Kredit foto: Instagram Adam Lee

Adam Lee dan Sweet Qismina yang juga pelakon drama bersiri Bidadari Salju telah bernikah pada Isnin lalu.

Mereka mulanya bertunang pada 24 Oktober 2021 yang juga merupakan hari lahir Sweet yang ke-24.

Adam yang merupakan pelakon lelaki Malaysia, terkenal sejak melakonkan watak di televisyen dalam drama bersiri Lara Aishah.

Dia baru-baru ini menempa populariti menerusi siri Adakah Engkau Menungguku yang antara lain dibintangi oleh pelakon seangkatan seperti Wanna Ali, Farhan Asri, Nabil Aqil, Bella Astillah, Syafi Tee dan ramai lagi.

Siapa Adam Lee? Kahwini Aktres Sweet Qismina, Ini 10 Fakta Biodatanya!

pelakon adam lee

1. Merupakan anak bongsu yang mempunyai dua orang adik beradik.

2. Sepupu kepada pelakon Janna Nick ini mempunyai darah campuran.

adam lee

3. Pemegang trofi kategori Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 pada 2019.

sweet qismina adam lee

   

4. Berlakon sejak umur 18 tahun walaupun ketika itu dia sudah mempunyai pekerjaan tetap. Bagaimanapun, pada mulanya namanya gagal menyerlah kerana peluang berlakon yang sukar diperoleh.

umur adam lee

5. Pernah berkhidmat sebagai penyelia di sebuah gimnasium yang beroperasi di Seri Kembangan.

adam lee kahwin

6. Misnah Atan, ibu Sweet Qismina menyifatkan Adam seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab, sopan dan sangat menghormati orang terutama yang lebih tua.

7. Malah kata Misnah, Adam suka menghabiskan masa di rumah jika tidak bekerja.

adam lee janna nick

8. Adam pernah menolak tawaran peranan yang memerlukan dia berlakon sebagai lelaki romantik, demi menjaga batas pergaulan semasa fasa pertunangannya dengan Sweet.

adam lee dan sweet qismina

9. Antara drama yang menampilkannya sebagai aktor ialah Lara Aishah, Seharum Mawar, Dendam Aurora, Curi Curi Cinta, Adam Chempaka, Budak Tebing dan Bidadari Salju. Juga telefilem Dorm, Aku dan Adik, Cinta Bae Kicap, Infomasi Terkorban, Mek Bunga, Ara dan Mr Maid Suami Ibu. Pembabitan di layar perak menerusi filem Ia Wujud dan Seratus.

adam lee drama

10. Pada masa hadapan, dia akan muncul dalam drama Bukan Lelaki Terhebat, Seperti Air Dan Api dan Cik Misi 123.

Untuk biodata asas Adam, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Adam Lee

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Sweet Qismina

qismina

sweet qismina

Adam dan Sweet baru-baru ini melangsungkan perkahwinan pada 24 Oktober 2022.

Kredit gambar: Instagram Adam Lee

Sumber:

1. Budak Tebing lonjak Adam

2. 2018 tahun bertuah Adam Lee

3. Adam budak baik, bukan jenis buat perangai – Ibu Sweet Qismina

4. Adam Lee pernah tolak tawaran berlakon babak romantik, sudah jaga batas sebelum kahwin dengan Sweet Qismina




Hakcipta iluminasi.com (2017)