Kredit foto: Instagram Nur Fatima

   

Nur Fatimah Abd. Wahab atau nama komersialnya, Nur Fatima merupakan penyanyi yang pernah mencipta nama di lapangan seni hiburan sekitar era 2000-an.

Beliau mula dikenali menerusi rancangan pencarian bakat nyanyian, Golden Teen Search pada tahun 1999.

Selain itu, beliau turut bergiat aktif dalam bidang penciptaan lagu, penulisan lirik dan dunia penyiaran.

Selepas sekian lama menyepi, beliau bakal membuat kemunculan semula menerusi program realiti popular, Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang akan memulakan siarannya pada 13 Oktober ini.

   

Biodata

1. Pemilik nama penuh Nur Fatimah Abd. Wahab. Menggunakan nama pentas, Nur Fatima, Nurfatima dan Nur Fatimah.

2. Kelahiran tahun 1983. Kini berusia 36 tahun (2019).

3. Berkelulusan Ijazah dalam bidang Kejuteraan Audio daripada Institut SEA, Sydney.

4. Bakat nyanyiannya dicungkil daripada pertandingan Golden Teen Search 1999 yang telah menobatkannya sebagai juara.

5. Bergelar penyanyi di sekitar era 2000-an yang mana beliau cukup dikenali menerusi lagu Selembut Sutera. Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai komposer dan pembaca berita di saluran 8TV.

6. Mempunyai tiga buah album studio. Album sulungnya, Selembut Sutera diterbitkan oleh komposer terkemuka, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan pada tahun 2000, diikuti album kedua berjudul Gadis oleh penerbit, Ahmad Izham Omar.

7. Pernah membuat 'comeback' pada 2008 menerusi single balada, 'Rindu' yang mendapat sentuhannya sendiri selaku komposer, bersama Ireani Yaakop sebagai penulis lirik dan Audi Mok (susunan muzik).

8. Turut menyumbangkan khidmat sebagai pencipta lagu untuk nama-nama popular seperti Ziana Zain, Suki dan Diddy (AF4).

9. Beliau juga bertanggungjawab dalam penulisan senikata lagu-lagu hits seperti Caramu dendangan Nikki dan Zahid, Malu Tapi Mahu (Dina) dan Satu Harapan (Jaclyn Victor).

10. Menamatkan zaman solo dengan Mohammad Jeffry Wain Wright, 50, yang juga merupakan seorang warganegara Australia.

11. Kini sudah lebih sedekad beliau menetap di Canberra, Australia kerana mengikut suaminya bekerja di sana. Beliau kini berkhidmat sebagai guru sambilan prasekolah, selain menyanyi di kafe pada hujung minggu.

12. Ketika ini, beliau terpaksa pulang ke tanah air demi melunaskan impian berentap dalam program realiti, Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang bakal memulakan siarannya pada 13 Oktober ini.

   

Foto

biodata nur fatima

gegar vaganza 2019 669

peserta gegar vaganza 2019 377

nur fatimah selembut sutera

nur fatimah gegar vaganza 2019

Kredit foto: Instagram Nur Fatima & Gegar Vaganza

   

Video

Kredit video: Selembut Sutera - Nur Fatimah

   

Sumber:

1. Wikipedia Nur Fatimah

2. Gegar Vaganza

3. Nur Fatima Berjauhan Dengan Suami Demi GV6

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)