Oleh pada 15 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Hannah Delisha

    

Aku Cinta Dia merupakan sebuah drama bersiri Melayu yang mula ke udara di TV3 pada 26 Disember 2018 melalui Slot Lestary.

Siaran ulangan siri lakonan Hannah Delisha dan Aiman Hakim Ridza ini bakal menemui penonton di slot Dahlia TV3 mulai 15 Februari 2020.

    

Baca: Biodata Pelakon Aiman Hakim Ridza

Baca: Biodata Pelakon Hannah Delisha

     

sinopsis aku cinta dia

Kredit foto: Instagram Aiman Hakim Ridza

    

Sinopsis

Laila membawa diri ke luar negara selepas lelaki yang bakal menjadi suaminya, Ikhwan, tidak muncul di hari pernikahan mereka.

Di Amsterdam, Laila menenangkan fikiran dan berkenalan dengan Sarina, seorang gadis peramah dan popular di Instagram.

Tanpa diduga, Laila terserempak dengan instacrushnya, Affan yang tiba dari Malaysia untuk melawat Sarina.

Mereka bertiga mula rapat, namun Affan dan Sarina tidak mengetahui punca sebenar Laila berada di sana.

Ketika Laila cuba melupakan kisah lampaunya, dia dikejutkan pula dengan berita perkahwinan Ikhwan bersama rakan serumahnya sendiri iaitu Nel.

    

Baca: Biodata Pelakon Nadia Brian

Baca: Biodata Pelakon Ikmal Amry

    

aku cinta dia episod

Kredit foto: Instagram Hannah Delisha

    

Pelakon

Ditunjangi Hannah Delisha dan Aiman Hakim Ridza, serta dibantu Nadia Brian, Ikmal Amry, Yuna Rahim, Natasha Elyzza, Fahad Iman, Elly Mazlein, Zul Huzaimy, Miera Leyana, Catriona Ross, Fauzi Nawawi, Nasz Sally dan Hafiz Bahari.

    

pelakon aku cinta dia

Kredit foto: Instagram Aiman Hakim Ridza

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada syarikat penerbitan, Saphire Screen Sdn.Bhd dan arahan oleh Bahri Uma yang juga sutradara drama Syurga Yang Kedua dan Puteri Yang Ditukar.

   

Kredit video: Neon - Hingga Akhir Nanti (OST Aku Cinta Dia) (Official Lyric Video)

    

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Hingga Akhir Nanti

Penyanyi: Neon

Lagu: Ippo Hafiz

Lirik: KR

    

aku cinta dia

Kredit foto: Instagram Nadia Brian

    

Waktu Siaran

Mulai 15 Februari 2020, siaran 20 episod di slot Dahlia TV3 ini bersiaran setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 petang.

    

Kredit video: Aku Cinta Dia Episod 1

   

Sumber:

1. Wikipedia Drama Aku Cinta Dia

2. Aku Cinta Dia Episod 1

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)