Oleh pada 03 Oct 2019 kategori

sara sajeeda sinopsis

Kredit foto: Instagram Zeel Production Sdn Bhd

          

Nantikan drama rantaian terbaharu, Sara Sajeeda yang menggandingkan Tiz Zaqyah bersama pelakon Pakistan iaitu Arslan Asad Butt dan Anmol Baloch.

Bersiaran selama 30 episod, drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini, terbitan Zeel Production Sdn Bhd dan bakal ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3, mulai malam ini.

         

drama sara sajeeda

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Sinopsis

Ismadi menggesa anak perempuannya, Sara, seorang pensyarah kolej swasta, untuk mendirikan rumah tangga dengan Megat.

Bagaimanapun Sara akhirnya memutuskan hubungan tersebut kerana melihat Megat tidak komited menjayakan hubungan.

Sara kemudiannya menyulam cinta dengan seorang jejaka Pakistan, lalu nekad mengahwininya. Tanpa disedari, suaminya itu sudahpun mempunyai seorang isteri yang dirahsiakan daripada pengetahuannya.

    

sara sajeeda episod

Kredit foto: Instagram Zeel Production Sdn Bhd

    

Pelakon

Dibarisi barisan pelakon ternama seperti Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Alif Muhaimin, Shaharuddin Thamby, Mas Anizan, Haliza Misbun, Nisho Begum, Saima Saleem, Aliha Chaudry, Isha Noor, Farhan Ali Malidan ramai lagi

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terbitan syarikat Zeel Production Sdn Bhd, drama yang menjalani penggambaran di sekitar Malaysia dan Pakistan ini, menggunakan khidmat pengarahan daripada sutradara Eoon Shuhaini yang sebelum ini pernah menggarap beberapa drama popular seperti Pujaan Hati Kanda, Lelakimu Yang Dulu, Tiada Arah Jodoh Kita dan Love You Mr. Arrogant.

   

Kredit video: Youtube Drama Sangat Official

   

Waktu Siaran

Bermula 3 Oktober 2019, Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, terbaharu di slot Samarinda, TV3.

   

Sumber:

1. Sara Sajeeda Akan Datang Oktober ini

2. Tiz Zaqyah 'Ditambat' Jejaka Pakistan?

3. Instagram Drama Sangat

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)