Oleh pada 24 Sep 2019 kategori

senarai peserta gegar vaganza 6 2019

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Akhirnya senarai rasmi peserta program realiti popular, Gegar Vaganza musim keenam (GV6) didedahkan buat pertama kali dalam sidang media yang berlangsung di The Gardens Theatre, Mid Valley Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Antara yang terlibat dalam persaingan musim ini termasuk bekas penyanyi popular, Sham dari kumpulan Visa, Naqiu (Boboy), Wann, kumpulan Kool (Hairie & Riot), Noorshila Amin dan Jatt Ali (Black Dog Bone).

Melengkapkan senarai 13 peserta ialah Ameer (Sofazr), Mazleela, Feeza, Nur Fatimah, Roy, Hady Mirza dan One Nation Emcees (Mimi Fly, Jojo Fly, Kozae, Sabhi Saddi).

   

gegar vaganza 2019 170

Kredit foto: Instagram Cuckoo Malaysia

   

Rancangan daripada Farm Fresh selaku penaja itu masih mengekalkan gandingan hos, Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang bakal mengemudikan siaran konsert mingguan. Manakala, Bell Ngasri dan Fizza Frizzie bertindak sebagai pengacara di belakang tabir. 

Sementara itu, proses penjurian dengan format sama menggunakan khidmat pengarah muzik, Dato' Ramli MS dan penyanyi lagenda, Hetty Koes Endang.

Bersiaran secara langsung selama lapan minggu dari Auditorim Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), bermula 13 Oktober, setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria. 

Imbas kembali, nama-nama popular seperti Ayai (Ilusi), Siti Nordiana, Azharina Azhar, Aishah dan Noryn Aziz merupakan para pemenang GV terdahulu, mengikut turutan dari musim pertama hingga kelima.

     

SENARAI 13 PESERTA GEGAR VAGANZA 6 (GV6) 2019

  1. Naqiu (Boboy)
  2. Mazleela
  3. Wann
  4. Sham (Visa)
  5. Noorshila Amin
  6. Ameer (Sofazr)
  7. Kool (Duo)
  8. Roy
  9. Feeza
  10. Nur Fatima
  11. Hady Mirza
  12. Jatt (Black Dog Bone)
  13. One Nation Emcees

     



Hakcipta iluminasi.com (2017)