Melalui sejarah, kita ketahui sejak dari dahulu lagi manusia sering berperang demi tanah air, kuasa, agama, kerhormatan, kebebasan dan juga wang. Walaupun pemerintahan dan jajahan sering berubah, namun melalui peperangan terdapat satu perkara yang tetap kekal sama iaitu kematian.

Terlalu banyak nyawa yang telah terkorban tidak kiralah atas apa alasan sekalipun perang itu tercetus. Kali ini kami ingin kongsikan bersama anda 10 peperangan yang paling banyak mengorbankan nyawa di dalam sejarah.

10. Perang Napoleon

Lokasi : Eropah Tahun : 1804-1815 Jumlah kematian: 5 juta orang Punca: Penaklukan

BESARKAN TEKS     A-  A+

Revolusi Perancis pada tahun 1789-1799 merupakan permulaan kepada perang Perancis dan Eropah pada umumnya. Ini terjadi apabila Napoleon Bonaparte telah menerajui pemberontakan terhadap pemerintahan diraja negara itu dan berjaya menggulingkan kuasa besar yang bertakhta sekian lama.

Pada tahun 1804, Napoleon telah menggelar dirinya sendiri sebagai Maharaja Perancis dan ini membuatkan kuasa diraja di negara Eropah yang lain merasa tergugat. Kuasa besar di negara-negara Eropah yang lainnya telah melancarkan perang ke atas Napoleon dan Perancis untuk menghalang pemberontakan yang telah berjaya menawan Perancis itu. Pada pengakhiran perang ini menyaksikan Empayar Roman telah jatuh, Empayar Sepanyol menjadi lemah dan Britain menjadi salah satu kuasa besar dunia.

Dalam salah satu pertempuran yang terkenal dalam sejarah, Napoleon akhirnya dikalahkan di Waterloo pada 18 Jun 1815. Ini terjadi apabila Napoleon mula menyerang Russia pada tahun 1812 yang menyaksikan lebih 2.5 juta tentera dan 1 juta rakyat biasa telah terkorban.

9. Perang Saudara Rusia

Lokasi : Rusia Tahun : 1917-1921 Jumlah kematian: 7.5 juta orang Punca: Revolusi Perang Saudara

perang russia

Nicholas II, Tsar atau raja terakhir telah jatuh dari takhtanya pada Febuari 1917. Pada 16 dan 17 Julai 1918, Bolsheviks yang mengetuai pemberontakan telah menghukum Tsar sampai mati dan kesemua ahli keluarga diraja itu. Perang saudara di Russia bukan terhenti setakat itu sahaja akan tetapi beberapa lagi siri peperangan berlanjutan sehingga ia berakhir pada 1921 dan menyaksikan hampir 20 juta orang yang telah terkorban, tidak kira melalui peperangan atau kebuluran akibat perang itu sendiri.

8. Kebangkitan Muslim

Lokasi : China Tahun : 1826-1877 Jumlah kematian: 10 juta orang Punca: Agama

perang muslim china

Kebangkitan Muslim yang juga dikenali dengan Dungan Revolt dan Perang Minoriti Hui ini merupakan perang agama pada kurun ke 19. Peperangan ini bermula kebangkitan kaum Muslim di beberapa daerah di China seperti Shaanxi, Gansu, Xinjiang dan Ningxia. Seperti perang Napoleon dan perang saudara Russia, perang ini juga mempunyai banyak siri iaitu sebanyak 10 peperangan.

Peperangan ini menyaksikan penaklukan penjajahan di sepanjang Sungai Kuning di China. Kebangkitan ini gagal dan menyaksikan penghapusan kaum Muslim di China. Pada penghujung perang ini dianggarkan lebih 12 juta orang telah terkorban sama ada akibat pertempuran, kebuluran dan juga ketika menjadi pelarian. Yang lebih menyedihkan ialah apabila lebih 91% kaum Hui telah lenyap dan hampir pupus.

7. Perang Dunia Pertama

Lokasi : Global Tahun : 1914-1918 Jumlah kematian: 10 juta orang Punca: Kuasa

perang dunia 1

Pada 28 Jun 1914, seorang warga Yugoslavia bernama Gavrilo Princip telah membunuh Archduke Franz Ferdinand of Austria dan mencetuskan perang yang dikenali sebagai The Great War. Sememangnya kuasa besar dunia ketika itu sedang mengalami konflik. Tentera Bersekutu dibentuk dan dalam beberapa minggu sahaja dunia berada di ambang perperangan. Disebabkan negara-negera berkuasa besar ini mempunyai koloni, jadi negara lain juga turut terlibat sama.

Tentera bersekutu ketika itu termasuk UK, Perancis, Russia, Belgium, Serbia, Italy, Jepun, Greece, Romania, Portugal, Spain dan Amerika Syarikat. Manakala kuasa-kuasa tengah pula terdiri dari Empayar Jerman, Empayar Austo-Hungary, Empayar Uthmaniyyah dan Bulgaria. Walaupun sejarah tidak pasti bilangan sebenar nyawa yang telah terkorban namun jika dicampur dengan kematian orang awam atas pelbagai sebab ketika peperangan jumlahnya mencecah 16 juta orang dan 21 juta yang lain cedera.

Perang ini berakhir pada Hari Armistice pada 11 November 1918 apabila Jerman menyerah kalah. Kesan daripada perang ini menyebabkan Austo-Hungary dan Empayar Uthmaniyyah hampir terbubar dan juga menyaksikan kemunculan Soviet Union daripada Empayar Russia. Perang ini juga mengubah Eropah dan bibit-bibit perang dunia kedua juga telah mula tersemai.

6. Penaklukan Timur

Lokasi : Asia Tahun : 1369-1405 Jumlah kematian: 17 juta orang Punca: Penaklukan

penaklukan timur

Pada kurun ke 14, Timur merupakan seorang penjajah yang berkuasa di Asia Tengah dan Asia Barat. Dia merupakan pengasas Empayar Timurid dan kemudian pewarisnya mengasaskan Empayar Mughal di India yang bertahan sehingga pertengahan 1800. Timur mempunyai perwatakan yang berkonflik kerana sangat minat pada seni dan pada masa yang sama dia juga sukakan pertumpahan darah. Sebelum Timur memulakan penaklukannya di Asia, dia sebelum itu telahpun mengakibatkan 15 juta kematian yang juga akibat perang.

5. Pemberontakan Taiping

Lokasi : China Tahun : 1851-1864 Jumlah kematian: 25 juta orang Punca: Perang Saudara / Agama

perang taiping 293

Pemberontakan Taiping dikatakan perang terbesar yang berlaku pada kurun ke-19. Perang ini terjadi kerana disebabkan pembentukan agama Kristian di tempat di mana kebanyakan rakyatnya beragama Buddha dan Confucius. Pemberontakan yang terjadi itu diketuai oleh Hong Xiuquan yang beragama Kristian.

Hong yang membentuk kerajaan Taiping Heavenly Kingdom di beberapa bahagian di Selatan China itu telah bangun menentang pemerintahan Dinasti Qing yang merupakan dinasti terakhir di China. Dinasti Qing telah bangun menentang semula dengan bantuan tentera Perancis dan juga British pada masa itu. Sepanjang 15 tahun lamanya peperangan itu berterusan, akhirnya Hong Xiuquan telah kalah dan dianggarkan lebih kurang 25 juta nyawa telah terkorban.

4. Penaklukan Dinasti Ming

Lokasi : ChinaTahun : 1616-1662 Jumlah kematian: 25 juta orang Punca: Penaklukan

penaklukan dinasti ming

Dinasti Ming dikenali sebagai salah satu dinasti yang terhebat dan paling kukuh di dalam sejarah. Ia diasaskan pada tahun 1368 dan berakhir pada 1644. Pada tahun 1616 seorang pemerintah Manchuria bernama Nurchaci telah membuat rampasan kuasa puak Manchuria di China.

Pada tahun 1618 dia telah meminta maharaja Dinasti Ming untuk membayar ufti atau hadiah kepadanya dan kelantangan inilah yang menyebabkan tercetusnya perang. Kesan peperangan ini menyebabkan bangkitnya golongan petani pada 1640 kerana tidak tahan dengan pemerintahan Dinasti Ming yang tidak adil. 4 tahun kemudian para pemberontak berjaya menawan Kota Beijing dan maharaja ketika itu tidak mahu menghadapi malu lalu menggantung mati dirinya sendiri. Dinasti Manchuria ini kekal sehingga terciptanya Republik China pada tahun 1912. Sepanjang beberapa siri pertempuran, ia menyaksikan lebih 25 juta rakyat negara itu telah terkorban.

3. Pemberontakan An Shi 

Lokasi : China Tahun : 756-763 Jumlah kematian: 35 juta orang Punca: Pemberontakan

pemberontakan an shi

Pemberontakan ini telah berlangsung selama tiga pemerintahan maharaja Dinasti Tang di China. Ia bermula dari tahun 755 dan berakhir pada 763. An Shi adalah seorang jeneral tentera yang menjadi harapan maharaja dan dialah juga pencetus kepada pemberontakan ini. Dia berjaya melakukannya dengan memanipulasi maharaja ketika itu. Dianggarkan semasa pemberontakan itu berlaku hampir 36 juta nyawa telah melayang. Bukan itu sahaja malah ia hampir memusnahkan Dinasti Tang itu sendiri dan juga kebudayaan China. Akibat kekurangan pengaruh untuk mengawal para pemberontak, kuasa luar juga cuba untuk menguasai wilayah jajahan dinasti ini. Seabad selepas itu, Dinasti Tang hampir hilang kuasanya dan hanya tinggal nama sahaja di dalam sejarah tanpa sebarang kekuasaan.

2. Penaklukan Mongol

Lokasi : Asia Tahun : 1207-1472 Jumlah kematian: 45 juta orang Punca: Penaklukan

penaklukan mongol 938

Kebanyakan Dinasti China menguasai sebahagian besar jajahan mereka dengan menggunakan kekerasan dan juga keganasan. Namun, itu tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan kaum Mongol. Empayar Mongol dikatakan adalah salah satu empayar paling besar yang pernah wujud, iaitu sebanyak 20 peratus daripada dunia.

Gengis Khan dan pewarisnya Kublai Khan adalah pemerintah yang tidak berhati perut dan menyebabkan lebih dari 45 juta kematian. Mereka biasanya menjarah sesuatu bandar tanpa meninggalkan sesiapapun. Dikatakan setiap tentera Mongol mempunyai kuota iaitu perlu membunuh sekurang-kurangnya 24 orang. Empayar Mongol sangat terkenal dengan kekejamannya sehingga berlaku satu kejadian di mana 100,000 orang China telah membunuh diri sebagai satu-satunya jalan keluar.

1. Perang Dunia Kedua

Lokasi : Global Tahun : 1939-1945 Jumlah kematian: 56 juta orang Punca: Perang dunia

perang dunia 2

Perang dunia pertama telah digelar “perang untuk menghentikan semua perang” namun malangnya bukanlah itu yang terjadi. Hasil daripadanya ialah terjadinya kebangkitan untuk perang yang paling dahsyat dalam sejarah manusia ini. Ketika itu dunia telah terbahagi kepada dua iaitu Allies dan Axis. Kuasa Allies terdiri daripada Empayar British, USSR, Amerika, Albania, Australia, Belgium, Brazil, Canada, China, Czechoslovakia, Ethiopia, Perancis, Greece, India, Mexico, Netherlands, New Zealand, Norway, Philippine, Poland, Afrika Selatan dan Yugoslavia. Manakala kuasa Axis pula terdiri dari negara Jerman, Itali, Jepun, Hungary, Romania dan Bulgaria.

Perang dunia ke-2 ini bermula pada tahun 1939 apabila Nazi German telah menjajah Poland. Nazi Jerman juga telah berusaha membunuh kaum Yahudi seramai yang boleh. Lebih 100 juta orang tentera telah dikerahkan untuk bertempur di dalam perang dunia ke-2 ini. Perang yang terburuk di dalam sejarah ini tamat pada 1945 apabila kemenangan berpihak kepada gabungan Allies.

Rujukan:

1. Guinness World Records

2. War History Online

3. Vox.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)