Oleh pada 04 Jul 2024 kategori

Kredit foto: Instagram D' Ayu Pictures SB

        

Waruga: Kutukan Ilmu Hitam, filem seram Malaysia 2024, menghantui pawagam di seluruh negara bermula 15 Februari 2024.

       

waruga kutukan ilmu hitam rating imdb ending review

        

Tidak hanya terhenti di pawagam, filem ini kini tersedia di saluran penstriman global, Netflix, mulai 1 Julai 2024.

        

kutukan ilmu hitam 2024

Kredit foto: Instagram Filem Waruga

        

Sehingga kini, ia masih bertahan dalam carta 10 kandungan teratas di Netflix Malaysia daripada segi jumlah tontonan.

Waruga: Kutukan Ilmu Hitam mengisahkan tentang Yamin yang kembali ke kampung halaman untuk mewarisi rumah lama bapanya yang penuh misteri. Dia dan isterinya terperangkap dalam rahsia keluarga yang melibatkan ilmu hitam kuno, di mana mereka harus mendepani kehadiran Anom, seorang perempuan misteri yang menyimpan kebenaran menyeramkan tentang warisan keluarga mereka.

        

Sinopsis

Mengambil inspirasi daripada keunikan adat dan kepercayaan kuno kaum Minahasa di Indonesia yang dipercayai bermula sejak kurun ke-16, filem ini menyelami dunia ilmu hitam serta pemujaan yang diadakan untuk membangkitkan semula jasad orang yang telah mati, mendedahkan misteri dan ritual purba yang menakutkan.

Mengikut kepercayaan Minahasa, jasad manusia yang sudah mati akan disemadikan dalam Waruga dengan kedua-dua lutut dirapatkan ke dada, menyerupai kedudukan bayi dalam kandungan. Hal ini demikian kerana mereka yakin bahawa jasad itu akan dilahirkan semula pada masa akan datang, membawa bersamanya roh yang telah melalui kitaran kehidupan.

Filem ini mengisahkan tentang Rewan, seorang penuntut ilmu perubatan tradisional yang terkesan dengan kematian isterinya, merayu kepada Mbah Usu Lijah, guru perubatannya, demi mendapatkan ilmu membangkitkan jasad tanpa roh yang tersirat dalam kitab keturunan kaum Minahasa, dimiliki oleh wanita itu.

Namun, Mbah Usu Lijah enggan melakukannya kerana Rewan bukanlah daripada keturunan Minahasa. Apatah lagi, bagi melaksanakan niatnya, Rewan perlu menghadapi beberapa fasa yang sukar. Dalam kegelisahan yang meluap-luap, Rewan akhirnya mencuri kitab kuno tersebut dan mengambil nyawa Mbah Usu Lijah.

Selepas kematian Rewan, anaknya, Yamin, melanggar sumpahnya dengan kembali ke kampung halaman setelah menerima khabar berita kematiannya. Yamin kini dihadapkan dengan tanggungjawab mewarisi rumah lama bapanya yang penuh dengan misteri. Legenda di kalangan penduduk kampung mengisahkan bahawa bapanya telah mati berkali-kali, namun hidup semula berulang kali disebabkan oleh amalan ilmu hitam yang kuat.

Apabila Yamin dan isterinya melawat rumah itu, mereka menemui seorang perempuan misteri bernama Anom yang tinggal di sana, yang Yamin yakin sebagai anak angkat bapanya. Namun, kehadiran Anom dan hakikat bahawa bapa Yamin adalah seorang pengamal ilmu hitam membuat isteri Yamin berasa tidak selesa dan terganggu.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Pemandi Jenazah / The Corpse Washer (2024), Kini Di Netflix Malaysia!

Baca: Info Dan Sinopsis Hierarchy (Netflix TV Series), Kdrama 2024

Baca: 10 Filem Indonesia Terbaru Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

Baca: 8 Filem Seram Indonesia 'Berhantu' Terbaru Mesti Tonton (2022 / 2023), Juga Tersedia Online!

Baca: Info Dan Sinopsis The Djinn's Curse (Khong Khaek), Filem Seram Thailand 2023, Kini Di Netflix Malaysia!

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut (2024), Kini Di Pawagam Malaysia!

         

black magic curse

Kredit foto: Instagram Filem Waruga

       

Maksud Waruga

Perkataan ‘Waruga’, walaupun agak asing di kalangan masyarakat tempatan, mempunyai makna yang merujuk kepada tempat persemadian mayat atau makam (kubur), menurut kepercayaan lama kaum Minahasa yang berasal dari Sulawesi, Indonesia.

       

Pelakon / Cast

Filem ini mempersembahkan gabungan bintang, Zahiril Adzim, Elvina Mohamad dan Eriza Allya sebagai watak utama, dengan sokongan pelakon berbakat seperti Izzue Islam, Sahronizam Noor, Ruminah Sidek, Syed Irfan, Along Eyzendy, Ustaz Dinie, Puteri Amirah Maisara, Shah Rusli dan Shukri Shaari.

       

Watak Pelakon

Zahiril Adzim sebagai Yamin

Elvina Mohamad sebagai Ardila

Eriza Allya sebagai Anom

Izzue Islam sebagai Jawahir

Sahronizam Noor sebagai Rewan

Ruminah Sidek sebagai Usu Lijah

Syed Irfan sebagai Yamin Kecil

Along Eyzendy sebagai Sarom

Ustaz Dinie sebagai Imam Toha

Shukri Shaari sebagai Insp Wahid

Shah Rusli sebagai Insp Rizal

Puteri Amirah Maisara sebagai Anom Kecil

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Pengarah Azaromi Ghozali (Mohd Azaromi Mohd Ghozali) memberikan sentuhannya dalam naskhah seram ini, dihasilkan oleh D'Ayu Pictures dan ditulis oleh Gawar Sawba'yah.

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: ERIZA - DELUSI FEAT. ALIF ALI (OST FILEM WARUGA) [OFFICIAL MUSIC VIDEO]

       

Tajuk: Delusi

Penyanyi: Eriza Allya & Alif Ali

Komposer: Dato Ayu Omel

Penulis lirik: Dato Ayu Omel

        

kutukan ilmu hitam movie

        

Tarikh Tayangan

Filem ini telah ditayangkan di layar pawagam seluruh negara pada 15 Februari 2024.

Secara dalam talian pula, peminat filem tempatan kini boleh menonton ia di platform penstriman Netflix mulai 1 Julai 2024.

        

Kutipan

Perolehan kutipan hasil jualan tiket di pawagam bagi filem ini direkodkan sebanyak RM390,000.

       

Judul: Waruga: Kutukan Ilmu Hitam / Black Magic Curse

Genre: Seram

Bahasa: Melayu

Durasi: 1 jam 25 minit

Klasifikasi: 13+

Platform Online: Netflix

        

Kredit video: Film Kutukan Ilmu Hitam - Full Official Movie Trailer , Release Date 15 Februari 2024

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)