Kredit foto: Sinar Harian

   

Roy atau nama lengkapnya, Mohammad Rauzan Alwi merupakan seorang penyanyi era 90-an yang cukup dikenali menerusi 'lagu wajib karaoke', Kau Ratnaku dan lagu-lagu berkonsepkan kenegaraan.

Kerana kekerapan lagu nyanyiannya, Sejahtera Malaysia disiarkan di stesen televisyen, terutama pada waktu perdana suatu masa dahulu, membuatkan beliau dilabel sebagai penyanyi lagu patriotik.

Berikut dikongsikan maklumat biodata dan fakta menarik mengenai beliau.

   

Biodata

1. Pemilik nama penuh Mohammed Rauzan Alwi. Popular dengan nama pentasnya, 'Roy'.

2. Berusia 55 tahun (2019).

3. Pernah meledak dengan lagu Diari Mimpi dan Kau Ratnaku, selain merupakan penyanyi yang menyumbangkan suara dalam lagu patriotik popular, Sejahtera Malaysia.

4. Kerana acapkali membawakan lagu patriotik di zaman kegemilangannya, beliau sering mendapat tawaran persembahan di istana dan majlis-majlis besar kerajaan.

5. Selepas rezeki dalam bidang nyanyian semakin berkurang, beliau mula menyara kehidupan sebagai pensyarah sambilan di Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kontraknya berakhir dan tidak lagi disambung.

6. Terkini, faktor usia lanjut yang tidak memungkinkan mana-mana pihak mengambilnya bekerja membuatkan Roy mencari rezeki dengan menyanyi secara 'busking' di Pusat Beli-belah AEON, Setiawangsa. Dalam masa sama, beliau menambah pendapatan keluarga dengan menjadi tutor dan mewujudkan kelas vokal.

7. Sambil menyanyi di jalanan, beliau mengambil kesempatan menghulurkan kad kepada para pengunjung untuk mendapatkan tawaran dalam persembahan di mana-mana majlis.

8. Mempunyai tiga orang zuriat iaitu Mohammad Ridhwan, 29, Mohammad Rashiddin, 23 dan Siti Aisyah, 21.

9. Membuat 'comeback' menerusi single bergenre jazz pada lima tahun lalu, namun kurang disedari peminat.

   

Fakta Menarik

  • Sebagai busker, beliau akui berkebolehan bermain sehingga 50 buah lagu dalam sehari!
  • Antara pekerjaan lain yang pernah dicubanya termasuk membantu anak sulung dan isterinya, Haslinda Abdul Rahman, mengusahakan perniagaan kantin sekolah.
  • Perubahan rentak lagu patriotik yang kini terarah kepada elemen moden seperti R&B dan ‘rap’, membuatkan rezekinya sebagai penyanyi patriotik semakin terkubur.

   

Foto

roy ratnaku

roy gegar vaganza

gegar vaganza 2019 262

Kredit foto: Sinar Harian & Gegar Vaganza

   

Video

Kredit video: Roy - Ratnaku (Live In Juara Lagu 93) HD

   

Sumber:

1. Gegar Vaganza

2. Roy Cari Rezeki Tampung Keluarga

3. Penyanyi 'Kau Ratnaku', Roy Jadi Pensyarah Muzik

4. 'Busking' Bersama Pemuzik Jalanan

5. Roy Belum Jumpa Pelapis Penyanyi Lagu Patriotik

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)