Kredit foto: Instagram Soffwany Yusoff

   

Siapa Soffwany Yusoff? Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff atau nama komersialnya, Soffwany Yusoff merupakan seorang penyanyi wanita kelahiran Malaysia.  

Beliau terkenal menerusi lagu berjudul 'Nafas Cinta' dan juga bernaung di bawah syarikat rakaman Suria Records (SRC).

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff.
  • Menggunakan nama pentas, Soffwany Yusoff.
  • Berumur 31 tahun (2020).
  • Lahir pada 25 Mac 1989.
  • Merupakan seorang penyanyi rakaman yang bernaung di bawah label SRC Records.
  • Popular menerusi single berjudul Nafas Cinta ciptaan sepenuhnya oleh Omar K dan Ikhwan Fatanna.
  • Selain berkecimpung dalam dunia seni suara, beliau turut berkhidmat sebagai polis dalam Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Mengikat tali pertunangan dengan pelakon Raja Afiq pada Mac 2020 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediaman keluarganya yang terletak di Johor. Mereka terlebih dahulu melalui fasa perkenalan selama tiga bulan sejak awal tahun ini.

    

Baca: Bakal Kahwin Raja Afiq, Soffwany Yusoff Dedah Kisah Putus Tunang

    

Fakta Menarik

  • Namanya pernah tular pada 2016 selepas bakat nyanyiannya mendapat pujian netizen menerusi penyampaian lagu raya berjudul Pulanglah dendangan asal Aishah.
  • Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @soffwany_yusoff sehingga kini mencatatkan lebih 246,000 pengikut.
  • Merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan Raja Afiq pada Ogos atau September 2020, namun terpaksa menangguhkan hasrat itu selepas negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  • Berdasarkan tinjauan di akaun Facebook miliknya mendapati beliau pernah melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

    

Pendidikan

1. Tadika Anne, Taiping, Perak.

2. Sekolah Kebangsaan Pengkalan Aur, Taiping, Perak (1997-1999)

3. Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak Sungai Buloh, Selangor (1999-2000)

4. Sekolah Menengah Bukit Gading Sungai Buloh, Selangor (2001-2002)

5. Sekolah Menengah Dr Burhanudin, Taiping, Perak (2003-2004)

6. Sekolah Menengah Convent Kota, Taiping, Perak (2005-2006)

    

Foto

soffwany yusoff dulu

bapa soffwany yusoff

soffwany yusoff

siapa soffwany yusoff

instagram soffwany yusoff

wikipedia soffwany yusoff

soffwany yusoff kahwin

keluarga soffwany yusoff

soffwany 902

raja afiq bertunang

Kredit foto: Instagram Soffwany Yusoff

    

Video

Kredit video: Soffwany Yusoff - Nafas Cinta (Official Music Video)

   

Sumber:

1. Anggota Polis Wanita Nyanyi Lagu Raya Dapat Pujian

2. Soffwany dan Raja Afiq dah tunang

3. Raja Afiq tunang senyap-senyap dengan polis viral Soffwany Yusoff - “Kami kerap berbalas mesej di Instagram”

4. "Kami Bertunang Bulan Mac Lalu Di JB" - Kenal 3 Bulan, Soffwany & Raja Afiq Nak Kahwin Bulan Ogos, Tapi...

5. "Buat Majlis Ringkas Sahaja Sebab Dah Serik" - Bakal Isteri Raja Afiq Pernah Putus Tunang, Jarang Jumpa Tapi Terpikat Gara-Gara...

6. Instagram Soffwany Yusoff

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)