Oleh pada 25 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Gandingan Shukri Yahaya bersama penyanyi muda, Nabila Razali bakal menghangatkan drama terbaharu, Pesan Pada Hati yang akan memulakan siarannya pada malam ini (25 Oktober).

Lakon TV dan arahan terakhir Almarhum YM Raja Ahmad Alauddin ini bakal menemui peminat drama melayu di saluran TV3 menerusi slot Lestary.

   

drama pesan pada hati

Kredit foto: Instagram Nabila Razali

    

Sinopsis

Kisah percintaan antara Yusuf dan Zulaikha yang berputik sejak zaman remaja hinggalah meniti dewasa.

Yusuf seorang yang gemar menghabiskan masa dengan berseronok sewaktu usia muda, sebelum kematangan mengubah dirinya menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab apabila sudah berkeluarga.

Dalam pada itu, Yusuf berdepan fasa cinta penuh konflik sepanjang mengenali wanita yang bergelar kekasihnya hidupnya, Zulaikha.

    

pesan pada hati novel

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Pelakon

Menggandingkan Shukri Yahaya dan Nabila Razali sebagai teraju utama, di sisi nama-nama popular seperti Sara Ali, Chacha Maembong, Arja Lee, Firdaus Ghufran, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Anne Abdullah dan ramai lagi.

   

pesan pada hati episod

Kredit foto: Instagram Syam0n'z 

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah syarikat produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd, drama ini merupakan karya terakhir arahan sutradara filem dan drama terkenal, Raja Ahmad Alauddin yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 29 Ogos lalu.

Antara garapan popular arwah termasuk filem Hati Bukan Kristal, Lurah Dendam dan Qaisy & Laila, selain drama Ariana Rose, Curi-Curi Cinta dan Kamar Kamariah.

   

Kredit video: Di Sebalik Tabir Pesan Pada Hati

   

Lagu Tema (OST)

Single Jangan Khianati Aku dendangan kumpulan Azlan & The Typewriter merupakan lagu runut bunyi yang bakal menghiasi drama rantaian ini.

    

sinopsis drama pesan pada hati

Kredit foto: Instagram Firdaus Ghufran

   

Waktu Siaran

Menemui penonton TV3 menerusi slot Lestary, mulai 25 Oktober 2019, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam.

    

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Pesan Pada Hati

2. Instagram Drama Sangat

3. Wikipedia Raja Ahmad Alauddin

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)