Oleh pada 04 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Siti Nordiana

    

Satukan Rasa merupakan drama rantaian terbaharu gandingan sulung pasangan penyanyi, Siti Nordiana dan Khai Bahar di layar kaca.

Drama yang bakal mengisi slot Megadrama, saluran Astro Ria ini menemui penonton mulai 4 November 2019 (Isnin).

    

sinopsis satukan rasa 830

Kredit foto: Instagram Suhan Movies & Trading

   

Sinopsis

Mengisahkan Indah Suhaila, seorang balu, ibu dan bekas penyanyi 'one-hit wonder' yang menghilangkan diri daripada radar dunia hiburan.

Pertemuan Indah dengan Jai Bakri, seorang penyanyi muda viral yang dibelenggu masalah 'anxiety' mencetuskan bibit-bibit cinta antara mereka.

   

sinopsis drama satukan rasa

satukan rasa lirik

Kredit foto: Instagram Hadith Omar

     

Pelakon

Kemunculan pertama Khai Bahar dalam dunia lakonan bersama rakan gandingannya, Siti Nordiana selaku teraju utama.

Antara lain, 'Satukan Rasa' dijayakan Nine (Billy Zulkarnain), Shasha Abdul, Yusuf Bahrin, Isyariana Che Azmi, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Ainin Batrisya dan Raja Azmi.

    

satukan rasa episod

pelakon satukan rasa

Kredit foto: Instagram Hadith Omar

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya terbitan rumah produksi, Suhan Movies & Trading ini merupakan arahan Hadith Omar yang juga sutradara drama-drama popular seperti Suri Hati Mr. Pilot, Red Velvet, Cik Reen & Encik Ngok Ngek, Kau Yang Pertama dan banyak lagi.

   

Kredit video: Siti Nordiana & Khai Bahar - Satukan Rasa (Official Music Video)

   

Lagu Tema (OST)

Kolaborasi terbaharu Siti Nordiana dan Khai Bahar menerusi single 'Satukan Rasa' dipilih sebagai runut bunyi yang bakal menghiasi perjalanan episod drama bersiri ini.

   

lagu satukan rasa

Kredit foto: Instagram Hadith Omar

    

Waktu Siaran

Drama 20 episod dinantikan ramai ini bakal menjengah kaca televisyen mulai 4 November 2019, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria, menerusi slot Megadrama.

      

satukan rasa

shasha abedul

satukan rasa episode

khai bahar dan siti nordiana

Kredit foto: Instagram Suhan Movies & Trading & Instagram Khai Bahar

    

Kredit video: [Tayangan Perdana] Satukan Rasa

    

Sumber:

1. Wikipedia Slot MegaDrama

2. #NaKhai Dah Ada Video 'Pre-Wedding' (MeleTOP) Neelofa & Nabil

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)