Oleh pada 22 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Instagram MiG Drama

    

Kredibiliti sutradara Jamal Khan tidak mampu dinafikan lagi selepas kejayaan beberapa drama arahannya yang mencatatkan rating hebat, termasuk drama rantaian 7 Hari Mencintaiku.

Terkini, pengarah yang juga dikenali sebagai Khan Mancung itu sekali lagi memegang peranan menggarap sebuah drama adaptasi novel terbaharu berjudul Cinta Belum Tamat Tempoh (CBTT).

Berikut beberapa info yang anda perlu tahu mengenai CBTT sebelum siarannya bermula pada September ini.

    

cinta belum tamat tempoh episod

Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

    

Sinopsis

Arisa mendesak Qhalish untuk menetapkan tarikh perkahwinan. Mana tidaknya, sudah dua tahun mereka mengikat tali pertunangan.

Namun Qhalish pula enggan 'langkah bendul' memandangkan kakaknya, Qaisara yang agak jauh lebih berusia daripadanya, masih belum menampakkan 'petanda' untuk bernikah. Calonpun belum ada kerana seharian suntuk kehidupannya dihabiskan dengan bekerja.

Perancangan Qhalish kini untuk mendapatkan teman lelaki buat Qaisara. Dan lelaki yang ingin diperkenalkan kepada kakaknya itu pula adalah rakan baiknya sendiri!

    

cinta belum tamat tempoh sinopsis

Kredit foto: Instagram MiG Drama

    

Pelakon

Dijayakan barisan para pelakon popular seperti Bella Astillah, Nafiz Muaz, Fendy Bakry, Hun Haqeem, Dayang Areeda, Sissy Imann, Haleeda Mazlin, Fikry Kiki dan ramai lagi.

    

cinta belum tamat tempoh novel

Kredit foto: Instagram Hun Haqeem

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan Khan Mancung (Jamal Khan) yang sebelum ini pernah menduduki kerusi sutradara untuk drama-drama bersiri popular seperti 7 Hari Mencintaiku, Tak Ada Cinta Sepertimu, Duda Pujaan Dara, Asalkan Dia Bahagia dan Dia Isteri Luar Biasa. Terbitan syarikat produksi, MIG Production.

    

cinta belum tamat tempoh

Kredit foto: Instagram Bella Astillah

    

Waktu Siaran

Ditayangkan sebanyak 16 episod, mulai 4 September 2019, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Megadrama, saluran Astro Ria.

    

Sumber:

1. Wattpad Cinta Belum Tamat Tempoh

2. Instagram MiG Drama

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)