hh

Oleh pada 05 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram ntv7 Malaysia

     

Rahasia Kasih merupakan sebuah drama bersiri Malaysia arahan Jamal Khan terbitan Suhan Movies & Trading. Drama 20 episod yang bersiaran di ntv7 pada Oktober 2018 ini akan diulang tayang di slot Iris TV3 mulai hari ini (5 Februari 2020).

    

sinopsis rahasia kasih

Kredit foto: Instagram ntv7 Malaysia

     

Sinopsis

Nazmi merupakan anak tiri kepada Datuk Ariffin yang berkahwin dua secara rahsia, sebelum akhirnya terbongkar apabila beliau meninggal dunia.

Ia menjadi tamparan hebat buat isteri pertamanya, Datin Syuhada apabila mendapat tahu nama Nailis selaku madunya dan anak Nailis iaitu Nazmi tersenarai dalam wasiat Datuk Ariffin untuk memegang peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikatnya, manakala Nailis pula dilantik sebagai penasihat.

Datin Syuhada mempunyai tiga orang anak bersama Datuk Ariffin iaitu Shahrul, Syaiful dan Suhaila.

Syaiful yang menghidap bipolar mula mendapat semangat hidup selepas menemui Alina yang dicintai.

Alina yang berkenalan dengan Nazmi pula menyimpan perasaan terhadap jejaka itu.

Konflik bertambah hangat apabila Nazmi pula jatuh hati dengan Adeeba iaitu bekas kekasih Shahrul.

    

rahasia kasih episod

Kredit foto: Instagram Suhan Movies & Trading

    

Pelakon

Dibintangi barisan pelakon ternama seperti Nadia Brian, Isa Khan, Syida Melvin, Mathni Razak, Hasnul Rahmat, Wilma Muhammad, Catriona Ross, Ruzana Ibrahim, Hafiz Nolan, Abby Nour, Fizi Amer dan Indah Emeerlda.

    

pelakon rahasia kasih

Kredit foto: Instagram Nadia Brian

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan Jamal Khan dan di bawah terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading.

Jamal Khan sebelum ini meledak menerusi garapannya dalam drama rantaian 7 Hari Mencintaiku, Tak Ada Cinta Sepertimu, Duda Pujaan Dara, Asalkan Dia Bahagia dan banyak lagi.

    

Kredit video: QODY - Hanya Kata (Official Music Video)

     

Lagu Tema (OST)

Judul: Hanya Kata

Penyanyi: Qody

Lagu / Lirik: Omar K, Blaine Bakri

    

rahasia kasih

Kredit foto: Instagram Nadia Brian

    

Waktu Siaran

Terbaharu di slot Iris mulai 5 Februari 2020, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang di TV3.

    

Kredit video: Rahasia Kasih Episod 1

    

Sumber:

1 Wikipedia Rahasia Kasih

2. Rahasia Kasih Episod 1

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)