Oleh pada 09 Jan 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Titian Takdir merupakan sebuah siri drama televisyen 2020 arahan Nazir Jamaluddin yang dibintangi nama-nama popular seperti Syazuwan Hassan, Nadia Brian, Sweet Farhanna, Fimie Don dan Raja Atiq.

Mula bersiaran pada hari ini, jam 9 malam bagi menggantikan drama Kampung People.

    

pelakon titian takdir

Kredit foto: Instagram Bella Dowanna Halim

     

Sinopsis

Sebuah karya berkonsepkan kekeluargaan yang mengisahkan kehidupan empat orang adik-beradik selepas kematian ibu bapa mereka.

Mereka dibesarkan oleh ibu saudara dan terpisah antara satu sama lain sehinggalah meningkat dewasa.

     

sinopsis titian takdir 636

Kredit foto: Instagram Atiq Azman

     

Pelakon

Lakonan utama Syazuwan Hassan, Nadia Brian, Sweet Farhanna dan Fimie Don.

Dibantu barisan para pelakon seperti Raja Atiqullah, Bella Dowanna, Fazren Rafi, Balkisyh Semundur Khan, Emelda Rosmila, Zarynn Min, Normah Damanhuri dan ramai lagi.

    

titian takdir episod

Kredit foto: Instagram Fazreen Rafi

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah terbitan Suhan Movies & Trading dan arahan Nazir Jamaluddin yang juga merupakan sutradara drama Kalis Kasih, Menantu Ting Tong, Tauke Jamu dan Kereta Sewa.

    

Kredit video: Usop - Selamanya [Official Music Video]

     

Lagu Tema (OST)

Lagu dendangan Usop berjudul Selamanya hasil ciptaan Bulan Penuh dan Ziin, manakala senikata oleh Bulan Penuh.

   

fimie don 886

Kredit foto: Instagram Fimie Don

    

Waktu Siaran

Ke udara mulai 9 Januari 2020, siri 13 episod ini bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di slot Lestary TV3.

   

Kredit video: Di Sebalik Tabir Titian Takdir

    

Sumber:

1. Wikipedia Slot Lestary

2. Di Sebalik Tabir Titian Takdir

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)