Imran Aqil merupakan satu nama yang popular dan tidak asing lagi dalam arena media sosial Malaysia. Awalnya hanya sebagai personaliti laman sosial, namun pada tahun 2020, dia mula menjurus secara serius dalam industri hiburan selepas mengambil bahagian dalam pertandingan Pencarian Hero Remaja 2020.

       

10 Fakta Pelakon Imran Aqil Yang Ramai Tak Tahu!

imran aqil 24612

         

1. Dia dilahirkan daripada program realiti Hero Remaja 2020 yang dianjurkan oleh sebuah majalah tempatan terkenal, iaitu Remaja. Seangkatan dengannya menerusi pertandingan sama adalah Meerqeen, Aniq Suhair, Nadhir Nasar, Hariz Hamdan, Hazeeq Dean, Jabir Meftah, Azim Yusof, Jazmy Juma Khan dan beberapa lagi.

Walaupun tersingkir sebelum peringkat akhir, tuah berpihak kepadanya apabila dia dinobat sebagai pemenang kategori Hero Inspirasi.

        

imran aqil wikipedia 24600

         

2. Sejak itu, dia terkenal dengan peranan lakonannya dalam drama-drama bersiri seperti Budak Tebing 2, Kau VS Aku, Adnan Runner, Lelaki Lingkungan Cinta, Kamcing dan Republik Gombak, termasuk filem Dendam Penunggu yang ditayangkan di platform Tonton.

         

siapa imran aqil 18746

         

3. Akan datang, Imran akan terus menyinari skrin televisyen dengan watak terkininya dalam drama Anak Ex-Stray dibintangi bersama Nelissa Nizam, Ucop, Alya Iman, Wan Raja, Marc Syahmie dan Meor Mohd, bagi mengisi slot Lestary di saluran TV3.

          

abang imran aqil 25610

          

4. Yasmi Abdul Hamid, ibu kepada Imran, yang mempunyai darah kacukan Pakistan dan Jawa, baru sahaja berusia awal 40-an kerana mendirikan rumah tangga pada umur yang sangat muda selepas menamatkan sekolah menengah.

          

ayah imran aqil 34206

          

5. Ibu dan bapa Imran difahamkan telah bercerai. Semasa membesar, Imran tinggal di bawah jagaan bapanya, manakala abangnya, Nabil Aqil, diuruskan oleh ibunya.

          

umur imran aqil 48597

          

6. Mungkin kurang diketahui oleh ramai, Imran mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Syafiq Kyle, seorang pelakon terkenal yang lebih dahulu mencapai kejayaan dalam bidang seni. Syafiq adalah bapa saudara kepada Imran.

         

imran aqil height 63047

          

7. Rezeki dalam industri seni murah buatnya, bukan hanya sebagai pelakon dan pengacara, tetapi juga sebagai seorang penyampai di stesen radio rangkaian Media Prima, Hot FM. Menerusi segmen kendalian, HotFlix, jawatannya di sana sekaligus menempatkannya sebaris dengan penyampai-penyampai terkemuka seperti Johan Raja Lawak, Farah Fauzana, AG, KJ (Khairy Jamaluddin), Fizi Ali, Keymi, Aisha, Ayu dan Han Kabir. Namun, pada Jun 2023, dia akhirnya meninggalkan konti radio tersebut.

          

nabil aqil 63910

         

8. Pada 2022, dia membuat kemunculan dalam video muzik untuk lagu viral, "Cinta Sejati" yang dilantunkan oleh penyanyi Aiman Sidek dan Alin Sidek.

9. Dia mendedahkan bahawa dia pernah menjalin hubungan percintaan dengan personaliti media sosial, Nik Nazira Narriman, namun jodoh tidak memihak kepada mereka apabila pertalian itu berakhir pada September 2021. Setelah itu, Nik Nazira membuat keputusan untuk bertunang dengan penyanyi rap, Yonnyboii pada 9 Oktober tahun yang sama dan pernikahan pasangan tersebut dilangsungkan pada 20 November kemudian.

10. Imran kini bergelar seorang suami apabila berkahwin dengan model serta personaliti TikTok, Dahlia Rizal pada 9 September 2023 dalam majlis yang diraikan secara tertutup, dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua pengantin. Mereka terlebih dahulu bertunang pada 21 Ogos 2022.

           

imran aqil age 78925

ketinggian imran aqil 89584

imran dahlia 44301

adik beradik imran aqil 98327

dahlia rizal 96876

imran aqil dahlia 36236

dahlia rizal kahwin 469551

Kredit foto: Instagram ijeebster , Instagram Min Hamid , X (Twitter) Imran Aqil

          

Baca: Biodata Dahlia Rizal, Isteri Kepada Imran Aqil

Baca: Biodata Lengkap Dan Latar Belakang Pelakon Imran Aqil

Baca: 8 Fakta Pelakon Nabil Aqil Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Nabil Aqil, Peserta Hero Remaja 2017, Abang Kepada Imran Aqil

         

Kredit video: A DAY IN MY LIFE VLOG

         

Sumber:

1. 'Uncle Syafiq yang ajar'

2. Gara-Gara Wajah MUDA & CANTIK, Ibu Ini Sering Disangka ‘Girlfriend’ Anak Lelakinya!

3. Imran Aqil terkejut bekas kekasih bertunang dengan Yonnyboii

4. Instagram Imran Aqil

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)