Oleh pada 27 Dec 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Mikrofon Impian merupakan sebuah rancangan realiti Malaysia yang diadaptasi daripada program 'game show' nyanyian nombor satu negara Thailand berjudul 'Mic On Debt Off'.

Begitupun pengisian rancangan versi Malaysia ini disuntik dengan elemen tempatan agar bersesuaian dengan tontonan yang lebih tertumpu kepada masyarakat Malaysia.

Musim kedua yang masih mengekalkan format sama seperti tahun lalu, bakal membuka peluang kepada peserta bagi mendapatkan dana untuk menangani kemelut kewangan yang dihadapi masing-masing.

Ia juga dilihat relevan dengan situasi semasa yang mana ramai di kalangan rakyat Malaysia hari ini menghadapi masalah kehilangan pekerjaan hingga berdepan kesukaran dalam menampung kos harian hidup.

Justeru musim kedua ini tidak hanya melihat kepada isu bebanan hutang sebagaimana musim lalu, malah juga mengangkat kisah peserta yang berdepan isu kewangan lain, antaranya pembiayaian kos rawatan perubatan, pencarian modal perniagaan serta masalah dalam meneruskan kelangsungan hidup.

    

mikrofon impian 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Konsep

Setiap episod mempertaruhkan tiga peserta yang akan bersaing dalam pusingan kalah mati.

Setiap seorang daripada peserta perlu berkongsi masalah kewangan yang didepani, sebelum membuat persembahan nyanyian di hadapan juri.

Hanya seorang peserta pilihan juri yang akan menyertai pusingan akhir bagi menentukan jumlah wang tunai yang bakal dimenangi.

Pusingan akhir menyaksikan peserta berkenaan menghadapi cabaran untuk menjawab soalan berbentuk objektif berkaitan dunia hiburan.

Bagi menjawab soalan yang diutarakan, peserta perlu memilih salah satu mikrofon yang mempunyai nombor pilihan jawapan.

Jika mikrofon yang dipilih berbunyi, maka pilihan jawapan tersebut adalah tepat.

Namun jika salah, peserta terpaksa akur untuk membawa pulang hanya separuh daripada jumlah bantuan kewangan yang dipinta.

Dalam pada itu, menerusi kolaborasi bersama saluran ‘KitaFund’ iaitu sebuah platform pengumpulan dana sosial, Mikrofon Impian turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbangkan derma kepada mana-mana peserta yang terlibat menerusi tabung akaun khas yang dibuka dalam tempoh masa sebulan.

   

peserta mikrofon impian

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Peserta

Peserta dipilih daripada ujibakat yang mencari mana-mana warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Terbuka kepada diri sendiri atau mewakili individu lain yang memerlukan bantuan kewangan.

Pada peringkat awal, ujibakat diadakan secara dalam talian iaitu menerusi media sosial, Telegram dan aplikasi Whatsapp yang mana calon peserta ujibakat dikehendaki menghantar video nyanyian bersama butiran masalah kewangan yang dihadapi.

Calon yang terpilih kemudian dijemput ke sesi uji bakat tertutup dari 8 Ogos hingga 30 Ogos 2020 yang diadakan di tujuh buah lokasi iaitu Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Pulau Pinang dengan mengikut SOP sebagaimana ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Hanya 39 peserta terpilih, iaitu 29 daripadanya adalah peserta lelaki, dan 10 lagi peserta wanita.

    

Senarai Penuh Peserta Lelaki

  1. MOHAMMAD AIZUDIN KHAMIS | 33, Alor Gajah (Melaka)
  2. NOR ALIFF BIN ABDUL RAHMAN | 32, Skudai (Johor)
  3. MUHAMMAD FIRDAUS BIN GHAZALI | Simpang Pertang (Negeri Sembilan)
  4. MOHAMMAD HANNES BIN JAMIAN | 35, Stulang (Johor Bahru)
  5. MOHAMMED FARHAN BIN MUSTAFA | Mantin (Negeri Sembilan)
  6. MOHAMMAD HASIMUDDIN | 21, Johor Bahru
  7. HASSAN BIN MAT SONO | 53, Duyong (Melaka)
  8. MUHAMMAD DANIAL HAQQIM BIN ZURAINI | 20, Johor Bahru (Johor)
  9. SAMSULFAIS BIN AHMAD | Duyong (Melaka)
  10. MOHD HAFIZI BIN MA HASSAN | 35, Kuala Krai (Kelantan)
  11. MOHD SAFIE BIN AYOB | 36, Kuala Kubu Bahru (Kelantan)
  12. HERMAN SHAH SAMAT | 43, Petaling Jaya (Selangor)
  13. AZRAN IZADI BIN MAD ARIS | 38, Kuala Pilah (Negeri Sembilan)
  14. BAKHRUL NIZAM BIN CHE MANSOR | Bukit Katil (Melaka)
  15. AMIR PERWIRA BIN SALEH | 33, Pasir Gudang (Johor)
  16. LUQWAN AIDIL BIN LUAYIN | 22, Ulu Tiram (Johor Bahru)
  17. MUHAMMAD AZRUL HAKIMI BIN MOHD AMIR | 21, Batu Rakit (Terengganu)
  18. AMIRUL HAZIQ BIN ABDUL RAHMAN | 21, Kerling (Selangor)
  19. ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH | 31 tahun
  20. MOHD FAZLI BIN JAAFAR | 40, Kuantan (Pahang)
  21. SAIFUL BAHRI BIN SHAMRI | 33 tahun
  22. WAN MUHAMMAD ADDIN | Kota Bharu (Kelantan)
  23. MOHD ASRI MOHD ZULFADZLI | 35, Kuala Lumpur
  24. HAIDIR BIN HASFA | Bayan Lepas (Pulau Pinang)
  25. MOHD RIDZUAN BIN MAT ALWI | 39, Putrajaya
  26. MUHAMMAD HAZRAT FUZAIL BIN MOHD JAMIL | 26, Shah Alam (Selangor)
  27. MUHAMMAD SHAMMIN BIN ABU BAKAR | 24, Johor
  28. FAISAL MD SAAD (WAKIL NORAZREENA AHMAD) | 39, Bandar Baru Uda (Johor Bahru)
  29. MOHD FAREED MARZUKI (WAKIL FAZLINA BINTI MOHD SAID RAJAKUMARAN | 42, Jempol (Negeri Sembilan)

    

Senarai Penuh Peserta Wanita

  1. NUR SYAFIQAH ROSLAN | 30, Bachang, Melaka
  2. NURUL ATIKAH BINTI KAMARUDIN | Nilai (Negeri Sembilan)
  3. SITI NUR ATIKAH BINTI MOHD ASRI | 21, Kota Bharu (Kelantan)
  4. NUR ATIKAQ BINTI ABDULLAH | 18, Ampang (Selangor)
  5. PUTERI IRENE ALYZA BT MOHD KAMARUZAMAN | 19, Pantai Dalam (Kuala Lumpur)
  6. SINAR BINTI ABDUL LATIF | Segamat (Johor)
  7. SUZIANA BINTI AHMAD NORAINI | 45, Sungai Besi (Kuala Lumpur)
  8. NURLIDA BINTI AB RAHMAN | 35, Butterworth (Pulau Pinang)
  9. NORFADZILAH BINTI NAJMI | 34, Seremban (Negeri Sembilan)
  10. NOR HIDAYAH BINTI ABU BAKAR | Simpang Ampat (Melaka)

    

mikrofon impian 2020

Kredit foto: Instagram @afiza.asram

   

Juri

Kerusi juri tetap masih mengekalkan pembabitan penyanyi lagenda jelita, Fauziah Latiff bersama anggota kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat.

Manakala juri jemputan mingguan memperlihatkan kehadiran beberapa nama besar dalam dunia hiburan, iaitu Erra Fazira, Azlan The Typewriter, Dato’ Rosyam Nor, Dato’ Hattan, Liza Hanim, Ameng Spring, Lisa Surihani, Siti Sarah, Ezad Lazim, Syamel, Hazama, Ernie Zakri dan Akim Ahmad.

Barisan pihak juri bukan sahaja bertanggungjawab mengadili pertandingan, malah juga akan berkongsi kisah peribadi masing-masing yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.

   

Hadiah

Hadiah wang tunai yang menanti pemenang setiap episod adalah berdasarkan nilai yang diminta oleh peserta itu sendiri mengikut situasi bebanan kewangan yang ditanggung.

   

Rakan Digital Dan Radio Rasmi

Aplikasi Astro GO dan portal Gempak bertindak sebagai rakan digital, manakala ZAYAN dan GEGAR mengambil peranan sebagai radio rasmi.

   

Tempoh Siaran

Bersiaran selama 13 episod.

   

mikrofon impian musim 2

Kredit foto: Instagram @afiza.asram

   

Pengacara

Dikendalikan oleh hos tanah air yang tidak asing lagi, Datuk Aznil Haji Nawawi yang juga terkenal sebagai 'Pak Nil'.

   

Waktu Siaran

Tayangan selama 60 minit pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Prima, mulai 27 Disember 2020.

Juga terdapat di aplikasi digital - Astro GO dan perkhidmatan ‘on demand’.

   

Kredit video: Mikrofon Impian 2 Tampil Berbeza | Gempak TV

   

Sumber:

1. Mikrofon Impian Musim Kedua Kembali, Cuba Realisasikan Hajat Lagi

2. Uji Bakat Kini Dibuka, Mikrofon Impian Kembali Untuk Musim 2!

3. Astro Gempak

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)