Oleh pada 24 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Mama Papa Ekspres merupakan drama terbaharu yang bakal mengisi slot Dahlia mulai 24 November 2019.

Ia menyaksikan gandingan Azrel Ismail dan Julia Farhana Marin sebagai teraju utama yang mendukung watak sebagai pasangan suami isteri dalam karya berkonsepkan kekeluargaan ini.

   

sinopsis mama papa ekspres

Kredit foto: Instagram Julia Farhana

   

Sinopsis

Mengisahkan Emir dan Fiona, pasangan suami isteri yang sudah lama mendirikan rumah tangga, namun tidak dikurniakan rezeki cahaya mata. Mereka akhirnya menerima tiga orang anak 'segera' lantas menggalas peranan sebagai 'mama papa ekspres'!

    

mama papa ekspres episod

Kredit foto: Instagram Julia Farhana

   

Pelakon

Menampilkan Azrel Ismail dan Julia Farhana Marin, dibantu barisan pelakon seperti Aleeya Idola Kecil, Danish Hazriq, Puteri Arora, Hamdan Cecupak, Sharifah Shahora, Anas Ridzuan, Amar Asyraf dan Ain Sufiaa.

   

mama papa ekspres

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Naskhah terbaru daripada sutradara Emi Suffian yang sebelum ini pernah mengarahkan drama bersiri Kak Marr, Meh Sandar Pada Aku, Eksperimen Cinta, Vanila Coklat, Cinta Itu Milikku dan banyak lagi.

Di bawah syarikat produksi OrangeTree Production Sdn Bhd.

   

Kredit video: KHAI BAHAR - #123 (Official Music Video With Lyric)

    

Lagu Tema (OST)

Buah tangan terbaru Khai Bahar berjudul #123 diketengahkan sebagai runut bunyi yang juga menjadi lagu pembukaan bagi setiap episod.

   

sinopsis drama mama papa ekspres

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Waktu Siaran

Bersiaran sebanyak 20 episod, Mama Papa Ekspres memulakan siarannya pada 24 November 2019, setiap Sabtu dan Ahad, jam 6.58 petang di slot Dahlia, TV3.

   

Kredit video: Di Sebalik Tabir Mama Papa Ekspres

   

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Mama Papa Ekspres

2. Mama Papa Ekspres, Gandingan Azrel Ismail & Julia Farhana Marin

3. Wikipedia Slot Dahlia

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)