Oleh pada 12 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Gegar Vaganza 2019

   

Pertarungan barisan penyanyi profesional berpengalaman bakal membuka tirainya bermula Ahad ini menerusi siaran konsert sulung Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

Menampilkan 13 peserta yang terdiri daripada sebelas penyanyi solo serta satu berkumpulan dan satu duo.

Mereka ialah Sham (Visa), Wann, Naqiu (Boboy), Nur Fatima, kumpulan Kool (Hairie & Riot), Noorshila Amin, Mazleela, Jatt Ali (Black Dog Bone), Feeza, Roy, Hady Mirza, Ameer (Sofazr) dan One Nation Emcees (Mimi Fly, Jojo Fly, Kozae, Sabhi Saddi).

Minggu pertama bakal menyaksikan barisan bintang menyegarkan semula ingatan penonton menerusi persembahan lagu 'berhantu' yang pernah mempopularkan nama mereka suatu ketika dahulu.

Berikut senarai lagu tugasan untuk konsert minggu pertama:

   

lagu konsert pertama gegar vaganza 2019 724

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA 2019 MINGGU 1

  1. Naqiu Boboy - Episod Cinta
  2. Mazleela - Tabah
  3. Wann - Bossanova
  4. Sham Visa - Dalam Gerimis
  5. Noorshila Amin - Rambu Ramba
  6. Ameer Sofazr - Janjiku
  7. Kool (Duo) - Bebas
  8. Roy - Ratnaku
  9. Feeza - Ungkapan Kata Bernafas Cinta
  10. Nur Fatima - Selembut Sutera
  11. Hady Mirza - Angkasa
  12. Jatt (Black Dog Bone) - Khayalan
  13. One Nation Emcees - Anak Kampung

    

Masih mengekalkan format penjurian sepenuhnya daripada barisan juri tetap yang terdiri daripada pengarah muzik Datuk Ramli MS, penyanyi Hetty Koes Endang dan seorang juri undangan mingguan. 

Rancangan diacarakan oleh pasangan hos, Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Juga boleh diikuti di laman sesawang rasmi Gegar Vaganza dan Youtube Astro Gempak.

   

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 1)

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)