Kredit foto: Instagram Wann

   

Meskipun risau berdepan cabaran menyanyikan genre lagu pelbagai, tidak menghalang penyanyi, Wann, 49, untuk menyertai pertandingan realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6) selepas dua kali menolak beberapa musim lalu.

Selepas single terakhirnya, 'Seribu Jelingan' hasil paduan suara bersama kumpulan 6ixth Sense, kira-kira sembilan tahun lalu, membuatkan ramai yang menantikan kemunculan semula penyanyi bersuara serak-serak basah ini.

Sama-sama kita nantikannya di pentas GV6 mulai Oktober ini.

   

Biodata

1. Nama penuhnya, Wan Rashidah binti Meor Abdul Rashid. Menggunakan nama komersial, Wann.

2. Kelahiran tahun 1970 di Teluk Intan, Perak. Kini berusia 49 tahun.

3. Melalui zaman kegemilangan ketika era 90-an.

4. Antara lagu hitsnya daripada lebih 10 album yang dilahirkan, seperti Bossanova, Lamunan Hati, Aku Dalam Teka Teki, Darah Muda, Terlerai Kasih dan Joget Siapa Dia.

5. Berkahwin dengan Mohamed Thazah Hamzah pada 1993 sebelum berhijrah ke negara suaminya di Singapura, setahun kemudian.

6. Kini masih menyanyi dan memenuhi tawaran persembahan pentas di Singapura termasuk Malaysia, walaupun dalam masa sama sudah lebih 20 tahun memperlahankan rentak kariernya.

7. Ingin membuat 'comeback' dengan sebuah single terakhir sebelum bersara. Mengidamkan genre lagu rancak berunsurkan elemen moden, Latin atau cha cha, dengan masih mengekalkan konsep lagu-lagu yang pernah mempopularkan namanya.

   

Fakta Menarik

  • Mendapat jolokan nama 'Wan Teran' kerana teknik dan tone vokalnya yang unik.
  • Meminati konsep muzik dari Amerika Selatan.
  • Teringin mendapat khidmat daripada komposer Faizal Tahir.

   

Foto

lagu wann

penyanyi wann

wann bossanova

wann gegar vaganza

gegar vaganza 2019 839

Kredit foto: Instagram Wann

   

Video

Kredit video: Youtube TV3 Malaysia Official

   

Sumber:

1. Wikipedia Wann

2. Gegar Vaganza

3. Wann Intai Peluang Rakam Lagu Baharu

4. Wann Teringin Rakam Lagu Baharu Sebelum Bersara

5. Tiga Kali Wann Dilamar Sertai GV

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)