hh

Oleh pada 19 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza Official

   

Program realiti popular, Gegar Vaganza (GV) bakal kembali dengan musim terbaharu tidak lama lagi.

Sejak pagi semalam, netizen kecoh memperkatakan tentang bahang kehangatan rancangan berbentuk pertandingan itu selepas digembar-gemburkan di laman sosial Instagram (IG) @gegarvaganzaoffcial.

    

gegar vaganza 2019

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza Official

    

Dua kiriman terbaharu yang dimuat naik di akaun rasmi GV6 dibanjiri dengan komen peminat yang membuat andaian tersendiri tentang identiti peserta musim ini.

Beberapa nama yang dipetik termasuk Naqiu Boboy, Sham Visa, Azie, Wann, Nurfatimah, Yabang Khalifah, Deja Moss dan ramai lagi yang rata-ratanya terdiri daripada bintang popular sekitar era 1990-an.

Keterujaan netizen nampaknya bertambah apabila sebuah kiriman di laman sosial itu mendedahkan suara salah seorang pesertanya tanpa menampakkan wajah.

Ia sekaligus menjadi titik awal kepada pendedahan senarai bintang GV6 (2019) yang bakal menghangatkan pentas pertandingan popular itu.

Menurut laporan Astro Gempak, rancangan realiti itu dijadualkan berlangsung bermula pertengahan Oktober ini, manakala pengumumannya bakal dilakukan dalam tempoh terdekat iaitu dalam beberapa hari sahaja lagi.

Sama-sama kita nantikannya!

    

Info Gegar Vaganza

  • Lima musim terdahulu dikemudi pasangan hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
  • Senarai juara musim lalu ialah Ayai Ilusi (musim pertama), Siti Nordiana (musim kedua), Azharina Azhar (musim ketiga), Aishah (musim keempat) dan Noryn Aziz (musim kelima).
  • Antara penyanyi lain yang kembali mendapat liputan selepas penyertaan di GV seperti Siti Sarah, Zarul (Umbrella), Ameng (Spring), Elly Mazlein, Liza Hanim, Lan Solo, Elyana, Zamani, Amelina, Maya Matahari dan ramai lagi.

    

Sumber berita: Gegar Vaganza Bakal Kembali, Dah Ramai Yang Berteka-Teki!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)