Oleh pada 11 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Faezah Elai

    

Drama bersiri terbaharu slot Samarinda TV3 berjudul Rumah Siti Khadijah telah memulakan siarannya sejak semalam.

Apa yang mencetus perhatian, tanda pagar judul drama ini telah menghuni tangga pertama di carta trending Twitter seawal episod pertama.

Berikut kami kongsikan sedikit sebanyak info yang anda perlu tahu mengenai drama berkualiti yang sarat dengan mesej ini.

    

rumah siti khadijah tv3

Kredit foto: Instagram Azhan Rani

    

Sinopsis

Rumah Siti Khadijah merupakan sebuah rumah pemulihan akhlak di kalangan gadis yang mempunyai latar belakang hidup berbeza, namun masing-masing mempunyai hala tuju yang sama iaitu ingin pulang ke pangkal jalan dengan memperbaiki kesilapan hidup lalu.

Karya yang lari daripada stereotaip ini mengangkat isu di kalangan remaja masa kini seperti isu ketagihan dadah, kes lari dari rumah, pengambilan pil khayal dan banyak lagi.

    

drama rumah siti khadijah

Kredit foto: Instagram Azhan Rani

    

Pelakon

Diterajui lima pelakon utama iaitu Farahdhiya, Faezah Elai, Intan Ladyana, Nina Iskandar, Sherry Al Jeffri.

Turut dijayakan barisan pelakon pembantu seperti Azhan Rani, Emelda Rosemila, Syazwan Zulkifly, Adam Shahz, Hanna Aqeela, Scha Elinnea, Aleza Shadan, Fimie Don, Fara Nadiah, Syafnida Shuhaimi, Isyariana, Danish Hazriq, Wan Nor Azlin, Zaefrul Nordin, Bella Dowanna, Zaidi Omar, Jay Iswazir, Kamarool Yusoff, Khayrisyah Kemal, Zulkifli Ismail, Radhi Khalid, Erynne Erynna, Rusdi Ramli, Rahhim Omar, Syainie Shuhaimi, Razzuan Rosli, Dian Dee, Asyiqin Zaed, Haziq MacQuistan dan Heykal Hanifah.

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn Bhd, drama 13 episod ini merupakan sebuah karya oleh sutradara Heykal Hanifah.

    

Kredit video: Youtube Drama Sangat Official

    

Lagu Tema (OST)

Lagu berjudul 'Jiwa Raga' nyanyian Liya Banks ciptaan Sharon Paul, manakala senikata nukilan Abs, terbitan Werkit Records.

    

Waktu Siaran

Bermula 10 September, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

    

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Rumah Siti Khadijah

2. Wikipedia Slot Samarinda

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)