kronologi perang amerika trump dengan china huawei

Tak dapat disangkal lagi bahawa perang antara Donald Trump dan Huawei adalah pertarungan 5G.

Peringkat seterusnya dalam pembangunan teknologi telekomunikasi kini sedang dimenangi oleh Huawei dan secara teknikalnya, oleh China.

Presiden Trump tidak senang dengan hakikat ini, seperti yang dilihatkan melalui tweetnya minggu lepas di mana dia menyeru syarikat-syarikat A.S. yang sedang ketinggalan dalam perlumbaan untuk mengawal ketangkasan infrastruktur mudah alih.

Bukan sahaja Trump tidak menyukai hakikat bahawa syarikat China memimpin teknologi ini, tetapi dia juga mengambil tindakan agresif untuk menghalang negara-negara lain daripada membenarkan Huawei memainkan peranan dalam pelaksanaan teknologi sedemikian di negara mereka sendiri.

Alasan untuk perkara ini adalah bahawa Huawei didaksa bertindak sebagai pengintip untuk kerajaan China.

tweet dari donald trump tentang 5g

Dengan membenarkan Huawei memainkan peranan utama dalam infrastruktur mudah alih baru dalam negara-negara yang mempunyai hubungan dengan mereka, Trump dan pentadbirannya percaya bahawa mereka sedang "menjemput" pengintipan dari China.

Walaupun ini mungkin kedengaran seperti teori konspirasi yang luar biasa, banyak negara yang telah ditekan oleh Trump mengambil langkah drastik dengan mengharamkan Huawei daripada memainkan peranan dalam pembangunan 5G di negara mereka.

Antaranya termasuklah Australia, New Zealand, dan Jepun yang telah mengharamkan penggunaan infrastruktur Huawei, dengan banyak negara EU membahaskan sama ada untuk melakukan perkara yang sama

Bertukar menjadi perang peribadi

meng wanzhou ketua pegawai kewangan huawei

Serangan oleh A.S ke atas Huawei tidak terhenti dengan memaksa pembangunannya keluar daripada negara-negara sekutu sahaja.

Donald Trump juga telah melibatkan hal peribadi dalam peperangan ini dengan mengarahkan penangkapan salah seorang Ketua Pegawai Kewangan Huawei iaitu Meng Wanzhou, yang juga merupakan anak perempuan pengasas syarikat itu.

Penangkapan Meng Wanzhou mungkin paling berprofil tinggi dari beberapa peristiwa utama dalam perang AS-Huawei yang telah berjalan selari dengan perang perdagangan yang semakin meluas antara A.S. dan China.

Garis masa perang Amerika Syarikat-Huawei

perang us huawei

1 Dis 2018: Atas permintaan A.S., Meng Wanzhou ditangkap oleh pihak berkuasa Kanada semasa persinggahan di Montreal. Permintaan itu dibuat berhubung dengan tuduhan bahawa Huawei melanggar sekatan ke atas Iran dengan menjual peralatan ke negara itu melalui sebuah syarikat rak.

6 Disember 2018: China menuntut pembebasan Meng, menyatakan bahawa dia tidak melanggar undang-undang A.S. atau Kanada

8 - 9 Disember 2018: China memanggil duta-duta Kanada dan A.S. untuk bertemu dengan pegawai-pegawai mereka di mana mereka sekali lagi menuntut pembebasan Meng, memberi amaran akan kesan-kesan serius jika permintaan itu tidak dipenuhi.

10 Disember 2018: Dua orang rakyat Kanada ditahan di China dalam apa yang dipercayai sebagai satu tindak balas terhadap penahanan Meng.

11 Disember 2018: Meng dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM40 juta. Dia diwajibkan memakai peranti pemantau pada pergelangan kaki dan menyerahkan pasportnya. Presiden Trump mengatakan bahawa dia mungkin akan campur tangan jika ia akan membantu perang perdagangan yang sedang berlangsung.

protes terhadap penangkapan meng wanzhou

16 Januari 2019: Bapa Meng, Ren Zhengfei yang juga pengasas dan CEO Huawei, memberitahu wartawan asing bahawa Huawei mematuhi undang-undang, termasuk sekatan eksport di mana sahaja ia beroperasi.

22 Januari 2019: China menuntut bahawa A.S. menarik balik waran tangkap ke atas Meng.

24 Januari 2019: Huawei mengumumkan bahawa ia akan melancarkan telefon pintar generasi kelima yang boleh dilipat di Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona.

28 Januari 2019: Jabatan Negeri A.S. membuka semula tuduhan terhadap Meng dan Huawei. Ia mendakwa bukan sahaja melanggar sekatan tetapi juga pencurian rahsia perdagangan.

29 Januari 2019: China mengatakan bahawa ia akan mempertahankan syarikatnya dan menggesa A.S untuk menghentikan penganiayaan terhadap Huawei.

25 Februari 2019: Huawei melancarkan 5G Mate X baru. Trump tweet mengenai kemesaraan dalam perang perdagangan dengan China dan pasaran menjadi tidak menentu.

Huawei: Kuasa besar yang tidak takut untuk bertarung

ceo huawei ren zhengfei dan presiden china xi jinping

Meskipun provokasi yang telah berlaku, reaksi oleh kepimpinan Huawei terhadap tuduhan terhadapnya oleh A.S. memperlihatkan mereka sebagai sebuah syarikat yang tidak takut untuk bertempur.

Walaupun dengan anak perempuannya di bawah tahanan rumah dan menghadapi ekstradisi, pengasas Huawei Ren Zhengfei sangat tegas dalam kenyataan awamnya, memberitahu BBC:

"Amerika Syarikat tak akan mampu menghancurkan kami".

Dan walaupun Presiden Trump jelas tidak menyukai hakikat bahwa Huawei sedang menerajui perlumbaan 5G ini dia juga mengakui bahawa syarikat-syarikat A.S. harus memenangi pertarungan ini melalui persaingan, dan bukannya dengan sekatan.

Terlalu kuat untuk ditewaskan

us vs huawei 99

Kebangkitan Huawei sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah sangat luar biasa.

Mungkin apa yang sangat membimbangkan A.S. adalah hakikat pengaruh syarikat ini di Eropah semakin meluas, terutamanya melibatkan infrastruktur mudah alih.

Di sesetengah negara Eropah, Huawei menyumbang 50.8% daripada infrastruktur mudah alih sedia ada.

Angka-angka ini akan terus meningkat apabila syarikat itu menyempurnakan 5G. A.S. dengan jelas memahami betapa pentingnya perkara ini, terutamanya apabila hubungan antara Huawei dan kerajaan China kelihatan sangat rapat. 

Apa yang sangat lucu dan ironinya adalah kerajaan A.S mahu mengurangkan kuasa salah satu syarikat teknologi terbesra di China, sedangkan hubungan Donald Trump dengan syarikat teknologi terkemuka A.S sendiri dan pengasasnya adalah dalam keadaan tegang.

Pendek kata, dalam perlumbaan ini, Huawei telah menjadi satu kuasa yang terlalu penting dalam pembangunan teknologi 5G dan tak mungkin akan lenyap begitu sahaja walaupun apa sahaja serangan dilakukan oleh Amerika Syarikat.

Rujukan:

1. CCN

2. Business Insider

3. SCMP



Hakcipta iluminasi.com (2017)