Kredit foto: Instagram Mazleela

    

Penyanyi Mazleela menjadi antara bintang yang tersenarai sebagai peserta program realiti popular, Gegar Vaganza 6 (GV6) edisi 2019.

Nama penyanyi yang pernah meletup dengan lagu 'Tabah' ini bukanlah asing lagi di pendengaran peminat muzik yang membesar di sekitar era awal 2000-an.

Malah, Mazleela yang turut dikenali sebagai Maz pernah menjadi rakan seangkatan penyanyi terkemuka negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di mana mereka berdua pernah bernaung di bawah bumbung syarikat rakaman yang sama.

Lagi profil lanjut beliau dalam biodata yang kami sediakan ini.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Mazlila binti Mazlan. Menggunakan nama pentas, Mazleela.

2. Berasal dari Johor Bahru, Johor.

3. Kini berusia 47 tahun (2019).

4. Bergiat dalam dunia hiburan sebagai penyanyi yang memperjuangkan genre muzik Pop sejak tahun 1995.

5. Namanya menempa kemasyhuran di sekitar era awal 2000-an.

6. Merupakan antara bakat yang digilap oleh komposer terkemuka, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan.

7. Pernah bernaung di bawah syarikat rakaman SRC (Suria Records) di mana ketika itu beliau sebumbung dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, termasuk Liza Hanim, Tomok (New Boyz) dan Aqasha. Kontraknya bersama label muzik itu berlarutan sehingga 10 tahun (1995-2005)!

8. Mempunyai lima buah album solo dan beberapa album kompilasi bersama penyanyi lain. Namun namanya benar-benar meledak menerusi single hits, Tabah yang merupakan salah sebuah lagu yang dimuatkan dalam album solo kelimanya.

9. Lain-lain lagu popularnya seperti Diam Tak Bererti Membisu, Prasangka Yang Berakhir, Mudahnya Kau Berubah, Milikmu Selamanya dan Mungkinkah.

10. Pernah bergelar penyanyi Istana Johor.

11. Sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua orang cahaya mata.

12. Kini beliau bersama keluarga menetap di Johor Bahru. Walaupun bergelar suri rumah, namun beliau masih aktif memenuhi undangan nyanyian di sekitar Johor dan Singapura, selain turut dilantik sebagai juri dalam beberapa pertandingan nyanyian.

13. Ingin kembali mewarnai dunia seni suara untuk mengikut jejak beberapa rakan seperjuangannya.

    

Foto

tabah mazleela

mazleela gegar vaganza 2019

gegar vaganza 2019 937

suami mazleela

mazleela wikipedia

mazleela

Kredit foto: Instagram MazleelaYoutube Suria Records (SRC) & Gegar Vaganza

    

Video

Kredit video: Youtube Suria Records (SRC)

    

Sumber:

1. Wikipedia Mazleela

2. Mazleela Tumpu Keluarga

3. Gegar Vaganza

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)