Oleh pada 09 Jun 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Ceria

 

Ceria Popstar musim kelima merupakan sebuah pertandingan realiti nyanyian 2021 yang membariskan bakat muda generasi masa kini.

Rancangan anjuran saluran Astro Ceria ini pernah dihentikan seketika selama empat tahun selepas empat musim bersiaran - dari tahun 2013 hingga 2016.

Musim baharu ini bakal menampilkan persaingan sengit antara 10 bintang remaja yang terdiri daripada empat peserta lelaki dan enam peserta perempuan.

peserta ceria popstar 2021

Kredit foto: Instagram Astro Ceria

Format

10 peserta bakal beradu nasib dengan mempertaruhkan bakat nyanyian masing-masing menerusi lagu-lagu cover secara mingguan.

Penjurian bakal menentukan peserta manakah yang akan ditabalkan dengan gelaran terulung, Juara Ceria Popstar 2021 sekaligus mendapat habuan dalam bentuk wang tunai di peringkat akhir.

Bagaimanapun, sebelum mara ke pentas final, para peserta yang berada di kedudukan terendah setiap minggu terpaksa akur untuk meninggalkan pertandingan apabila diumumkan sebagai peserta tersingkir.

Bagi memberi pembaharuan dalam penganjuran musim ini, Ceria Popstar disuntik dengan elemen kolaboratif mega bersama program-program terhebat terbitan Astro seperti Maharaja Lawak Mega dan Gegar Vaganza.

Ujibakat

Ujibakat dalam mencari calon Popstar telah dijalankan dari 23 Mac hingga 3 April 2021 dengan membuka peluang kepada semua bakat yang berumur dari 4 hingga 18 tahun.

10 penyertaan terbaik dan kreatif telah disaring untuk dijadikan finalis akhir bagi berentap di konsert mingguan.

juri ceria popstar 2021

Kredit foto: Instagram Astro Ceria

Senarai Peserta

1. Armand Ezra Ezal (Armand)

2. Fathin Nur Insyeerah Damia Mohamad Khalil (Damia)

3. Dania Zafirah Sulaiman (Dinda)

4. Syabil Az-Zafran Zahari (Syabil)

5. Nur Zuleikha Qaisara Mohamad Nizam (Keka)

6. Baiq Nurhani Balqis Murtam (Balqis)

7. Muhammad Rafieaziman Razani (Iman Boy)

8. Ariff Hilmy Mohammad Amir (Ariff)

9. Marsya Qistina Mohamed Shahrin (Marsya)

10. Raja Dayana Umayma Raja Muhammad (Dayana)

Baca: Biodata 10 Peserta Ceria Popstar 2021 (Musim 5)

Juri

Barisan peserta bakal diadili empat figura seni tanah air iaitu Datuk AC Mizal, Ernie Zakri, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

ceria popstar

Kredit foto: Instagram Astro Ceria

Tenaga Pengajar

Penyanyi dan komposer, Hael Husaini bersama Juara Gegar Vaganza (GV) musim kelima, Noryn Aziz membawa peranan sebagai guru vokal.

Manakala, dua lagi juara (musim kedua dan musim keenam) GV iaitu Siti Nordiana dan Naqiu menggalas tanggungjawab sebagai inspirer atau idola inspirasi kepada bakat-bakat muda ini.

Dari aspek tarian pula, penyanyi MimiFly diberikan mandat sebagai guru koreografer.

konsert ceria popstar 2021

Kredit foto: Instagram Astro Ceria

Hadiah

Wang tunai RM20,000 berserta trofi sumbangan Astro menanti juara.

Manakala, tempat kedua, ketiga dan keempat pula masing-masing akan mendapat habuan RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Pengacara

Gandingan penyampai radio ERA, Danial Zaini bersama artis serba boleh, Shiha Zikir bertindak sebagai hos yang mengemudikan pentas siaran.

Waktu Siaran

Nantikan Konsert Ceria Popstar 2021 ke udara mulai 9 Jun 2021 pada setiap hari Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Ceria.

Juga dimuatkan di aplikasi Astro Go.

Sumber:

1. Ceria Popstar Kembali, Ini Senarai 10 Peserta Musim Kelima

2. Astro Ceria

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)