Oleh pada 10 May 2024 kategori

        

Shaitaan merupakan sebuah filem seram ghaib berbahasa Hindi dari India terbitan tahun 2024. Ia telah ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2024.

        

shaitaan 2024

        

Ia adalah remake daripada filem Gujarati yang sangat popular pada 2023 yang dikenali sebagai Vash.

Pada masa ini, filem ini menjadi bualan hangat di kalangan pengguna Netflix Malaysia selepas mula disiarkan di platform itu pada 4 Mei 2024.

        

Sinopsis

Filem ini mengisahkan tentang Kabir Rishi dan isterinya, Jyoti, serta anak-anak mereka, Janhvi dan Dhruv, yang sedang bercuti di kediaman ladang mereka di kawasan bukit yang terpencil. Mereka dikejutkan dengan kedatangan seorang tetamu lelaki misteri yang dikenali sebagai Vanraj Kashyap. Percutian mereka berubah menjadi mimpi buruk apabila mereka mengizinkan lelaki itu, yang mesra namun misteri, masuk ke rumah mereka.

Situasi semakin tegang apabila Vanraj menggunakan ilmu sihir hitam. Janhvi tunduk kepada perintahnya selepas diperdaya untuk menjamah sejenis kuih yang mencurigakan. Pengakuan Vanraj mengenai penggunaan ilmu sihir untuk menghipnosis Janhvi dan menyeksa keluarga itu dengan perintah yang kejam menggugat ketenangan mereka.

Berikutan itu, keluarga ini berusaha menamatkan kawalan lelaki tersebut sambil mencari motif sebenarnya.

       

Ending (Spoiler Alert!)

Apabila Kabir dan Jyoti sedar akan bahaya yang mengancam nyawa anak-anak mereka, mereka bersetuju untuk memenuhi tuntutan Vanraj dengan membiarkan Janhvi pergi bersamanya. Namun dalam diam-diam, Kabir menjejak Vanraj dan mendapati rancangannya yang sebenar untuk mengorbankan 108 gadis dalam sebuah upacara pengorbanan.

Kabir berjaya menggagalkan upacara itu dan membebaskan semua gadis yang terlibat, termasuk anaknya, sebelum polis mendedahkan Vanraj telah menghilangkan diri. Walaupun demikian, secara rahsia, Kabir sebenarnya telah mengambil langkah awal untuk menghukum Vanraj dengan mengurungnya seumur hidup sebagai satu azab yang setimpal.

        

Baca: 10 Filem Seram Thailand 'Berhantu' Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2024) - Wajib Tonton!

Baca: Info Dan Sinopsis Filem J2 : J Retribution, Filem Malaysia 2021 Kini Di Netflix!

        

shaitaan movie

         

Pelakon / Cast

Menerusi Shaitaan, Ajay Devgn, R. Madhavan dan Jyothika mengetengahkan lakonan mereka sebagai watak utama.

         

shaitan

        

Juga dihiasi dengan bakat-bakat daripada selebriti Bollywood ternama seperti Janki Bodiwala, Anngad Raaj, Madhurima Ghosh, Ashish Gokhale, Vikash Kawa, Akram Musharaf , Shiv Malhotra, Divyansh Anandani, Abhishek Arun dan Monica Nash.

         

Watak Pelakon

Ajay Devgn sebagai Kabir

Madhavan sebagai Vanraj Kashyap

Jyotika sebagai Jyoti Rishi

Janki Bodiwala sebagai Jahnvi

Anngad Raaj sebagai Dhruv Rishi

Madhurima Ghosh sebagai Polis senior di hospital

Ashish Gokhale sebagai Polis 1 di rumah ladang

Vikash Kawa sebagai Polis 2 di rumah ladang

Akram Musharaf sebagai Dhaba Cashier

Shiv Malhotra sebagai Kekasih 1

Divyansh Anandani sebagai Kekasih 2

Abhishek Arun sebagai Shyam (Penjaga)

Monica Nash sebagai Ibu British

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Dibimbing dengan arahan Vikas Bahl, Aamil Keeyan Khan menerima kredit sebagai penulis skrip, dengan cerita asal dicipta oleh Krishnadev Yagnik.

        

shaitaan film

         

Diproduksi oleh gabungan usaha Jio Studios, Devgn Films dan Panorama Studios.

         

Tarikh Tayangan

Filem ini diluncurkan untuk tayangan di layar besar pawagam pada 8 Mac 2024.

         

shaitaan netflix review tamil

        

Sementara itu, perkhidmatan penstriman digital, Netflix menambah filem ini ke dalam senarai kandungan mereka bermula 4 Mei 2024 (Malaysia).

        

Judul: Shaitaan

Genre: Seram

Bahasa: Hindi

Durasi: 2 jam 12 minit

Platform online: Netflix

        

Kredit video: Filem Shaitaan - Full Official Movie Trailer

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)