Pada 2 Mei 2011, Pasukan Khas A.S. dikenali sebagai Seal Team Six telah menyerbu sebuah kompleks al-Qaeda di Abbottabad, Pakistan, dan membunuh orang yang paling dikehendaki mereka iaitu Osama bin Laden.

Dalam serbuan yang dianggap sebagai salah satu misi paling penting itu, Seal Team Six hanya mengambil masa 9 minit untuk memastikan musuh utama mereka terbunuh, dan mereka melakukan lebih daripada itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mereka bukan sahaja membunuh pemimpin al-Qaeda itu tetapi juga mengambil banyak barang peribadi miliknya sebelum ketibaan pasukan tentera Pakistan tiba.

seal team six

Dan sejak itu, agensi perisikan AS ini telah mendedahkan sebahagian besar daripada apa yang mereka temui kepada umum.

iluminasi.com kongsikan 8 perkara yang tidak dijangka dijumpai oleh Seal Team Six milik Osama bin Laden.

1. E-mel Osama bin Laden

barangan osama bin laden ditemui as

Tidak memiliki akses Internet atau saluran telefon di kompleks tersebut disebabkan oleh risiko keselamatan diri yang sangat tinggi, Osama bin Laden merupakan seorang penulis dan komunikator yang sangat produktif walaupun hidup dalam keadaan terasing.

Dengan menggunakan orang suruhan, Osama berhubung dengan dunia luar dengan menulis e-mel dan memasukkan ke dalam pemacu kilat.

Orang suruh tersebut kemudiannya akan menghantar mesej-mesej yang perlu disampaikan dengan menggunakan kafe Internet.

AS memperoleh kira-kira 100 pemacu kilat milik Osama, yang menunjukkan bahawa pemimpin al-Qaeda ini terlibat dalam operasi kritikal al-Qaeda walaupun setelah kepemimpinan dunia menganggap bahawa tanggungjawabnya itu telah diserahkan kepada Ayman al-Zawahri.

"E-mel tersebut menunjukkan bahawa Osama tidak melepaskan kawalan operasi atau strategi al-Qaeda. Dia sebaliknya masih mengeluarkan perintah dan diberi penjelasan mengenai laporan, promosi, penugasan, strategi dan isu ideologi seperti fatwa dan keputusan agama," kata Bill Roggio, yang diberi akses awal kepada banyak fail Osama sebelum CIA mendedahkannya kepada umum.

2. Diari Osama

diari osama bin laden

Pasukan SEAL juga menemui jurnal 228 helaian milik Osama, yang dikatakan tercatat segala apa yang diluahkannya kepada ahli keluarga antara Februari dan April 2011.

Tidak jelas berapa ramai orang yang tinggal di kompleks tersebut pada waktu serbuan, tetapi diketahui bahawa ia termasuk beberapa isterinya, bersama beberapa anak dan cucu, bersama dengan penghantar mesej dan keluarganya.

Dipercayai ditulis sendiri oleh salah seorang anak perempuannya, diari tersebut mengungkapkan pemikirannya mengenai pemberontakan Arab Spring 2011 yang berlaku di beberapa negara yang beragama Islam dan visinya terhadap kedudukan Al Qaeda dalam politik dunia: "Kekacauan ini dan ketiadaan kepemimpinan dalam revolusi adalah persekitaran terbaik untuk menyebarkan pemikiran dan idea al-Qaeda, ”kata jurnal itu.

3. Video perkahwinan anaknya

Serbuan itu juga telah menemui satu video keluarga Osama ketika perkahwinan anak lelakinya, Hamza bin Laden di Iran.

"Satu-satunya gambar Hamza sebelum tayangan video itu adalah ketika dia masih kecil. Hamza dipersiapkan untuk menggalas jawatan kepemimpinan, jadi melihatnya sebagai orang dewasa adalah sangat berharga, ”kata Roggio.

Senarai tetamu perkahwinan itu merangkumi beberapa anggota dalaman al-Qaeda. Hamza mengahwini anak perempuan Abu Muhammad Al-Masri, seorang lagi pemimpin al Qaeda.

Hamza bin Laden terbunuh pada tahun 2019.

4. Permainan video

permainan video counter strike

Satu siri permainan video dimuat turun dan disimpan dalam komputer mencadangkan bahawa Osama atau individu lain yang tinggal di kompleks tersebut merupakan peminat tegar permainan video.

Fail CIA yang dikeluarkan selepas serbuan tahun 2011 menunjukkan bahawa pemimpin al-Qaeda itu memuat turun permainan popular seperti Half-Life, Super Mario Bros., Yoshi's Island DS, Final Fantasy VII, Dragon Ball Z, dan Counter-Strike.

5. Video Osama berlatih berucap

video osama bin laden

Ketika mengelak daripada pihak berkuasa dan berada dalam persembunyian, Osama telah mengeluarkan sejumlah video yang dirakam kepada para pengikutnya.

"Penstriman secara langsung adalah satu aktiviti yang boleh dikesan, jadi Osama akan merakamkan mesej yang hendak disampaikan lalu diberikan kepada penghantar untuk disebarkan. Merakam video ini terlebih dahulu membolehkan dia menjaga imejnya," kata Roggio.

6. Filem Disney

ice age

Walaupun agak pelik bagi pihak AS, namun beberapa filem Disney ditemui di kompleks Abbottabad, termasuklah Antz, Cars, Chicken Little dan Ice Age: Dawn of the Dinosaur.

Filem-filem ini mungkin untuk tujuan hiburan empat anak perempuan Osama yang paling kecil, yang berusia bawah 10 tahun ketika Osama terbunuh.

7. Dokumentari tentang dirinya

Osama bin Laden, subjek kepada beribu-ribu artikel berita dan pelbagai dokumentari, nampaknya mempunyai rasa ingin tahu yang kuat mengenai imej awamnya.

Selepas terbunuh, pihak berkuasa AS menemui beberapa filem tentang Osama di dalam komputernya.

Antaranya termasuklah "Biography-Osama bin Laden" dan dokumentari komedi tahun 2008 bertajuk "Where in the World is Osama bin Laden?"

8. Perpustakaan termasuk buku-buku teori konspirasi

perpustakaan osama bin laden

Menurut AS, perpustakaan peribadi milik Osama bin Laden sangat mengejutkan.

Dia memiliki beberapa buah buku tentang ketenteraan Amerika dan sejarah diplomatik seperti Obama's Wars oleh Bob Woodward, buku "Necessary Illusions: Thought Control in Democratic Societies" oleh Noam Chomsky dan "The U.S. and Vietnam 1787-1941" oleh Robert Hopkins Miller.

Menurut Rogio, adalah penting bagi Osama untuk memahami dan cara pemikiran musuh-musuhnya. Kompleks ini juga menempatkan buku-buku teori konspirasi popular berkenaan 9/11, The Committee of 300 dan juga Illuminati.

Rujukan:

1. History

2. CIA

3. Reuters




Hakcipta iluminasi.com (2017)