angkata tentera malaysia

Salah satu daripada kehebatan sesebuah pasukan tentera sudah tentunya kecanggihan teknologi yang dimiliki. Antaranya termasuklah senjata api, kapal perang, pesawat pejuang dan juga sistem navigasi.

Namun teknologi moden membolehkan kita mencipta lebih daripada itu yang mana membawa kepada penghasilan perisai tempur.

Ketika ini, banyak negara maju dalam usaha menghasilkan dan mempunyai perisai tempur yang tersangat canggih. Teknologi ini sangat memberikan kelebihan di medan perang sekaligus menjadikan mereka lebih dominan.

iluminasi.com kongsikan 6 perisai tempur perang paling hebat dan dahsyat di dunia.

1. Future Force Warrior - Amerika Syarikat

future force warrior amerika syarikat

Pakaian perisai ini mempunyai reka bentuk yang sangat menarik seperti dalam filem. Bahagian penting dari seragam Future Force Warrior adalah perisai dinamiknya yang istimewa.

Ketebalannya kurang dari satu inci namun bahan yang digunakan membuatkannya lebih efektif dari kebanyakan jaket perisai moden dan konsep ini mungkin akan digunakan tidak lama lagi.

Projek ini menggunakan cecair reologi magnetik yang mana ketumpatannya sama dengan ketumpatan minyak.

Dalam keadaan normal, jaket yang diperbuat daripada bahan ini melekat erat pada badan seperti jaket hidra, namun sebaik sahaja askar yang memakainya memberikan arahan di bawah pengaruh medan magnet, cecair ini akan menjadi keras seperti batu hanya dalam 0.001 saat.

Dan sudah tentu ini hanyalah salah satu daripada lapisan pertahanan jaket ini. Para jurutera projek ini juga melakukan eksperimen menggunakan bahan lain, iaitu campuran polietilena glikol dan silika nanobit.

Bahan ini akan berubah menjadi pepejal apabila ia diserang, dan apabila gelombang tenaga dari serangan tersebut menurun, ia menjadi lembut semula.

Bukan itu sahaja, antara ciri-ciri paling penting pada perisai ini adalah sistem pemantauan kesihatan masa nyata, yang dikenali sebagai WPSM (Warfighter Physiological Status Monitor).

Pelbagai sensor akan dilekatkan pada lapisan perisai yang paling hampir dengan badan yang kemudiannya akan mengumpulkan data vital mengenai suhu badan, tekanan darah dan tanda penting lain pada pemakai.

Semua ini akan diterjemahkan ke dalam gambar rajah dan nombor ke monitor di topi keledarnya.

Data yang sama akan dihantar ke sistem komputer, sebagai contoh jika seorang askar mengalami patah kaki, komputer akan memberikan arahan secara bebas dan polimer cecair pada perisai itu akan mengeras untuk membentuk serpihan lalu membetulkan anggota badan pejuang.

Dan sekiranya berlaku kecederaan, fabrik padat ayang mengetat di sekeliling kulit dan menghalang kehilangan darah.

Dahsyat, kan?

2. Ratnik-3 - Rusia

ratnik 3 rusia

Pesaing terdekat pemaju perisai Amerika yang dahsyat ini sudah tentunya tidak lain dan tidak bukan, Rusia. Rusia telah mencipta pakaian ketenteraan yang dipkenali sebagai Ratnik-3.

Ini adalah generasi ketiga dari exoskeleton, sementara yang digunakan pada masa ini hanyalah perlindungan pasif yang hanya merupakan pakaian kalis peluru dan tidak memperhebatkan pergerakan tentera yang memakainya.

Namun prototaip Ratnik-3 ini menyerupai ciptaan Amerika, dan daripada memfokuskan kepada material baharu, Rusia memberikan tumpuan kepada perkara lain.

Fokus mereka adalah kepada kekuatan dan bukannya keringanan atau pergerakan.

ratnik 3 rusia 2

Perisai ciptaan Rusia ini adalah jauh lebih besar namun tentera yang berada di dalamnya masih berasa selesan kerana perisai ini memainkan peranan sebagai exoskeleton dan menggandakan kekuatan manusia.

Antara kebolehan yang mampu dilakukan oleh Ratnik-3 adalah membuatkan pemakai menggunakan mesingan hanya sebelah tangan, membawa pemberat dan peluru sehingga 150 kilogram.

Exoskeleton ini diperbuat daripada titanium dan menggunakan enjin elektrik yang boleh berfungsi dalam tempoh sehari tanpa perlu dicas.

Juga, sistem pengsan tanda vital juga dipasangkan pada perisai ini dan bahagian kaki mempunyai pengesan periuk api. Perisai ini dijangkakan boleh berfungsi di bawah suhu ekstrem antara 50°C hingga -50°C.

3. FIST - United Kingdom

fist united kingdom

United Kingdom juga tidak terkecuali dalam penghasilan perisai tentera terhebat seperti AS dan Rusia.

Projek ini dikenali sebagai FIST atau Future Integrated Soldier Technology, yang mana sebahagian besarnya telah diaplikasikan ke dalam kehidupan tentera Inggeris moden kerana ia mula dikembangkan sejak tahun 1994.

Dan pada tahun 2015, ia telah pun berada dalam fasa pelaksanaan. Sekitar 30,000 hingga 35,000 tentera Inggeris dijangka akan dilengkapi dengan perisai ini dalam masa terdekat.

Tidak seperti AS dan Rusia yang menggunakan exoskeleton, United Kingdom lebih memberi penekanan kepada elektronik, sistem peta, pencari sasaran, pencari jarak efektif, penukar optik elektronik, di mana semua alat ini bertujuan untuk membantu tentera mendapatkan maklumat sepenuhnya mengenai persekitarannya.

Dan disebabkan terdiri daripada banyak modul elektrik, bateri generasi baru akan menjadi bahagian penting dalam perisai ini.

4. COMFUT - Sepanyol

combatiente futuro

Perisai ciptaan Sepanyol pula dikenali sebagai COMFUT, singkatan kepada Combatiente Futuro bermaksud Penempur Masa Depan.

Tentera yang memakai COMFUT akan kelihatan seperti watak dalam filem aksi berkenaan dengan perang pada masa depan.

Perincian penampilan tentera yang luar biasa yang merupakan perincian utama projek ini adalah "pandangan istimewa". Pemakai perisai ini tidak lagi perlu memegang senjata berhampiran wajahnya untuk menembak.

Sebaliknya, cermin penglihatan jauh dipasangkan pada senapang yang membolehkan tindakan lebih pantas dalam keadaan yang tidak dijangka dan meningkatkan kemampuan bergerak.

Sebagai contoh, pemakai perisai ini boleh melakukan tembakan di sebalik tembok tanpa perlu menjengukkan kepalanya, yang mana lebih berbahaya.

Selain itu, perisai ini mempunyai fokus khas terhadap perlindungan siku dan lutut, serta jaket kalis peluru yang fleksibel. Tidak cukup dengan itu, COMFUT mempunyai sistem saluran keluar peluh, yang menjadikannya lebih selesa terutamanya dalam cuaca panas.

5. FELIN - Perancis

fantassin quipement et liaisons int gr s 2

Perancis mempunyai kepakaran tersendiri dalam program penghasilan perisai perang masa hadapan mereka, dikenali sebagai FELIN, atau Fantassin à Équipement et Liaisons Intégrés yang bermaksud Peralatan dan Komunikasi Perajurit Bersepadu.

Tidak menggunakan teknologi nano yang sangat moden, FELIN menggunakan tekstil namun ia tersangat aneh.

Tekstil ini tahan api, kalis air, penghalau serangga penghisap darah dan juga mudah untuk bernafas. Ia mampu mengalirkan air dan malah dapat menyamarkan tentera dalam spektrum inframerah.

FELIN dilengkapi dengan topi keledar khas yang bukan sahaja dilengkapi dengan alat komunikasi dan sistem paparan maklumat optik, tetapi juga dengan topeng khas.

Topeng khas ini akan melindungi tentera sekiranya semburan gas atau racun atau serangan kimia. Dan lebih penting, tentera juga boleh makan dan minum tanpa membuka topi keledar ini. 

6. IDZ-ES - Jerman

idz es

Pemaju teknologi ketenteraan Jerman nampaknya tidak begitu peduli tentang keselesaan tentera dalam menghasilkan perisai mereka.

Walaupun begitu, perisai ini memberikan perlindungan profil maksimum dan diberi nama IDZ-ES (Infanterist der Zukunft) bermaksud Tentera Masa Depan.

Perisai ini menyerupai perisai negara-negara lain dan penekanan yang sama diberikan terhadap penggabungan tentera itu sendiri dengan perisai yang dipakai.

Ia juga mempunyai alat navigasi teknologi tinggi yang sama, namun mempunyai sesuatu yang unik iaitu komputer riba mudah alih yang menggabungkan navigasi dan arahan.

Ini bermakna apabila tentera berada di medan perang, sambil memerhatikan keadaan sekeliling, tentera tersebut dapat melihat lokasi tentera sekutu, lokasi pasangannya yang tersalah arah dan juga mendengar perintah ketuanya.

Malah, tentera tersebut juga boleh melihat dirinya dalam peta interaktif, seperti anda mempunyai radar ketika bermain permainan Counter-Strike yang membolehkan mereka menyelaraskan tindakan dengan lebih berkesan.

Dari segi perlindungan perisai, IDZ-ES mempunyai beberapa subsistem profil, dan salah satunya adalah melindungi dari senjata api.

Satu lagi sistem perlindungan adalah melindungi dari impak, sebagai contoh, disebabkan oleh objek tumpul, dan satu lagi dari senjata pemusnah besar-besaran.

Rujukan:

1. Military Machine

2. Army Technology

3. Mad Lab

4. EDR Magazine



Hakcipta iluminasi.com (2017)