Kredit foto: Instagram Noorshila Amin

   

Penyanyi Noorshila Amin yang pernah meledak dengan lagu Kad Ucapanmu dan Rambu Ramba, bakal kembali menghangatkan dunia seni menerusi kemunculan semula dalam program realiti popular, Gegar Vaganza musim keenam (GV6) mulai Oktober ini.

Berikut kami kongsikan dengan anda biodata serta fakta menarik mengenai penghibur yang juga bergiat aktif dalam bidang perniagaan ini.

   

Biodata

1. Pemilik nama penuh Noorshila binti Amin. Dikenali sebagai Noorshila Amin.

2. Kini berusia 55 tahun (2019).

3. Mempunyai lima buah album. Kali terakhir dia muncul dengan album 'Luahan Hati' yang diterbitkan pada tahun 2003.

4. Daripada irama dangdut ke balada, antara lagu-lagu yang melonjakkan namanya seperti Kad Ucapanmu, Rambu Ramba, Da Di Du dan Aku Sudah Jatuh Cinta.

5. Mendirikan rumah tangga dengan Norrizan dan sehingga kini sudah mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Admiena Norrizan, Nurrul Nadia, Mohd Daniel Durrany dan Mohd Banni Basyishar.

6. Masih menyanyi dengan terlibat menjayakan persembahan di majlis-majlis makan malam.

7. Mempunyai hasrat untuk merakamkan single baharu dengan mengetengahkan genre muzik popular semasa demi memenuhi kehendak pendengar.

   

Fakta Menarik

  • Juga terbabit dalam bidang perniagaan.
  • Boleh bermain gitar dan keyboard hasil pembelajaran sewaktu menyanyi dan menetap di Langkawi.
  • Sepanjang bergelar anak seni, beliau sering terpalit dengan gosip pergaduhan.
  • Pernah disambar gas bocor!

    

Foto

noorshila amin

noorshila amin rambu ramba

norshila amin

noorshila amin gegar vaganza

gegar vaganza 2019 347

Kredit foto: Instagram Noorshila Amin

    

Video

Kredit video: Samar Bayangan By Noorshila Amin

   

Sumber:

1. Gegar Vaganza

2. Noorshila Aktif Nyanyi, Bisnes

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)