Oleh pada 10 May 2023 kategori

Mempelajari bahasa Inggeris sekiranya anda benar-benar fikirkan, merupakan satu pengalaman yang mengelirukan.

Ini kerana bahasa Inggeris merupakan susur galur gabungan pelbagai bahasa di Eropah, yang mempunyai sistem ejaan tidak tetap, menyumbang kepada sistem cara sebutannya tidak sama seperti ejaannya.

Banyak mencedok istilah bahasa lebih awal mengakibatkan wujud istilah dalam bahasa Inggeris dan bahasa berbeza mempunyai ejaan dan sebutan serupa, tetapi makna yang jauh berlainan maksudnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 6 istilah bahasa Inggeris yang tersenyum kita menyebutnya, tetapi bila diguna dalam bahasa asalnya lari jauh maknanya sehingga mampu menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna kedua-dua bahasa.

1. 'Fart' dalam bahasa Norway

kentut fart dalam norway

Tahukah anda, fart yang biasanya digunakan dalam bahasa Inggeris bagi merujuk kepada kentut - membawa maksud 'kelajuan' dalam bahasa Norway?

Lucunya, kedua-duanya mempunyai asal-usul serupa dari bahasa Jerman kuno iaitu istilah ferzan atau freta.

Penggunaannya bermula bagi mewakili pergerakan angin yang boleh berlaku secara semulajadi, biasanya melibatkan pergerakan kapal tetapi mula diguna bagi mewakili perbuatan kentut oleh masyarakat Inggeris sekitar abad ke 14.

2. 'Kiss' dalam bahasa Sweden

sayang kiss sweden

Kredit foto : DailyMail

'I want to kiss you.' 'Give me a kiss'. Filem romantik barat gemar memaparkan adegan ciuman dalam filem mereka. 

Tetapi sekiranya seorang penutur Inggeris meminta kucupan dari orang Sweden dengan istilah 'kiss', pasti dia akan dilihat aneh. Ini kerana 'kiss' dalam bahasa Sweden mempunyai makna 'air kencing.'

Lucunya, di Sweden sekiranya anda ingin berkucupan mesra dengan kenalan rapat anda, mereka akan menggunakan istilah 'puss puss.' 'Puss' membawa makna ciuman.

3. Gifted dalam bahasa Jerman

racun dalam minuman air kopi

Jika anda berada di Jerman dan anda diberitahu anda seorang yang gifted dan individu yang memberitahu anda itu sedang gelak besar, jangan bangga sangat. 

'Gifted' dalam bahasa Jerman mempunyai makna 'telah diracun' kerana 'gift' membawa makna 'racun.' Hati-hatilah kalau ada orang Jerman yang ingin memberikan anda going away gift' ya! Hahaha.

4. Bra dalam bahasa Sweden

coli bra pakaian dalam     

Kembali ke bahasa Sweden! Katakanlah anda seorang wanita yang berpeluang berhijrah ke sana, mendapatkan peluang pekerjaan dan majikan anda sering memuji 'bra' anda, jangan salah faham pula!

'Bra' dalam bahasa Sweden mempunyai makna 'bagus!' Kerap diguna untuk memuji seseorang atau sesuatu yang positif dan baik, janganlah hairan pula kenapa orang Sweden selalu bercakap tentang 'bra.'

5. Slip dalam bahasa Belanda

jalanraya licin

Dalam bahasa Inggeris, slip digunakan bagi merujuk perbuatan tergelincir yang biasanya berlaku secara tidak sengaja. Dengan penambahan imbuhan yang membentuk perkataan slippery, ini menggambarkan permukaan yang licin.

Selain itu slip juga diguna bagi merujuk sesuatu perbuatan yang dibuat tanpa sedar, seperti terlupakan sesuatu.

Bagi masyarakat Belanda, slip pula merujuk kepada kategori pakaian dalam, dengan herenslip merujuk kepada seluar dalam lelaki sementara damesslip pula merujuk untuk pakaian wanita.

6. Smoking dalam bahasa Belanda

smoking the mask

Berbeza dengan istilah lain dalam senarai ini, istilah smoking dalam bahasa Belanda merupakan istilah yang dibentuk hasil pinjaman bahasa Inggeris ke bahasa itu. 

Kita semua tahu smoking merujuk perbuatan merokok, tetapi apa makna smoking dalam bahasa Belanda? Smoking di kalangan penutur Belanda membawa maksud baju tuksedo yang dipakai oleh orang lelaki.

Ini kerana ada di kalangan komuniti Eropah meminjam istilah itu daripada orang Inggeris era Victoria, yang akan mengenakan sejenis pakaian kot khas untuk memasuki bilik-bilik menghisap cerut eksklusif. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)