Oleh pada 09 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Arie Zaharie Production

    

TQ Captain merupakan drama rantaian terbaharu Slot Megadrama arahan Jamal Khan, diterajui Hisyam Hamid dan Mawar Rashid.

Drama ini diadaptasi dari novel TQ Kapten karya Qash Irdina dan bakal bersiaran di saluran Astro Ria bermula malam ini bagi menggantikan drama Satukan Rasa.

   

tq captain drama 174

Kredit foto: Instagram Hisyam Hamid

    

Sinopsis

Mengisahkan Mikayla Mirza, seorang wartawan yang mempunyai iltizam tinggi dan pantang dicabar. Mikayla ditugaskan oleh majikannya untuk membuat liputan khas dokumentari berkaitan Maritim Malaysia yang kemudiannya menemukannya dengan Leftenan Komander Maritim Adam Alauddin iaitu Pegawai Memerintah kapal KM Bagan Datuk.

    

novel tq kapten

Kredit foto: Instagram Mawar Rashid

    

Pelakon

Membariskan Hisyam Hamid dan Mawar Rashid sebagai pelakon utama, dengan dibantu Raf Yaakob, Mark Adam, Harris Annuar, Tomok, Fadhli Masoot, Muntazar Ghani dan ramai lagi.

     

tq captain episod

Kredit foto: Instagram Raf Yaakob

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Merupakan karya arahan Jamal Khan terbitan Arie Zaharie Production. Jamal Khan sebelum ini dikenali sebagai sutradara drama-drama popular seperti 7 Hari Mencintaiku, Duda Pujaan Dara, Tak Ada Cinta Sepertimu, Isteri-Isteri Ayah dan Asalkan Dia Bahagia.

   

drama tq captain

Kredit foto: Instagram BamBamStudios

    

Waktu Siaran

Mengisi slot MegaDrama di saluran Astro Ria pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, mulai 9 Disember 2019.

   

Kredit video: [TAYANGAN PERDANA] TQ Captain - Bermula 9 Disember 2019

   

Sumber:

1. Wikipedia TQ Captain

2. Wikipedia Slot MegaDrama

3. Tayangan Perdana TQ Captain

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)