kapal perang uss ronald reagan

Biasanya, kekuatan angkatan laut sesebuah negara itu boleh dilihat daripada berapa banyak dan berapa besar kapal yang dimiliki. Semakin besar kapal perang, semakin bimbang pihak musuh dan berfikir banyak kali untuk melakukan serangan.

Dan bercakap mengenai saiz dalam dunia angkatan laut, terdapat beberapa buah negara di dunia yang memiliki kapal perang tersangat besar sehingga mencecah beberapa ratus meter.

iluminasi.com kongsikan 5 kapal perang paling besar di dunia.

5. Sao Paulo - Brazil (264 meter)

kapal perang sao paulo milik brazil

Dari tahun 1963 hingga 2000, angkatan laut Perancis mempunyai 2 kapal perang yang dikenali sebagai Clemenceau Class.

Apabila Perancis mula untuk melakukan pembaharuan, satu daripada dua kapal tersebut diketepikan dan dijual kepada Brazil pada tahun 2000 dengan harga RM50.2 juta.

Kapal perang tersebut yang kemudiannya dinamakan oleh kerajaan Brazil kepada Sao Paulo. Selepas dibeli oleh Brazil, kapal Sao Paulo mengalami pelbagai pengubahsuaian termasuklah pada kedua-dua dek sisi penerbangan, ejin, sensor dan senjata pertahanan.

Walaupun ia menjadi milik Brazil, namun Perancis masih memberikan pelbagai penambahbaikan dalam menyiapkan pengubahsuaian pada Sao Paulo. Kapal ini mampu membawa 30 pesawat tempur dalam satu masa. 

4. INS Vikramaditya - India (283 meter)

ins vikramaditya 2

Mungkin ramai yang tak percaya apabila India berada dalam senarai ini. INS Vikramaditya adalah kapal perang milik India yang merupakan kapal perang keempat terbesar di dunia dengan panjang mencecah 283 meter.

Nama asal INS Vikramaditya adalah Baku. Baku adalah kapal perang milik angkatan laut Kesatuan Soviet pada tahun 1987.

Disebabkan oleh dana yang dimiliki oleh kerajaan Rusia tidak cukup untuk menampung perbelanjaan angkatan laut mereka pada ketika itu membuatkan Baku diketepikan dan akhirnya dijual.

ins vikramaditya

Kerajaan India memutuskan untuk membeli Baku pada tahun 2004 dengan membelanjakan wang sebanyak RM9.8 bilion dengan syarat Rusia membantu India mengubahsuai kapal perang tersebut.

Proses mengubahsuai kapal perang ini tamat pada tahun 2013 dan secara rasmi menjadi milik angkatan laut India, lalu ditukarkan namanya kepada INS Vikramaditya. Kapal ini mampu membawa 36 pesawat tempur.

3. Lioning - China (304 meter)

kapal perang lioning china

Sebelum menjadi milik Cina, kapal perang ini dahulunya merupakan kapal perang Rusia yang diberi nama Riga. Pada tahun 1990, nama Riga ditukarkan kepada Varyag.

Disebabkan bajet bagi Varyag dianggap sebagai berlebihan, maka Rusia memutuskan untuk tidak menjadikannya sebagai kapal perang.

Kapal perang buangan Rusia ini akhirnya dibeli oleh China pada tahun 1998 dengan harga RM104.6 juta seunit.

kapal perang lioning china 2

Pada tahun 2012, nama Varyag sekali lagi ditukar kepada Liaoning oleh pemilik barunya ini.

Liaoning kemudiannya menjadi kapal perang pertama yang dimiliki oleh China.

Liaoning adalah kapal yang lengkap untuk melawan senjata peluru berpandu, pesawat pejuang dan kapal selam musuh.

2. Admiral Kuznetsov - Rusia (305 meter)

admiral kuznetsov

Dengan panjang mencecah 305 meter, kapal perang milik Rusia ini adalah yang kedua terbesar di dunia dan masih digunakan sehingga sekarang.

Diberi nama Admiral Kuznetsov Class, ia merupakan kapal perang dengan persenjataan yang lengkap sama ada untuk tujuan menyerang ataupun bertahan.

Ini termasuk berpuluh-puluh peluru berpandu jarak jauh dan senjata anti kapal selam.

admiral kuznetsov 2

Disebabkan oleh ia dilengkapi dengan senjata menyerang dan bertahan, Admiral Kuznetsov digelar sebagai kapal perang paling kuat di dunia.

Ia juga merupakan kapal perang utama Rusia sejak tahun 1990, di mana versi sebelumnya dijual kepada China. Admiral Kuznetsov mampu berlayar sambil membawa 39 pesawat tempur dan berpuluh-puluh helikopter.

1. Nimitz Class - Amerika Syarikat (332 meter)

nimitz class 2

Ketika ini, kapal ini adalah kapal perang paling besar di dunia dengan panjang mencecah 332 meter. Kapal perang yang dinamakan Nimitz Class ini adalah milik negara Uncle Sam iaitu Amerika Syarikat.

Bukan sahaja ia yang paling besar di dunia, Nimitz Class juga kapal perang yang termahal di dunia denagn harga mencapai RM18.8 bilion seunit. Ketika ini, Amerika Syarikat memiliki sekurang-kurangnya 10 buah kapal ini.

Nimitz Class mampu membawa kira-kira 85 hingga 90 pesawat tempur Amerika, jauh meninggalkan mana-mana kapal perang di dunia.

nimitz class

Ia juga dilengkapi dengan peluru berpandu dan senjata yang membolehkannya melindungi diri sendiri daripada serangan musuh.

Kapal perang ini membantu menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa tsunami di Aceh pada tahun 2004 dan gempa bumi Tahiti pada tahun 2010.

Kerajaan Amerika Syarikat ketika ini sedang membangunkan kapal perang yang lebih besar dan mahal daripada Nimitz Class, yang dikenali sebagai Gerald R. Ford Class. Dianggarkan setiap satu kapal Gerald R. Ford Class mencecah RM30.7 bilion hingga RM50.2 bilion.


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)