Masa merupakan satu faktor alam yang tidak pernah berhenti dan manusia sanggup melakukan apa saja demi masa.
Dengan wujudnya masa, kitaran kehidupan setiap makhluk berlangsung dengan sekata, berlaku dari hari ke hari, minggu ke minggu, tahun ke tahun dan seterusnya. Penggunaan istilah seperti second bagi mewakili saat, minute dan terjemahannya minit, hour atau jam, days atau hari, week atau minggu dan year atau tahun merupakan istilah yang kita sebut dengan sangat kerap.
BESARKAN TEKS A- A+
Pernahkah anda terfikir kenapa kita menamakan kiraan waktu menggunakan istilah sedemikian rupa? Jom kita belajar.
Kenapa 'second'?
Konsep saat diperkenalkan sejak era Babylon kuno, di mana orang Babylon membahagikan kedua-dua tempoh waktu bergantung kepada siang dan malam menjadi zon 12 jam yang sama rata dan setiap jam mengandungi 60 minit.
Semuanya kerana sistem nombor masyarakat Babylon dibentuk menggunakan kaedah kiraan asas 12 dan asas 60.
Perkataan second atau dalam bahasa Melayu-nya saat berasal dari istilah bahasa Latin "secundus," yang bermaksud "mengikuti" atau "seterusnya." Ia pada asalnya merujuk kepada kiraan yang dilakukan kepada jumlah jam dan selepas minit.
Pembahagian ini mewujudkan kategori kiraan waktu kedua yang lebih kecil daripada nilai minit yang digelarkan 'secundus' bagi mewakili kedudukannya dalam kiraan itu. Sebab itu jugalah 'second' turut digunakan dalam mewakili tempat kedua.
Bagaimana minit diistilahkan
Seperti yang kami sebutkan di atas, minit juga berasal dari sistem Babylon mewakili 1/60 daripada kiraan jam, yang merupakan 1/12 kiraan hari menjadikannya lebih kecil daripada unit jam dan juga hari.
Istilah "minit" juga mempunyai asal-usul bahasa Latin daripada istilah "minutus," yang bermaksud "kecil" atau "pendek." Dalam konteks istilah waktu ini, ia menandakan pembahagian masa yang kecil dalam satu jam.
Kenapa jam digelarkan 'hour'?
Sebelum hour diamalkan bagi mewakili setiap kiraan 60 minit, istilah itu sebenarnya telah digunakan bagi mewakili satu tempoh waktu secara lebih umum, tidak terhad kepada 60 minti semata-mata sebaliknya boleh mewaklili tempoh waktu seperti satu musim mengikut peralihannya.
Tempoh waktu ini digelarkan masyarakat terdahulu menggunakan istilah 'hora', diamalkan di kalangan orang Yunani.
Bagi mendefinisikan kiraan waktu dengan lebih jelas, masyarakat Yunani mula menggunakan istilah 'hora' itu bagi merujuk tempoh waktu yang telah diperkenalkan oleh orang Babylon, menamakan pembahagian satu hari kepada 12 dalam dua waktu berbeza (siang dan malam) dan menamakan setiap satu itu sebagai 1 hora.
Bagaimana konsep 'days' dan 'week' dibentuk
Sistem yang digunapakai orang Babylon juga dijadikan asas pembahagian hari.
Mereka tahu ada tujuh objek di langit iaitu matahari, bulan, planet Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal. yang dijadikan asas kiraan kalendar lunar mengikut fasa bulan. Setiap satu kitaran bulan berlaku sekitar 28 atau 29 hari dan bila dibahagikan kepada empat bahagian yang sama memberikan mereka tujuh hari.
Kitaran siang dan malam ini membawa kepada penamaannya oleh masyarakat barat terdahulu, di mana mereka menamakan tempoh waktu matahari berada di atas garisan ufuk atau horizon sebagai waktu 'dages' yang akhirnya berubah menjadi 'day' atau 'days.'
Sistem minggu tujuh hari yang diperkenalkan Babylon mula tersebar mempengaruhi cara kaedah kiraan tamadun-tamadun lain yang pada mempunyai kiraan panjang minggu yang berbeza.
Orang Mesir terdahulu mengambil satu minggu 10 hari dan orang Rom pula pada asalnya berpendapat satu minggu bersmaan lapan hari. Penggunaan kiraan 7 hari seminggu ini akhirnya menjadi standard yang terus kita amalkan.
'Weik' menjadi istilah masyarakat terdahulu di Eropah menamakan kitaran 7 hari ini, yang akhirnya digubah ke dalam dalam bahasa Inggeris moden sebagai week.
Apa pula kisahnya dengan tahun atau year?
Istilah tahun atau 'year' pula datang daripada pemahaman masyarakat terdahulu khususnya di Eropah, yang berjaya memahami kiraan putaran bumi mengorbit matahari. Istilah ini pada awalnya digunakan bagi merujuk pergerakan penuh satu musim yang dapat diperhatikan pengkaji terdahulu, dilabelkan sebagai yer.
Istilah ini kemudiannya diamalkan beberapa tamadun berbeza, membentuk istilah seperti yjar, jaar, ger dan gear. Istilah yang ada sekarang iaitu 'year' datang daripada istilah Inggeris lama gear.