Kredit foto: Harian Metro & Gegar Vaganza

   

Penyanyi Feeza yang pernah meletup menerusi lagu 'Ungkapan Kata Bernafas Cinta', bakal kembali dengan 'comeback' buat para peminatnya.

Sebagai langkah awal, beliau bakal melibatkan diri dalam pertandingan realiti popular, Gegar Vaganza musim keenam (GV6) 2019 yang akan bermula sekitar pertengahan Oktober ini.

Pasti ramai peminat muzik era 90-an yang tidak sabar menantikan kemunculannya, bukan? Sama-sama kita nantikan!

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Hafiza Shaari. Dikenali dengan nama pentasnya, Feeza.

2. Kini berusia 43 tahun (2019).

3. Mencipta populariti sekitar era 1990-an di bawah pengurusan syarikat Jalil Hamid Production.

4. Lagu hitsnya yang paling diingati, Ungkapan Kata Bernafas Cinta merupakan single sulungnya yang diterbitkan pada tahun 1996.

5. Mula menyepikan diri daripada radar dunia hiburan selepas mendapat pekerjaan sebagai artis budaya di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sejak 2000. Selepas berkhidmat selama 18 tahun, beliau memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Integriti di MPSJ, meskipun masih terlibat menjayakan persembahan majlis anjuran MPSJ termasuk menerima tawaran nyanyian di majlis korporat.

6. Pernah membuat 'comeback' pada 2005 bermodalkan wang simpanan sendiri, namun single baharunya yang mendapat sentuhan komposer Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan berjudul 'Antara Kasih' dan 'Kasihan' itu, tidak mendapat sambutan memberangsangkan. Malah perancangan menyiapkan album keduanya dengan 10 buah lagu baharu juga terbengkalai begitu sahaja.

7. Mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Zahid Hassan, sebelum beroleh empat zuriat iaitu Muhammad Hafizul Iqram, 17; Nur Alesya Humaira,15; Muhammad Zahirul, 13, dan Nur Zahira, 13. Pasangan itu bagaimanapun memilih untuk bercerai pada 2010.

8. Kini beliau tampil dengan imej berhijab. Kembali menghangatkan dunia hiburan, beliau mengidamkan single terkini dengan mengekalkan genre yang pernah menaikkan namanya suatu ketika dahulu.

   

Foto

biodata feeza gegar vaganza

feeza ungkapan kata bernafas cinta

gegar vaganza 2019 767

Kredit foto: Harian Metro & Gegar Vaganza

    

Video

Kredit video: Ungkapan Kata Bernafas Cinta - Feeza

   

Sumber:

1. Gegar Vaganza 2019

2. Rancang Kemunculan Semula

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)