Oleh pada 14 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

13 penyanyi bakal meneruskan perjuangan pada konsert kedua Gegar Vaganza 6 (GV6) pada Ahad ini.

Mereka ialah Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Wann, Sham (Visa), kumpulan Kool (Hairie & Riot), Noorshila Amin, Jatt Ali (Black Dog Bone), Feeza, Mazleela, Roy, Hady Mirza, Ameer (Sofazr) dan One Nation Emcees (Mimi Fly, Jojo Fly, Kozae, Sabhi Saddi).

Membawa tema Carma (Cari Makan), minggu kedua menampilkan para peserta mendendangkan lagu-lagu yang sering dibawakan sewaktu mereka memenuhi tawaran persembahan.

Berikut senarai lagu tugasan yang dipertaruhkan.

    

gegar vaganza 2019 697

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA 2019 MINGGU 2

  1. Naqiu Boboy - Meraung (New Boyz)
  2. Mazleela - Apa Khabarmu Di Sana (Ramlah Ram)
  3. Wann - Lamunan Terhenti (Wann)
  4. Sham Visa - Untukmu Selamanya (Visa)
  5. Noorshila Amin - Kad Ucapanmu (Noorshila Amin)
  6. Ameer Sofazr - Dan Bila Esok (Sofazr)
  7. Kool - Kau Dan Aku (Ning Baizura)
  8. Roy - Jerat (Harvey Malaiholo)
  9. Feeza - Cinta Tersimpul Rapi (Anis Suraya)
  10. Nur Fatima - Terlalu Cinta (Rossa)
  11. Hady Mirza - Demi Cinta (Ezad Lazim)
  12. Jatt - Dulu Dan Sekarang (Black Dog Bone)
  13. One Nation Emcees - Raja Gelek (One Nation Emcees)

   

Persembahan bakal dinilai dua juri tetap iaitu Datuk Ramli Mas dan Hetty Koes Endang bersama juri undangan mingguan yang mana penilaian mereka mewakili markah keseluruhan.

Bersama pasangan hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse, konsert GV6 berlangsung setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria, dibawakan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Tontonan di platform digital menerusi laman web Gegar Vaganza dan Youtube Astro Gempak.

   

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 2)

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)