Oleh pada 09 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Instagram iflix Malaysia

    

Cinta Koko Coklat kembali menemui penonton drama melayu menerusi siaran ulangan yang ke udara di slot Iris TV3.

Drama arahan Mohd Fazli Yahya ini terlebih dahulu ditayangkan di Slot GlamaDrama, ntv7 pada 23 Julai hingga 1 Oktober 2018.

   

sinopsis cinta koko coklat

Kredit foto: Highlight Episod 6 Cinta Koko Coklat

    

Sinopsis

Berkisar hubungan cinta yang terjalin antara majikan dan pekerja.

Kisah bermula apabila Damia mengambil Haikal sebagai pemandu selepas lelaki yang juga seorang pelumba kereta itu, menyelamatkannya daripada diculik.

Malah, Damia turut memberi pekerjaan kepada sahabat Haikal iaitu Faizal sebagai pemandu peribadi keluarganya, tanpa dia sedari ia menjadi titik permulaan kepada bibit-bibit cinta yang bakal berputik.

Krisis kekeluargaan dihadapi Damia melibatkan teman lelakinya, Malik, membawa hati Damia terpaut kepada Haikal, manakala adiknya, Darwina pula bermain cinta dengan Faizal.

   

cinta koko coklat episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Pelakon

Gandingan barisan pelakon ternama, antaranya Zahirah MacWilson, Aqasha, Raja Afiq, Mimi Lana, Azrel Ismail, Sweet Qismina dan Nafiz Muaz.

Turut serta, Sasqia Dahuri, Faralyna Idris, Iman Zulkarnain, Nizen Ayob, Azizah Mahzan, Sahronizam Noor, Sura Sojangi, Kay Maria dan Jalaluddin Hassan.

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan Mohd Fazli Yahya yang sebelum ini bertanggungjawab dalam penghasilan naskhah drama terkenal seperti Dia Menantu Rahsia, Jangan Benci Cintaku, Zahir Tak Terucap dan Akulah Balqis.

Penerbitan daripada syarikat produksi, Juita Viden Sdn Bhd.

   

Kredit video: Ismail Izzani - Sabar (Official Music/ Lyrics Video)

   

Lagu Tema (OST)

Runut bunyi daripada Ismail Izzani yang juga anak kepada penyanyi era 80-an, Datin Suliza Salam, menerusi single sulungnya, Sabar.

Lagu yang melonjakkan nama penyanyi muda yang mendapat jolokan 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) ini merupakan hasil ciptaannya sendiri bersama Omar K, Adib Hamdi dan Zyn.

   

Waktu Siaran

Mulai 7 Oktober 2019, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang di TV3, menerusi slot Iris. Bersiaran sebanyak 50 episod.

   

Sumber:

1. Wikipedia Cinta Koko Coklat

2. Instagram Drama Sangat

3. Cinta Koko Coklat Episod 1

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)