Oleh pada 03 Nov 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @tv3malaysia

          

Filem Dukun arahan Dain Said mengungguli kategori Filem Terbaik di malam Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) yang berlangsung malam tadi.

Tidak hanya itu, Dukun turut membawa pulang trofi Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem (Namron), Pengarah Filem Terbaik (Dain Said) dan Pelakon Wanita Terbaik Filem (Datin Seri Umie Aida).

Sementara itu kategori Drama Terbaik pula dianugerahkan kepada karya Pendosa Ingin Ke Syurga arahan Rashid Sibir.

Antara lain, drama terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd itu diangkat sebagai pemenang anugerah Pengarah Terbaik (Rashid Sibir) dan Pelakon Pembantu Wanita Drama (Fauziah Nawi).

Tidak ketinggalan, drama yang mencetuskan fenomena, Nur merangkul tiga trofi secara keseluruhannya iaitu menerusi kategori Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu), Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian(Amyra Rosli) dan Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian - (Syafiq Kyle).

Anugerah Skrin edisi kali ini menampilkan kelainan apabila tiada hos utama ditampilkan.

Manakala 12 bintang popular diberi mandat untuk menyampaikan trofi iaitu Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Maya Karin, Ayda Jebat, Zahirah Macwilson, Elly Mazlein, Sherry Alhadad, Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad, Naz Habibur Rahman dan Shuk Sahar.

Mewarnai acara, persembahan istimewa penyanyi popular terdiri daripada Datuk M. Nasir, Wany Hasrita, Ernie Zakri, Shiha, Jaclyn Victor, Elvira, Alpha Movement, Altimet, Amelia Henderson, Raja Shahiran dan Shawn Lee.

Berikut senarai penuh para pemenang ASK2018:

senarai penuh pemenang anugerah skrin 2018 2

Kredit foto: Instagram @tv3malaysia

               

  1. Drama Terbaik: Pendosa Ingin Ke Syurga (Rashid Sibir / Suhan Movie & Trading Sdn. Bhd)
  2. Pengarah Terbaik Drama: Pendosa Ingin Ke Syurga (Suhan Movie Trading Sdn. Bhd)
  3. Lakon TV Terbaik: Aku Nazmi (Sofia J. Rhyland / JS Pictures Sdn. Bhd)
  4. Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Jay Iswazir (Aku Nazmi / JS Pictures Sdn. Bhd)
  5. Pelakon Wanita Terbaik Drama: Nad Zainal (Fatonah Azali / Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd)
  6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Fauzi Nawawi (Qalbu)
  7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Fauziah Nawi ( Pendosa Ingin Ke Syurga)
  8. Drama Rantaian Terbaik Bahasa Melayu: Nur (Radius One Sdn. Bhd)
  9. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian: Syafiq Kyle (Nur)
  10. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian: Amyra Rosli (Nur)
  11. Drama Komedi Terbaik: Mat Rukun (Hujan Lebat Sdn. Bhd)
  12. Penyunting Drama Terbaik: Qalbu (Mohd Shahrul Amin)
  13. Videografi Drama Terbaik: Nisaa (Nasarudin Ahmad / RTM)
  14. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina): Green Wall (The Rock Productions Sdn. Bhd)
  15. Rancangan Majalah Terbaik: 999 (Rempit Kesas Formasi / Hariss Farouk Alex & Wan Farid)
  16. Rancangan Realiti Terbaik: Let's Cycle Season 3 (Ep 6- Light Up Borneo / Rachel Tan Ai Leng)
  17. Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Skrin 2017 (Nurul Huda Khalid & Aida Azira Hussin)
  18. Filem Terbaik: Dukun (Astro Shaw Sdn. Bhd)
  19. Lakon Layar Terbaik: Dukun (Huzir Sulaiman / Astro Shaw Sdn. Bhd) 
  20. Pengarah Terbaik Filem: Dukun (Dain Said / Astro Shaw Sdn. Bhd) 
  21. Pelakon Wanita Terbaik Filem: Datin Seri Umie Aida (Dukun) 
  22. Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaheizy Sam (Pinjamkan Hatiku) 
  23. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Namron (Dukun)
  24. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Normah Damanhuri (Pinjamkan Hatiku) 

Sumber berita: Mstar & Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)