta yang diberikan oleh barisan juri.

    

markah konsert minggu 3 big stage 2019

Kredit foto: Youtube Astro Gempak

    

  1. Han Byul (I'll Never Love Again) - 82.67%
  2. Neeta (Ku Bersuara) - 81.00%
  3. Santesh (Di Matamu) - 79.00%
  4. Adzrin (Cinta Luar Biasa) - 78.00%
  5. Fieya Julia (Pudar) - 69.00%
  6. Kucaimars (Kemarin) - 67.67%
  7. Syada Amzah (Pulang) - 65.83%
  8. Irfan Haris (Dia) - 63.67%
  9. Chaleeda (Buat Selamanya) - 62.67%
  10. Dinda Permata (Terlalu Memuja) - 62.00%
  11. Aziz Harun (Beautiful) - 56.00%

    

Selain Dinda Permata dan Chaleeda, lapan lagi peserta yang layak ke minggu hadapan ialah Neeta, Kucaimars, Irfan Haris, Santesh, Syada Amzah, Fieya Julia, Adzrin dan Han-Byul.

Konsert Big Stage musim kedua dihoskan pasangan pengacara, Alif Satar dan Sherry Alhadad, bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Dibawakan daripada Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

    

Kredit video: Youtube Astro Gempak

    

Sumber berita: [LIVE] Big Stage 2019 Live + (Minggu 3)

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)