mitos perang yang masih dipercayai

Sejak beberapa dekad yang lalu, filem Hollywood telah mempengaruhi dunia dengan aksi-aksi yang sangat menakjubkan terutamanya dalam filem yang melibatkan peperangan.

Aksi-aksi perang dari filem Hollywood terbukti memberikan kesan yang mendalam terhadap tanggapan dan pemikiran masyarakat dunia.

Namun, kebanyakan daripadanya adalah tidak benar dan dilakukan hanya untuk membuatkan peperangan kelihatan lebih menarik dan menghiburkan.

iluminasi.com kongsikan 7 mitos popular tentang peperangan disebabkan Hollywood.

1. Menunjuk-nunjuk rantai askar adalah cool

pemakaian rantai askar

Rantai tag askar atau "dog tag" telah menjadi sebahagian fesyen kasual yang popular. Ianya diakui kelihatan cool, mungkin kerana ia mempunyai kaitan dengan ketenteraan.

Disebabkan oleh Holywood, ramai yang menyangkakan bahawa memakai tag askar sebagai rantai adalah sesuatu yang dilakukan oleh tentera setiap masa.

Seperti yang diberitahu oleh mana-mana tentera-tentera veteran, menunjuk-nunjuk tag askar ini tidak begitu beretika dalam ketenteraan.

Walaupun benar tentera perlu memakai tag ini setiap masa untuk pengenalan ketika bertugas, kebanyakan daripada mereka memasukkannya ke dalam baju.

Jika tidak bertugas, pemakaian tag ini yang boleh dilihat oleh orang lain dengan pakaian orang awam tidaklah kelihatan cool seperti yang kita sangka, terutamanya jika tidak berbaju.

2. Melepaskan tembakan mesingan di pinggang

tembak guna mesingan di bahagian pinggang

Rambo mungkin contoh terbaik untuk hal ini, namun banyak filem lain lagi yang memaparkannya.

Banyak filem perang yang memaparkan seorang wira yang sedang dikepung mengutip mesingan sebagai pilihan terakhir, dan menggunakannya untuk menembak musuh seolah-olah ia mesingan mudah alih.

Sebab mengapa tiada kewujudan mesingan mudah alih adalah kerana mesingan tersangat berat dan adalah mustahil untuk berjalan sambil memegangnya, apatah lagi menggunakannya.

Banyak juga filem yang memaparkan penggunaan AK-47 sebegini.

Selain daripada bahaya menembak dengan kedudukan yang tidak betul, henjutan tembakan membuatkan penembak sukar untuk terus memegang mesingan dan menembaknya dalam tempoh yang lama.

Malah, menembak dengan meletakkan senapang di pinggang bukanlah sebahagian daripada latihan profesional dan hanya boleh dilihat di Hollywood.

3. Penggunaan tembakan automatik yang kerap

penggunaan mesingan automatik tidak kerap digunakan

Seperti yang dinyatakan, filem-filem membesarkan kesan pelbagai senjata untuk membuatkannya kelihatan lebih menarik.

Selain daripada memberikan gambaran yang salah kepada kita tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam pertempuran, ia juga mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam situasi bencana sebenar.

Satu perbezaan yang jelas antara peperangan sebenar dan fiksyen adalah 'tembakan automatik' dalam senapang serangan (assault rifle).

Walaupun senapang tentera mempunyai tetapan untuk menghidupkan mod tembakan automatik dan berterusan, namun hampir tidak ada yang menggunakannya dalam pertempuran sebenar.

Selain daripada harga peluru yang sangat mahal, jarak dalam pertempuran sebenar adalah tersangat jauh dan menjadikan tembakan automatik tidak efisyen.

Ini tidak bermakna tembakan automatik tidak digunakan dalam peperangan sebenar, tetapi senapang ini biasanya lebih berat dan dipasangkan pada bipod atau tripod.

4. Produk "Gred tentera"

produk gred tentera tidak pernah wujud

Daripada pisau kepada perisian antivirus kepada sistem penggera, syarikat-syarikat di seluruh dunia menjenamakan produk mereka sebagai "gred tentera", biasanya untuk menandakan kualiti dan harga yang lebih tinggi.

Jika ditanyakan apa yang dimaksudkan dengan gred tentera, pastinya majoriti daripada kita tidak dapat menjelaskannya.

Kita mempunyai tanggapan bahawa barangan yang dihasilkan oleh tentera mempunyai kualiti yang lebih tinggi daripada produk gred pengguna.

Sebenarnya, kualiti gred tentera tidak wujud dan ia hanyalah satu gimik pemasaran yang digunakan untuk mewajarkan harga yang tersangat mahal.

5. Lontaran pisau yang membunuh 

melontar pisau ketika perang

Jika difikirkan, kita tak pasti bila sebenarnya aksi melontar pisau muncul dalam filem. Kita boleh mengesan asal-usulnya dari seni melontar pisau, namun ia tidak mempunyai banyak kegunaan dalam dunia sebenar.

Namun, ia digunakan di dalam filem untuk menggambarkan teknik serangan yang sangat cool dan hebat. Dalam filem, satu lontaran pisau sahaja boleh membunuh dengan menembusi badan musuh-musuh.

Walaupun ia kelihatan menarik, namun melontar pisau dalam dunia nyata tidak dapat menghasilkan impak yang cukup untuk membunuh seseorang.

Malah, pisau tersebut perlu benar-benar tajam untuk menembusi daging dan tulang, yang lebih sukar untuk berlaku tidak seperti di dalam filem.

6. Menembak dengan sesuka hati dalam perang 

menembak sesuka hati ketika perang

Biasanya kita beranggapan bahawa permulaan sebuah peperangan adalah satu urusan yang terancang dan menumpukan kepada hanya satu matlamat.

Komander tentera akan mengeluarkan perintah untuk menyerang pihak lawan dan pasukannya akan melepaskan tembakan dengan sewenang-wenangnya.

Sama seperti mitos-mitos lain dalam senarai ini, perkara ini hanya wujud dalam filem Hollywood.

Dalam situasi realiti, terdapat peraturan bertulis yang khusus mengenai apa yang boleh dan tidak boleh lakukan di dalam peperangan.

Setiap peperangan mempunyai peraturan sendiri dan ia terus berubah-ubah bergantung kepada objektif.

Sebagai contoh, ada kalanya jeneral perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk bergerak ke wilayah tertentu, yang kadang-kala boleh mengambil masa beberapa jam.

7. Kebanyakan tentera tembak untuk membunuh 

perang dunia kedua 414

Perang dibayangkan sebagai satu persaingan mutlak di antara dua pihak yang mana melibatkan semua orang secara peribadi.

Dalam peperangan, para tentera mesti melakukan yang terbaik untuk membunuh pihak musuh dan perkara yang sama dilakukan oleh pihak musuh.

Dan inilah bagaimana filem mempengaruhi pemikiran tentang peperangan, membuatkan kita mempunyai gambaran sendiri terhadap bagaimana sebenarnya rupa medan perang.

Pada hakitkatnya, kebanyakan tentera tidak melepaskan tembakan melainkan terdapat seorang pegawai senior di kawasan sekitar.

Malah, menurut seorang ahli sejarah, 1 dalam 3 tentera di Vietnam tidak pernah melepaskan tembakan.

Dalam pertempuran pada Perang Dunia Kedua, secara purata hanya sekitar 15% hingga 20% di pihak sekutu yang melepaskan tembakan.

Rujukan:

1. Leaf

2. Schneier

3. Daily Beast

4. Escape Pod



Hakcipta iluminasi.com (2017)