Oleh pada 10 Dec 2021 kategori

Kredit foto: Instagram TV2 RTM

Festival Filem Malaysia (FMM) adalah sebuah acara tahunan kebangsaan yang telah dilangsungkan sejak tahun 1980 untuk mengiktiraf hasil kerja penggiat seni perfileman tanah air.

FFM edisi 31 bakal dianjurkan mengikut norma baharu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang dikeluarkan kerajaan.

Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) menjadi rakan strategik FINAS dalam usaha mempromosikan penganjuran acara ini.

festival filem malaysia

Kredit foto: Instagram Shiera Al-Khaired

Tema

FMM31 membawa tema Citra Sinema yang mengangkat konsep 'Sinema Malaysia dan Inspirasi Kecemerlangan Global' serta 'Transformasi industri perfileman era 50an sehingga yang terkini'.

Kategori

Sebanyak 55 buah filem cereka dipertandingkan merangkumi 32 filem berbahasa Malaysia, 11 berbahasa Tamil, lapan berbahasa Mandarin, dua berbahasa Inggeris dan dua berbahasa Iban.

   

Semua penyertaan berentap untuk merebut 28 buah kategori termasuklah trofi utama iaitu Filem Terbaik.

Antara filem yang menempatkan diri dalam persaingan edisi ini ialah Roh, Miimaland, Geran, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, Ejen Ali The Movie, Sangkar, Pusaka, Rock 4 : Rockers Never Dai, Ada Apa Dengan Dosa, Anak Perjanjian Syaitan, Ennaval, KL Vampires dan lain-lain.

Berikut adalah senarai semua kategori:-

1. Filem Terbaik

2. Pengarah Terbaik

3. Lakon Layar Terbaik

4. Cerita Asal Terbaik

5. Sinematografi Terbaik

6. Pengarah Harapan

7. Pelakon Lelaki Terbaik

8. Pelakon Wanita Terbaik

9. Pelakon Lelaki Harapan

10. Pelakon Wanita Harapan

11. Pelakon Pembantu Lelaki Harapan

12. Pelakon Pembantu Wanita Harapan

13. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

14. Penyunting Terbaik

15. Penataan Bunyi Terbaik

16. Penataan Seni Terbaik

17. Anugerah Kesan Khas Visual Terbaik

18. Skor Muzik Asal Terbaik

19. Lagu Tema Terbaik

20. Tatarias Terbaik

21. Rekaan Busana Terbaik

22. Poster Terbaik

23. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman

24. Anugerah Penggiat Belakang Tabir

25. Anugerah Khas Juri 1

26. Anugerah Khas Juri 2

27. Anugerah Khas Juri 3

28. Anugerah Box Office

festival filem malaysia 31

Kredit foto: Instagram FINAS Malaysia

Format Penjurian

Penjurian dilakukan sepenuhnya oleh jemaah juri profesional yang arif dan berpengalaman luas dalam bidang perfileman, bagi mewakili penggiat seni dalam industri.

Hadiah

Buat pertama kalinya, karya yang dijulang sebagai pemenang Filem Terbaik FFM31 akan menerima habuan berupa Dana Kandungan Digital (DKD) yang bernilai RM500,000 berserta dengan trofi.

Ia sebagai pemangkin semangat buat para pembikin wayang yang bertungkus lumus dalam penghasilan karya paling berkualiti.

Malah, para pemenang kategori lain juga akan dikurniakan hadiah wang tunai yang disumbangkan oleh para penaja sebagai tanda sokongan kepada FFM, selain trofi kemenangan oleh pihak Finas sendiri.

ffm 31

Kredit foto: Instagram FINAS Malaysia

Pengacara

Menggunakan khidmat gandingan Awal Ashaari dan Sharifah Shahirah yang memegang kepercayaan sebagai hos bagi menghidupkan suasana pentas utama FFM31.

Manakala kendalian siaran red carpet pula ditugaskan buat pasangan Naz Habibur Rahman dan Natasha Charmaine yang akan menyambut dan menemubual para selebriti yang hadir dengan gaya fesyen glamor di laluan menuju ke pintu masuk.

Penyanyi Jemputan

FFM bakal diraikan dengan kemunculan istimewa penyanyi-penyanyi terbaik negara dalam menghiasi segmen selingan persembahan pentas.

Mereka ialah Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Syafinaz Selamat, Ella, Mus May, Haqiem Rusli, Jaclyn Victor, Liza Hanim dan Sabri Yunus.

Penyampai Trofi

Turut menyerikan majlis, kehadiran para penyampai trofi anugerah yang terpilih daripada kalangan artis terkenal khususnya anak seni yang mengabdikan diri dalam bidang lakonan.

Mereka ialah Bade Haji Azmi, A.R. Badul, Erra Fazira, Imuda, Aziz M Osman, Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Tiara Jacquelina, Raja Mukhriz, Faizal Hussein, Lim Mei Fen, Saw Teong Hin, Andrian Teh, Dr Vimala Perumal, Susan Lankester, Datin Lisa Surihani, Sangeeta Krishnasamy, Mimi Lana dan Fimie Don.

Senarai Penuh Pemenang FFM 31

1. Filem Terbaik: Roh

2. Pengarah Terbaik: Khabir Bhatia (Sangkar)

3. Pelakon Lelaki Terbaik: Zul Ariffin (Sangkar)

4. Pelakon Wanita Terbaik: Sinje Lee (The Garden Of Evening Mists)

5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Remy Ishak (Sangkar)

6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Junainah M Lojong (Roh)

7. Pengarah Harapan: Zahir Omar (Fly By Night)

8. Pelakon Lelaki Harapan: Anding Indrawani (Headhunter)

9. Pelakon Wanita Harapan: Fify Azmi (Wira)

10. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Putri Qaseh Iswandy (Roh)

11. Lakon Layar Terbaik: Emir Ezwan (Roh)

12. Sinematografi Terbaik: Low Soon Keong (Fly By Night)

13. Cerita Asal Terbaik: Tan Twan Eng (The Garden Of Evening Mists)

14. Penyunting Terbaik: Heng Yin Chau (Fly By Night)

15. Skor Muzik Asal Terbaik: Reinchez Ng (Roh)

16. Kesan Khas Visual Terbaik: Vhq Post (M) Sdn Bhd (The Garden Of Evening Mists)

17. Penataan Seni Terbaik: Nazrul Asraff Mahzan (Sangkar)

18. Penataan Bunyi Terbaik: Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal, Shafiq Isa (Ejen Ali The Movie)

19. Rekaan Busana Terbaik: Tengku Syahmi (Roh)

20. Tatarias Terbaik: Ella Sandera (Sangkar)

21. Poster Terbaik: Christopher Chua Eng Hui (Walk With Me)

22.Lagu Tema Terbaik: Ayuhlah (Suatu Ketika)

23. Filem Box Office: Ejen Ali The Movie (Primeworks Studios Sdn Bhd & Wau Animation Sdn Bhd) - kutipan lebih RM30 juta.

24. Anugerah Khas Juri 1: Suatu Ketika (Kash Pictures Sdn Bhd)

25. Anugerah Khas Juri 2: Geran (Layar Pictures Sdn Bhd)

26. Anugerah Khas Juri 3: Headhunter (Indera Asahan Sdn Bhd)

27. Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman: Fauziah Nawi

28. Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Datuk Seri Dr Ahmad Nawab

ffm 2021

Kredit foto: Instagram TV2 RTM

Waktu Siaran

Malam Kemuncak Anugerah FFM 31 ke udara secara langsung pada 10 Disember 2021 (Jumaat) selama dua jam bermula pukul 9 malam di saluran TV2 RTM.

Manakala acara Karpet Merah FFM 31 pula dipancarkan secara langsung pada hari sama selama sejam pada pukul 8 malam di Youtube dan Facebook FINAS Malaysia.

Acara berprestij ini mengambil tempat di Dewan Plenari (Plenary Hall), Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara dengan seramai 1,400 orang tetamu jemputan yang diundang hadir.

Kredit video: LIVE Karpet Merah & Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 31 (2021)

      

Sumber:

1. Finas

2. Instagram TV2 RTM




Hakcipta iluminasi.com (2017)