sejarah clickbait

Pernah atau tidak anda klik artikel blog atau video di Youtube yang berjudul seperti “Inilah rahsia pelajar 23 tahun yang jadi jutawan dalam masa semalaman”, tetapi yang keluar hanyalah artikel bukan-bukan ataupun video mengenai MLM? Mesti pernah, bukan? Tajuk seperti inilah yang digelar Clickbait.

Definisi Umpan Klik (Clickbait)

Secara definisinya, clickbait merupakan tajuk bagi sesuatu kandungan seperti artikel, gambar, video dan sebagainya yang mampu menarik perhatian dan kebiasaanya boleh meyakinkan pengguna untuk klik. Dalam erti kata lain, ia memainkan peranan yang penting untuk pancing pengguna.

Clickbait sebenarnya bukanlah fenomena baru yang popular sejak akhir-akhir ini sahaja. Ia telah digunakan sejak zaman-berzaman, malah setelah dikaji dengan lebih lanjut clickbait telah digunakan sejak lebih daripada 100 tahun dahulu. Lebih mengejutkan, penggunaannya pada masa tersebut mempunyai impak yang sangat besar dalam catatan sejarah dunia. Para pengkritik pada waktu tersebut menggelarkan situasi ini sebagai “Yellow Journalism”.

Surat Khabar berlumba-lumba untuk menjadi pilihan pembaca

yellow kid

Pada waktu tersebut, surat khabar sentiasa berlumba-lumba untuk memilik jumlah peredaran yang lebih tinggi. Sebab utamanya, jumlah peredaran yang tinggi membawa maksud surat khabar tersebut sentiasa dibeli oleh pembaca dan semua ini akhirnya akan membawa keuntungan yang besar.

Salah satu cara untuk menjadikan sesuatu surat khabar menarik pada era tersebut ialah dengan meletakkan komik. Di Amerika Syarikat pada waktu tersebut, surat khabar World yang dimiliki oleh Joseph Pulitzer sentiasa menjadi pilihan nombor satu pengguna, sekaligus berjaya mengatasi surat khabar yang boleh tahan popular juga, The New York Journal milik William Rudolph Hearts. Rahsia kejayaan surat khabar Pullitzer ialah komik The Adventure of the Yellow Kid.

Kartun The Yellow Kid

The yellow kid digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang tinggal di kawasan yang tidak membangun, bercakap dalam bahasa broken dan memakai gaun tidur berwarna kuning. Jika dibandingkan dengan hari ini, The Yellow Kid ini menyerupai seperti meme, gambar yang kelakar dan sangat relatable.

Cuba lihat contoh surat khabar The World pada tahun 1913 dibawah. Tajuk utama yang clickbait boleh kita lihat berada dalam kotak berwarna biru. Manakala dekat dalam kotak berwarna merah pula terdapat Skirmish! Yang menceritakan perbandingan jumlah peredaran The World berbanding surat khabar yang lain, seperti likes, share, upvotes, hits pada hari inilah.

edit sudah

Persaingan surat khabar yang sengit

maine 1

Istilah Yellow Journalism ini wujud pada waktu Pullitzer dengan Rudolph sedang berlumba-lumba mengejar jumlah peredaran yang paling tertinggi. Mereka sanggup membuat apa sahaja untuk memancing pembaca, sehingga menukar berita harian yang bosan kepada berita sensasi yang sangat mengujakan.

Berlaku suatu peristiwa yang menyedihkan di mana kapal perang Amerika yang bernama Maine telah meletup di pelabuhan Cuba. Disebabkan ini merupakan berita yang biasa-biasa sahaja, surat khabar yang wujud pada masa itu, terutama yang dimiliki oleh Pullitzer dan Rudolph membuat pelbagai andaian dan clickbait untuk menarik pembaca beli surat khabar mereka.

Tajuk Headline Clickbait Cetus Perang

Ada surat khabar yang membuat andaian bahawa letupan itu merupakan serangan daripada Sepanyol ke atas kapal perang Amerika ketika berlaku perbincangan aman diantara kedua-dua negara tersebut di Cuba.

Disebabkan spekulasi surat khabar ini, hubungan antara Sepanyol dan Amerika semakin tegang. Meskipun siasatan telah dijalan dan ternyata letupan itu sebenarnya berasal dari dalam bukanlah yang diserang dari luar, namun hubungan antara kedua-dua negara tersebut sudah mustahil untuk dibaiki. Menurut Jabatan Negeri Amerika Syarikat, yellow journalism inilah mencetuskan peperangan Sepanyol-Amerika.

Surat khabar, terutamanya milik Pulitzer telah menyebabkan banyak kekecohan, sehingga dilabel sebagai salah satu penyebab kepada peperangan. Ironinya, dalam dunia kewartawanan hari ini, anugerah paling berprestij yang diberikan kepada seseorang wartawan ialah Pullitzer Prize.

Kesimpulannya, clickbait perlu dielak atau diamalkan?

Clickbait atau yellow journalism mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Malah, ia juga digunakan oleh kebanyakan sumber berita dan creator yang disegani sehingga ke hari ini. Apa-apa jua yang wujud dalam dunia ini mempunyai kelebihan dan keburukannya yang tersendiri. Cara kita menggunakannya yang menentukan segala-galanya. Tidak dinafikan, clickbait, meme dan gif mampu menarik perhatian pembaca, namun yang menyebabkan pembaca terus setia membaca ialah kandungan yang berkualiti.

Tetapi, clickbait yang terlalu sensasi dan berita yang diputar belit malangnya masih juga diamalkan sehingga ke zaman IT dan teknologi. Sudah banyak kemudharatan, salah faham, peperangan, buli, dan kematian yang diakibatkan oleh penggunaan clickbait yang tidak berhemah. Sangat menyedihkan, bukan?

Sumber:

Gizmodo


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)