Oleh pada 11 Mar 2023 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023 yang merupakan siri kedua penganjuran acara pengiktirafan ini, akan diadakan pada 12 Mac 2023 di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Acara yang terdahulu dikenali sebagai Anugerah Drama Sangat (ADS) pada tahun 2021, kini diterbitkan semula dengan kerjasama Tonton untuk memberi penghargaan kepada penggiat seni industri hiburan yang telah berusaha keras menghasilkan karya-karya berkualiti sepanjang tahun.

Penghargaan ini diberikan sebagai pengiktirafan khusus kepada drama-drama TV3 yang disiarkan dalam slot Drama Sangat yang telah menjadi kegemaran ramai peminat drama di negara ini.

   

anugerah drama sangat 2023

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Drama Tercalon

Terdapat pelbagai drama menarik yang dipertontonkan di saluran TV3 dari bulan Julai 2021 hingga Oktober 2022 yang termasuk dalam senarai pendek pencalonan seperti Melur Untuk Firdaus, 7 Hari Mencintaku 3, Sekali Lagi Cinta Kembali, Budak Tebing 2, Ayahanda, Aku Tanpa Cintamu, Suamiku Lelaki Pendosa, Khilaf Asmara, Bisik Bisik Gelora, Risik Pada Hati dan banyak lagi.

Senarai Kategori Dan Format Penjurian

Dalam acara TADS 2023, dua kategori baharu yang diperkenalkan bersempena dengan kerjasama bersama Tonton ialah Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton.

Lain-lain kategori yang dipertandingkan dalam keseluruhan 15 trofi yang bakal direbut ialah Drama Terbaik, Drama Popular, Drama Terbaik 8TV, Pengarah Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pelakon Antagonis Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik dan Drama Novel Adaptasi Terbaik.

Hanya lapan kategori sahaja yang akan diputuskan berdasarkan undian peminat, iaitu Drama Popular, Drama Novel Adaptasi Terbaik, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik, Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton.

Sementara itu kategori lain akan dinilai oleh juri profesional.

Dalam kategori Oppa Pilihan Tonton, undian peminat akan menyumbang sebanyak 30 peratus manakala penilaian juri profesional akan mempengaruhi sebanyak 70 peratus dalam penentuan pemenang.

      

anugerah drama sangat 2022

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Pengacara

Untuk TADS 2023 kali ini, Sherry Alhadad, seorang pelakon terkenal dan Sharifah Shahirah atau Rara, seorang penyampai radio berpengalaman akan bergandingan sebagai hos bagi menghidupkan suasana di pentas utama pada malam kemuncak itu.

   

Penyampai Trofi

Penyampaian anugerah TADS akan dijalankan oleh beberapa nama popular dalam industri hiburan tanah air, termasuk pelakon-pelakon baru dan lama. Antara selebriti yang dijemput untuk menaiki pentas sebagai penyampai trofi termasuklah Datuk Rosyam Nor, Nabila Huda, Fasha Sandha, Meerqeen, Anna Jobling, Aniq Suhair, Siti Khadijah Halim, Ummi Nazeera dan ramai lagi.

   

anugerah drama sangat 2023 undi

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Persembahan

Para artis yang terpilih untuk tampil dalam persembahan nyanyian pentas adalah Ernie Zakri, Misha Omar, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Ayda Jebat, Amir Masdi, Liza Hanim, Afieq Shazwan, Stacy, Yamani Abdillah, Zaki Yamani, Rahmad Mega, Fyna Jebat, Mimi Fly, Wani Kayrie dan Bella Astillah.

   

tonton anugerah drama sangat

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Waktu Siaran

Acara penghargaan dan pengiktirafan kepada penggiat seni ini akan mengadakan edisi keduanya itu pada 12 Mac 2023 (hari Ahad). Disiarkan secara langsung dari Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada pukul 9 malam di saluran TV3 dan juga boleh ditonton langsung dalam talian (online) menerusi format HD, eksklusif di platform penstriman Tonton.

   

1. KATEGORI UNDIAN

DRAMA POPULAR

Melur Untuk Firdaus (A-Ten Alliance Sdn Bhd)

Sekali Lagi Cinta Kembali (A.Aida Production Sdn Bhd)

Bisik-Bisik Gelora (Global Station Sdn Bhd)

7 Hari Mencintaiku 3 (SR One Sdn Bhd)

Budak Tebing 2 (Country & Universal Sdn Bhd)

     

DRAMA ADAPTASI NOVEL TERBAIK

Bisik-Bisik Gelora (Global Station Sdn Bhd)

Suamiku Lelaki Pendosa (Global Station Sdn Bhd)

Bila Hati Memilih Dia (Global Station Sdn Bhd)

Melur Untuk Firdaus (A-Ten Alliance Sdn Bhd)

7 Hari Mencintaiku 3 (SR One Sdn Bhd)

     

PELAKON LELAKI POPULAR

Aniq Suhair (Sekali Lagi Cinta Kembali)

Aedy Ashraf (Bila Hati Memilih Dia)

Redza Rosli (Kekasih Hati Mr. Bodyguard)

Meerqeen (Melur Untuk Firdaus)

Shukri Yahaya (7 Hari Mencintaiku 3)

     

PELAKON WANITA POPULAR

Nelydia Senrose (Khilaf Asmara)

Sharifah Rose (Kekasih Hati Mr Bodyguard)

Janna Nick (Shakira)

Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)

Siti Khadijah Halim (Sekali Lagi Cinta Kembali)

       

PASANGAN DRAMA TERBAIK

Redza Rosli & Raysha Rizrose (Bisik-Bisik Gelora)

Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku 3)

Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)

Aniq Suhair & Siti Khadijah (Sekali Lagi Cinta Kembali)

Andi Bernadee & Shiha Zikir (Perisik Cinta Tak Diundang)

   

OST TERBAIK

Duka Sebalik Tawa - Puteri Khareeza (Melur Untuk Firdaus)

Kaulah Syurga - Khai Bahar & Lia Aziz (7 Hari Mencintaiku 3)

Cinta - Marsha Milan (Bisik-Bisik Gelora)

Siapa Tak Mahu - Siti Nurhaliza (Shah Alam 40000)

Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul (Kekasih Hati Mr. Bodyguard)

     

ANUGERAH BBNU TONTON

Sophia AlBarakbah (Air Mata Allisya)

Qistina Khaled (The Pak Mat Clan)

Ady Mohammad (Sentuhan Najwa)

Afieq Shazwan (Republik Gombak)

Aniq Suhair (Tahyul)

     

OPPA PILIHAN TONTON

Choi Si-won

Cha Eun-woo

Kim Min-kyu

Ahn Bo-hyun

Kim Min-jae

   

2. KATEGORI JURI

   

DRAMA TERBAIK

Budak Tebing 2 (Country & Universal Sdn Bhd)

7 Hari Mencintaiku 3 (SR One Sdn Bhd)

Suamiku Lelaki Pendosa (Global Station Sdn Bhd)

Risik Pada Hati (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)

Ayahanda (Zeel Production Sdn Bhd)

     

PENGARAH TERBAIK

Feroz Kadir (Budak Tebing 2)

Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku 3)

Dato Ahmad Tarmimi Siregar (Ayahanda)

Eyra Rahman (Suamiku Lelaki Pendosa)

Pali Yahya (Risik Pada Hati)

      

PENULIS SKRIP TERBAIK

Siti Jasmina Ibrahim & Uchee Fukada (Khilaf Asmara)

Wan Mahani Wan Hassan & Maizura Mohd Ederis (Ayahanda)

Siti Rosmizah Semail (7 Hari Mencintaiku 3)

Eenaz Mokhtar & Siti Jasmina Ibrahim (Suamiku Lelaki Pendosa)

Farhana Fauri (Risik Pada Hati)

   

PELAKON LELAKI TERBAIK

Alif Satar (Risik Pada Hati)

Dato Aaron Aziz (Suamiku Lelaki Pendosa)

Jalil Hamid (Ayahanda)

Zamarul Hisham (Aku Tanpa Cintamu)

Shukri Yahaya (7 Hari Mencintaiku 3)

     

PELAKON WANITA TERBAIK

Ummi Nazeera (Risik Pada Hati)

Fasha Sandha (Khilaf Asmara)

Fauziah Ahmad Daud (Ayahanda)

Nabila Huda (Terlerai Noktah)

Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku 3)

     

PELAKON ANTAGONIS TERBAIK

Zamarul Hisham (Aku Tanpa Cintamu)

Jasmin Hamid (Cukup Derita Itu)

Didie Alias (Cukup Derita Itu)

Gambit Saifullah (Suamiku Lelaki Pendosa)

Fasha Sandha (Khilaf Asmara)

   

Baca: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Drama Sangat 2023 - Tonton (TADS)

Baca: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021

     

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

     

Kredit video: LIVE Tonton Anugerah Drama Sangat 2023

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)