Oleh pada 20 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza Official

    

Program realiti Gegar Vaganza (GV) bakal kembali menemui penonton untuk musim yang keenam.

Kehangatan rancangan berbentuk pertandingan itu semakin dirasakan apabila netizen terus berteka-teki tentang senarai penyanyi yang bakal menyemarakkan pentas musim ini.

Rata-ratanya melahirkan rasa teruja dan tidak sabar dengan kemunculan pertandingan yang menghimpunkan penyanyi profesional lama atau berpengalaman itu. 

Sehingga kini, laman sosial Instagram (IG) @gegarvaganzaofficial telah memuat naik beberapa video 'hint' tentang identiti peserta berdasarkan vokal mereka, tanpa mendedahkan wajah.

Walaupun bayangan yang diberikan hanya samar-samar, pengikut IG rasmi GV kelihatan tidak putus asa dalam membuat andaian masing-masing.

Beberapa nama bintang popular yang pernah mengungguli industri nyanyian suatu masa dahulu dipetik di ruangan komen.

Antaranya termasuk Naqiu Boboy, Azie, Elda Susanti, Nurfatimah, Yabang Khalifah, Deja Moss dan ramai lagi.

Bagaimanapun hasil tinjauan kami menerusi beberapa sumber, penyanyi-penyanyi berikut mungkin antara nama yang bakal melengkapkan senarai peserta GV6.

    

gegar vaganza 2019

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza Official

    

JANGKAAN SENARAI PESERTA GEGAR VAGANZA MUSIM KEENAM (2019)

  1. Sham (Visa)
  2. Wan (Scoin)
  3. Joey Daud
  4. Renggo (Arrow)
  5. Wann
  6. Mazleela
  7. Leina Hangat
  8. Feeza

   

Sahih atau tidak, tidak pula kami ketahui. Apapun kita nantikan sahaja pengumuman senarai rasmi peserta yang akan dibuat dalam tempoh terdekat ini iaitu dikatakan dalam beberapa hari sahaja lagi.

Difahamkan, program realiti tersebut bakal memulakan siarannya sekitar pertengahan Oktober.

Sama-sama kita nantikan!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)